Kerajaan Naning

bekas negara, kini dalam Melaka, Malaysia (1641-1832)

Naning ialah sebuah bekas wilayah merdeka[1] yang kini menjadi sebahagian dari Melaka, Malaysia. Ia diteruskan sebagai sebuah wilayah adat perpatih sehingga kini. Namanya kini kekal digunakan sebagai wilayah Naning yang mempengaruhi pengamalan Adat Perpatih di 25 buah mukim dalam daerah Alor Gajah dan Jasin, Melaka[2].

Naning
1345–1832
Kedudukan Naning, berwarna Ungu kini dalam Melaka
Kedudukan Naning, berwarna Ungu kini dalam Melaka
Ibu negaraTaboh
KerajaanBerpenghulu
Penghulu Naning 
• 1641
Dato' Megat Alam Melintang
• 1832
Dato' Abdul Said Omar
Pendirian
Sejarah 
• Penubuhan
1345
• Pemerintahan sendiri di bawah Melaka Belanda
1641
• Diilhakkan ke dalam Melaka oleh British
1832
• Didirikan
1345
• Dibubarkan
1832
Sekarang sebahagian dari

Sejarah awal sunting

Naning dibuka oleh masyarakat Minangkabau yang berhijrah dari Sumatera pada abad ke-14. Ia diteroka oleh sekurang-kurangnya lima kumpulan keluarga (suku) iaitu suku Nan Bergajah Tunggal[3] yang diiktiraf sebagai kerabat Naning, Semelenggang[4], Tiga Batu, Mungkal dan Anak Melaka. Naning menjadi salah satu daripada sembilan negeri yang membentuk Persekutuan Negeri Sembilan[5].

Kehidupan dan bermasyarakat sunting

Naning mengamalkan Adat Perpatih yang telah diasimilasikan dengan kehidupan dan gaya masyarakat tempatan terutamanya daripada masyarakat orang asli. Sistem pentadbiran di Naning sama sebagaimana pengamalan Adat Perpatih yang mempunyai elemen demokrasi, iaitu pembesar tertakluk kepada kuasa daripada orang bawahannya, di bawah konsep Adat Nan Berjenjang Naik. Ia dipimpin oleh seorang penghulu dari suku Nan Bergajah Tunggal. Sistem politik Naning mempunyai corak pengurusannya sendiri dengan penubuhan Lembaga Adat Naning (LAN) yang bertindak membantu pentadbiran Penghulu.

Pemerintahan sendiri dalam Melaka Belanda sunting

Selepas pendudukan Belanda ke atas Melaka pada 1641, Belanda telah mewujudkan negeri atau daerah pertama bagi Negeri Sembilan, iaitu di Naning pada 1643[6]. Dari perspektif lain, Naning terus dibenarkan untuk menjalankan pemerintahan sendiri yang diketuai oleh Penghulu Naning[1]. Belanda mengiktiraf Dato' Sri Lela Merah (kini Orang Kaya Seri Raja Merah) sebagai pemerintah. Pada 1705, Sultan Johor, Sultan Abdul Jalil telah menganugerahkan kebesaran kepada Pemerintah Naning sebagai lambang pemerintahan sendiri, asing daripada Kesultanan Johor[6].

Penjajahan British dan kejatuhan sunting

Perang Naning sunting

Perang Naning-Inggeris 1831 merupakan diantara peperangan yang terkenal dalam sejarah Malaysia kerana perang ini merupakan sebuah titik permulaan kebangkitan semangat nasionalis dalam diri anak-anak Melayu menentang penjajahan Barat. Kehebatan Naning dalam menggempur kehadiran penjajah menjadikan namanya sehingga hari ini masih diingati dan sentiasa menjadi buah mulut anak bangsa. Secara faktanya, Naning merupakan negeri Melayu pertama yang membuat kebangkitan untuk memerangi kuasa Inggeris di Melaka setelah bertapak semenjak 1795 dan mendapat kemenangan atas peperangan yang dilancarkan. Namun demikian, Naning bukanlah kali pertama berperang dalam menentang kuasa penjajahan asing tetapi sudah menjadi kebiasaan orang Naning untuk mempertahankan negeri Melayu daripada dijajah. Berdasarkan tradisi lisan, banyak kisah-kisah perang yang dilalui orang Naning sepanjang perjalanan sejarahnya dan kebanyakan kisah ini tidak diketahui dan dikaji oleh sarjana terdahulu. Secara umumnya, pembukaan Naning pada pertengahan abad ke-14 menjalinkan pelbagai peristiwa penting dalam perkembangan sejarahnya. Politik Naning juga tidak lekang dengan episod berdarah iaitu kisah-kisah perperangan yang pernah terjadi semasa pemerintahan penghulu-penghulu Naning. Hal ini demikian kerana, orang Naning atau orang ulu terkenal dengan sikapnya yang berani sehinggakan nama Naning menjadi kegerunan dalam kalangan negeri jiran dan penjajah asing. Menurut cerita yang diperturunkan dalam masyarakat Naning, di awal pembukaan Naning iaitu zaman pemerintahan Datuk Perpatih Nan Sebatang sendiri telah berlakunya peperangan diantara Naning dengan musuh negeri. Dikhabarkan Naning pernah berperang dengan angkatan tentera daripada negeri Siam, Bugis, Portugis, Belanda dan Inggeris. Sehubungan itu, Naning merupakan antara negeri Melayu yang kerap berperang dengan kuasa-kuasa asing terutamanya kuasa penjajahan Barat.

Naning telah jatuh ke tangan Syarikat Hindia Timur Inggeris pada bulan Jun 1832 apabila Taboh telah ditawan dan pasukan di bawah pimpinan Undang Naning ke-9, Dato' Abdul Said bin Omar (dikenali juga sebagai Dol Said) telah berundur setelah berlaku beberapa pertempuran dengan pihak Inggeris selama lebih kurang 2 bulan.[3] Setelah itu, Naning pun dimasukkan di bawah pentadbiran wilayah Melaka pada tahun 1833. Perang Naning-Inggeris merupakan sebuah peristiwa peperangan yang paling terkenal di dalam sejarah Malaysia sebagai sebuah perintis kepada gerakan awal kebangkitan semangat nasionalis menentang penjajahan Inggeris. Kebangkitan ini dilihat menjadi tular sehinggakan berlakunya pemberontakan yang bertali arus di negeri-negeri Melayu yang lain seperti Perak, Pahang dan di bahagian kawasan Pantai Timur. Namun begitu, peperangan ini dilihat menjadi medan pertembungan intelektual dan pemikiran kumpulan sarjana Barat dengan kebudayaan orang tempatan. Pihak Inggeris menjadikan bidang keilmuan sebagai wadah bagi mempertahankan tindakan mereka untuk menguasai Naning dan memberikan pelbagai alasan untuk menghalalkan kaedah yang digunakan. Justeru, munculnya penulisan yang tidak bersifat berkecuali kerana rujukan yang digunakan kebanyakan sarjana terdahulu adalah daripada kertas laporan pihak Inggeris. Sehubungan itu, penulisan ini akan membahaskan mengenai perjalanan Perang Naning-Inggeris dari sudut penceritaan daripada kebudayaan orang tempatan terutamanya mengenai kejadian atau peristiwa yang tidak dicatatkan pihak Inggeris.

Pascakejatuhan sunting

Selepas tewas dalam Perang Naning, pentadbiran Naning terus ditadbir di bawah Jajahan Mahkota Melaka. Penghulu Naning dijadikan taraf penghulu mukim. Pasca-kemerdekaan Tanah Melayu, pentadbiran Naning kekal ditempatkan dalam Melaka, dengan Penghulu Naning dan Lembaga Adat mempunyai kedudukan khas dalam Perlembagaan Negeri[7].

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Kerajaan Naning pernah merdeka". BH. Februari 11, 2020. Dicapai pada 21 Julai 2023.
  2. ^ "Taboh Naning ada dalam buku sejarah". Sinar Harian. 20 Disember 2018. Dicapai pada 21 Julai 2023.
  3. ^ Tambo alam Naning, Mohd. Shah bin Mohd. Said al-Haj (Dato'), Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996 - Adat law - 483 pages
  4. ^ Negeri Yang Sembilan: daerah kecil pesaka adat warisan kerajaan berdaulat. Norhalim Ibrahim, Fajar Bakti, 1995 - Adat law - 355 pages
  5. ^ "Klang Pernah Berada Dalam Negeri Sembilan?". The Patriots. 30 Mei 2021. Dicapai pada 21 Julai 2023.
  6. ^ a b Zakiah Hanum (1989). Asal-usul negeri-negeri di Malaysia (PDF). Singapura: Times Book International. m/s. 41–42. ISBN 9789971654672.
  7. ^ "Mohon kerajaan negeri iktiraf pelantikan Datuk Naning". Sinar Harian. 18 Mac 2022. Dicapai pada 21 Julai 2023.