Kerajaan Pertengahan Mesir

Kerajaan Pertengahan Mesir (juga dikenali sebagai Tempoh Penyatuan Semula) ialah zaman dalam sejarah Mesir purba berikutan tempoh pembahagian kuasa politik yang dikenali sebagai Tempoh Perantaraan Pertama. Kerajaan Pertengahan berlangsung dari tahun 2050 hingga 1710 SM, yang membentang dari penyatuan semula Mesir di bawah pemerintahan Mentuhotep II pada Dinasti Kesebelas hingga akhir Dinasti Kedua Belas. Raja-Raja Dinasti Kesebelas memerintah dari Thebes dan raja-raja Dinasti Kedua Belas memerintah dari el-Lisht.

Kerajaan Pertengahan Mesir
sekitar 2055 SM – sekitar 1650 SM
Ibu negaraThebes, Itjtawy
Bahasa yang umum digunakanMesir Purba
Agama
Agama Mesir kuno
KerajaanMonarki mutlak ketuhanan
Firaun 
• sekitar 2061 – sekitar 2010 SM
Mentuhotep II (pertama)
• sekitar 1650 SM
Raja terakhir bergantung kepada sarjana: Merneferre Ay atau raja yang terakhir Dinasti ke-13
Sejarah 
• Didirikan
sekitar 2055 SM 
• Dibubarkan
 sekitar 1650 SM
Didahului oleh
Diganti oleh
Tempoh Perantaraan Pertama Mesir
Tempoh Perantaraan Kedua Mesir
Sekarang sebahagian dariMesir

Konsep "Kerajaan Perengahan" sebagai salah satu daripada tiga "zaman kegemilangan" dicipta pada tahun 1845 oleh ahli kaji Mesir Baron von Bunsen, dan takrifannya berkembang secara signifikan sepanjang abad ke-19 dan ke-20.[1] Sesetengah sarjana juga memasukkan Dinasti Ketiga Belas Mesir sepenuhnya ke dalam tempoh ini, di mana Kerajaan Pertengahan berakhir sekitar 1650 SM, sementara yang lain hanya menyertakannya sehingga Merneferre Ay sekitar 1700 SM, iaitu raja terakhir dinasti ini yang dibuktikan memerintah kedua-dua Mesir Hulu dan Hilir. Semasa zaman Kerajaan Pertengahan, Osiris menjadi dewa terpenting dalam agama popular.[2] Kerajaan Pertengahan diikuti oleh Tempoh Perantaraan Kedua Mesir, satu lagi tempoh perpecahan yang melibatkan pencerobohan asing oleh Hyksos di Asia Barat.

Sejarah politik sunting

Penyatuan semula di bawah Dinasti Kesebelas sunting

 
Lukisan yang menggambarkan firaun Mentuhotep II, dari kuil mayatnya di Deir el-Bahari
 
Tugu firaun pertama persis Osiris semasa Kerajaan Pertengahan, Mentuhotep II

Selepas kejatuhan Kerajaan Lama, Mesir memasuki masa kekuasaan firaun yang lemah dan pemencaran yang dipanggil Tempoh Perantaraan Pertama.[3] Menjelang akhir tempoh ini, dua dinasti saingan, yang dikenali dalam ilmu kaji Mesir sebagai Dinasti Kesepuluh dan Kesebelas, berjuang untuk mengawal seluruh negara. Dinasti Kesebelas di Thebes hanya memerintah Mesir selatan dari Riam Pertama ke Nomos Kesepuluh Mesir Hulu. Di utara, Mesir Hilir diperintah oleh Dinasti Kesepuluh dari Herakleopolis.[4] Perjuangan itu akan ditamatkan oleh Mentuhotep II, yang menaiki takhta di Thebes pada tahun 2055 SM.[5] Semasa pemerintahan Mentuhotep II pada tahun keempat belas, beliau mengambil kesempatan daripada pemberontakan di Nomos Thinite untuk melancarkan serangan ke atas Herakleopolis, yang tidak banyak menyerang balas. Setelah menggulingkan raja-raja terakhir dari Dinasti Kesepuluh, Mentuhotep mula mengukuhkan kuasanya ke atas seluruh Mesir, sebuah proses yang telah selesai pada tahun ke-39 pemerintahannya. Atas sebab ini, Mentuhotep II dianggap sebagai pengasas Kerajaan Pertengahan.[6]

Mentuhotep II mengarahkan kempen kecil ke selatan ke arah Riam Kedua di Nubia, yang telah mencapai kemerdekaannya semasa Tempoh Perantaraan Pertama. Beliau juga mengembalikan hegemoni Mesir ke rantau Sinai, yang telah hilang daripada cengkaman Mesir sejak akhir Kerajaan Lama.[7] Untuk menyatukan kewibawaannya, beliau memulihkan kultus pemerintah, yang menggambarkan dirinya sebagai tuhan dalam hidupnya sendiri, memakai sarung kepala Amun dan Min.[8] Beliau mangkat selepas pemerintahan selama 51 tahun dan menyerahkan takhta kepada anaknya, Mentuhotep III.

Mentuhotep III memerintah selama dua belas tahun, di mana beliau terus menyatukan pemerintahan dari Thebes ke seluruh Mesir, membina satu siri kubu di rantau Delta timur untuk mengamankan Mesir terhadap ancaman dari Asia.[7] Beliau juga menghantar ekspedisi pertama ke Punt semasa Kerajaan Pertengahan, melalui kapal-kapal yang dibina di hujung Wadi Hammamat, di Laut Merah.[9] Mentuhotep III digantikan oleh Mentuhotep IV, yang namanya, secara ketara, diabaikan berbanding semua daftar raja Mesir kuno.[10] Papirus Turin mendakwa bahawa selepas Mentuhotep III, munculnya "tujuh tahun tanpa raja".[11] Walaupun ketiadaan ini, pemerintahannya dibuktikan dari beberapa inskripsi di Wadi Hammamat yang mencatat ekspedisi ke pantai Laut Merah dan batu kuari untuk monumen diraja. Pemimpin ekspedisi ini adalah wazir Amenemhat, yang secara luas dianggap sebagai firaun masa depan Amenemhet I, raja pertama Dinasti Kedua Belas.[12][13]

Ketiadaan Mentuhotep IV dari senarai raja telah mendorong teori bahawa Amenemhet I merampas takhtanya.[13] Walaupun tidak ada catatan kontemporari mengenai pergelutan ini, bukti-bukti mengikut keadaan tertentu dapat menunjuk pada adanya perang saudara pada akhir Dinasti ke-11.[10] Prasasti yang ditinggalkan oleh seorang Nehry, Haty-a dari Hermopolis, menunjukkan bahawa beliau diserang di sebuah tempat yang disebut Shedyet-sha oleh pasukan raja yang memerintah, tetapi pasukannya menang. Khnumhotep I, seorang pegawai di bawah Amenemhet I, mendakwa telah mengambil bahagian dalam armada dua puluh kapal yang dihantar untuk menenangkan Mesir Hulu. Donald Redford mencadangkan peristiwa-peristiwa ini harus ditafsirkan sebagai bukti perang terbuka antara dua pihak yang menuntut kuasa.[14] Apa yang pasti ialah, walaupun dia berkuasa, Amenemhet I bukan berketurunan diraja.

Dinasti Kedua Belas sunting

Awal Dinasti Kedua Belas sunting

 
Patung kepala Senusret I.

Dari Dinasti Kedua Belas dan seterusnya, para firaun sering menyimpan tentera terlatih, yang termasuk kontinjen Nubia. Ini membentuk dasar kekuatan yang lebih besar yang dibangkitkan untuk pertahanan menentang pencerobohan, atau untuk ekspedisi di Sungai Nil atau melintasi Sinai. Walau bagaimanapun, Kerajaan Pertengahan pada dasarnya bertahan dalam strategi ketenteraannya, dengan benteng dibina di Riam Pertama Sungai Nil, di Delta dan di seluruh kawasan Sinai.[15]

Pada awal pemerintahannya, Amenemhet I dipaksa untuk berkempen di rantau Delta, yang tidak mendapat perhatian sebagaimana Mesir Hulu selama Dinasti ke-11.[16] Di samping itu, beliau memperkuatkan pertahanan antara Mesir dan Asia, membina Tembok Raja di rantau Delta Timur.[17] Mungkin sebagai tindak balas kepada pergolakan yang berterusan ini, Amenemhat I membina sebuah ibu kota baru untuk Mesir di utara, yang dikenali sebagai Amenemhet Itj Tawy, atau Amenemhet, Penjaga Dua Tanah .[18] Lokasi ibu kota ini tidak diketahui, tetapi mungkin berhampiran dengan bandar nekropolis, el-Lisht kini. Seperti Mentuhotep II, Amenemhet mebangkitkan tuntutannya dengan kuasa propaganda.[19] Khususnya, Ramalan Neferty bermula pada masa ini, yang dianggap sebagai ilham paderi Kerajaan Lama, yang meramalkan seorang raja, Amenemhet I, yang timbul dari selatan Mesir untuk memulihkan kerajaan setelah berabad-abad huru-hara.

Pada tahun pemerintahannya yang kedua puluh, Amenemhat menubuhkan anaknya, Senusret I sebagai pemerintah bersama,[20] memulakan amalan yang akan digunakan berulang kali sepanjang seluruh Kerajaan Pertengahan dan sekali lagi semasa Kerajaan Baru. Dalam tahun pemerintahan ketiga puluh Amenemhet, beliau dianggap dibunuh di dalam konspirasi istana. Senusret, yang berkempen melawan penceroboh Libya, bergegas pulang ke Itjtawy untuk menghalang pengambilalihan kerajaan.[21] Semasa pemerintahannya, Senusret meneruskan amalan melantik nomark secara langsung,[22] dan melemahkan autonomi para paderi setempat dengan membina pusat kultus di seluruh Mesir.[23] Di bawah pemerintahannya, tentera Mesir menolak sempadan selatan ke Nubia sejauh Riam Kedua, membina kubu sempit di Buhen dan menggabungkan semua Nubia Hilit sebagai jajahan Mesir.[24] Di barat, dia menyatukan kekuasaannya ke Oases, dan memperluas hubungan komersial ke Syrio-Palestin sejauh Ugarit.[25] Pada tahun ke-43 beliau, Senusret melantik Amenemhet II sebagai pemerintah bersama, sebelum mangkat pada tiga tahun kemudian.[26]

Pemerintahan Amenemhat II sering dicirikan sebagai sebahagian besarnya aman damai,[25] tetapi rekod [genut] Error: {{Transl}}: unrecognized language / script code: ara (bantuan), atau buku harian, telah meragukan penilaian tersebut.[27] Antara rekod-rekod ini, yang dipelihara di dinding kuil di Tod dan Memphis, adalah perihalan perjanjian damai dengan beberapa kota Syrio-Palestin, dan konflik tentera dengan pihak lain. Di selatan, Amenemhet menghantar kempen melalui Nubia hilir untuk memeriksa Wawat. Tidak kelihatan bahawa Amenemhet meneruskan dasar untuk melantik nomark, tetapi sekali lagi membiarkannya menjadi waris keturunan.[22] Satu lagi ekspedisi ke Punt bermula pada masa pemerintahannya. Pada tahun ke-33 beliau, beliau melantik anaknya Senusret II sebagai pemerintah bersama. [28]

Kemuncak Kerajaan Pertengahan sunting

 
Patung kepala Senusret III

Senusret III ialah raja pahlawan yang sering turun padang. Pada tahun keenam beliau, beliau mengorek semula terusan Kerajaan Lama di sekitar Riam Pertama untuk memudahkan perjalanan ke Hulu Nubia. Beliau menggunakan ini untuk melancarkan beberapa kempen ganas di Nubia pada tahun keenam, lapan, sepuluh, dan enam belas pemerintahannya. Selepas kemenangannya, Senusret membina satu siri benteng besar di seluruh negara untuk membentuk sempadan rasmi antara penaklukan Mesir dan Nubia yang tidak ditakluk di Semna.[29] Penjaga kubu-kubu ini sering diarahkan untuk menghantar laporan kerap ke ibu kota mengenai pergerakan dan kegiatan peribumi tempatan Medjay, menunjukkan betapa ketatnya orang Mesir mengendalikan perbatasan selatan.[30] Medjay tidak dibenarkan memasuki utara sempadan dengan kapal, dan mereka tidak boleh memasuki tanah dengan kawanan mereka, tetapi mereka dibenarkan pergi ke kubu-kubu setempat untuk berdagang.[31] Selepas itu, Senusret menghantar satu lagi kempen pada tahun ke-19 pemerintahannya, tetapi berpatah balik kerana rendahnya paras air Nil, yang membahayakan kapal-kapalnya. Salah satu tentera Senusret juga mencatatkan kempen ke Palestin, mungkin menentang Shechem, satu-satunya rujukan kepada kempen tentera terhadap lokasi di Palestin dari keseluruhan kesusasteraan Kerajaan Pertengahan.[32]

Pemerintahan Amenemhat III adalah kemuncak kemakmuran ekonomi Kerajaan Pertengahan. Pemerintahannya adalah luar biasa untuk sejauh mana Mesir mengeksploitasi sumber-sumbernya. Kem perlombongan di Sinai, yang sebelum ini hanya digunakan oleh ekspedisi berkala, dioperasikan secara separa kekal, sebagaimana dibuktikan oleh pembinaan rumah-rumah, dinding, dan juga pemakaman tempatan.[33] Terdapat 25 rujukan berasingan untuk ekspedisi perlombongan di Sinai, dan empat ekspedisi di Wadi Hammamat, salah satunya mempunyai lebih daripada dua ribu orang pekerja.[34] Amenemhet memperkuat pertahanan bapanya di Nubia [35] dan meneruskan projek penambakan tanah Faiyum.[36] Selepas pemerintahan 45 tahun, Amenemhet III digantikan oleh Amenemhet IV, yang pemerintahan sembilan tahunnya kurang dipertikai.[37] Jelas pada masa ini, kuasa dinasti telah mula melemah, yang mana beberapa penjelasan telah dicadangkan. Rekod-rekod kontemporari paras banjir Sungai Nil menunjukkan bahawa penghujung pemerintahan Amenemhet III adalah kering, dan kegagalan tanaman mungkin telah membantu mengurangkan kestabilan dinasti. Tambahan pula, Amenemhet III mempunyai pemerintahan yang sangat panjang, yang cenderung untuk mewujudkan masalah penggantian. [38] Hujah terakhir ini mungkin menjelaskan mengapa Amenemhet IV digantikan oleh Sobekneferu, raja Mesir pertama yang dibuktikan sebagai perempuan. Sobekneferu memerintah tidak lebih dari empat tahun,[39] dan kerana beliau tidak mempunyai waris, ketika beliau mangkat, Dinasti Kedua Belas tiba-tiba berakhir sepertimana Zaman Keemasan Kerajaan Pertengahan.

Kemerosotan menjadi Tempoh Perantaraan Kedua sunting

 
Patung berlutut Sobekhotep V, salah seorang firaun dari tahun-tahun merosot Kerajaan Pertengahan.

Selepas kematian Sobeknefru, takhta mungkin telah diserahkan kepada Sekhemre Khutawy Sobekhotep,[40][41] walaupun dalam kajian-kajian yang lebih lama, Wegaf, yang sebelum ini menjadi Pengawas Besar Pasukan,[42] dianggap pemerintah berikutnya.[43] Bermula dengan pemerintahan ini, Mesir diperintah oleh satu siri raja-raja yang singkat selama kira-kira sepuluh hingga lima belas tahun.[44] Sumber-sumber Mesir Kuno menganggap ini sebagai raja-raja pertama Dinasti Ketiga Belas, walaupun istilah dinasti itu tidak bersesuaian memandangkan kebanyakan raja Dinasti Ketiga Belas tidak saling terkait.[45] Nama-nama raja-raja yang pendek ini dibuktikan pada beberapa monumen dan grafiti, dan turutan penggantiannya hanya diketahui dari Kanon Turin, walaupun ini tidak sepenuhnya dipercaya.

Selepas huru-hara dinasti sebelumnya, satu siri pemerintahan yang lebih lama oleh raja-raja yang telah dibuktikan memerintah sekitar lima puluh hingga lapan puluh tahun.[44] Raja terkuat dalam tempoh ini, Neferhotep I, memerintah selama sebelas tahun dan mengekalkan kawalan yang berkesan di Mesir Hulu, Nubia, dan Delta,[46] dengan kemungkinan pengecualian Xois dan Avaris.[47] Neferhotep I bahkan diiktiraf dipertuan penguasa Byblos, yang menunjukkan bahawa Dinasti Ketiga Belas mampu mengekalkan banyak kuasa Dinasti Kedua Belas, sekurang-kurangnya sehingga pemerintahannya. Pada satu ketika semasa Dinasti ke-13, Xois dan Avaris mulai memerintah sendiri, penguasa-penguasa Xois adalah Dinasti Keempat Belas, dan penguasa-penguasa Asia Avaris menjadi Hyksos dari Dinasti Kelima Belas. Menurut Manetho, pemberontakan terakhir ini terjadi semasa pemerintahan pengganti Neferhotep, Sobekhotep IV, walaupun tidak ada bukti arkeologi.[48] Sobekhotep IV digantikan oleh pemerintahan pendek Sobekhotep V, yang diikuti oleh Wahibre Ibiau, kemudian Merneferre Ai. Wahibre Ibiau memerintah sepuluh tahun, dan Merneferre Ai memerintah selama dua puluh tiga tahun, paling lama dari mana-mana Raja Dinasti Keiga Belas, tetapi kedua-dua raja ini meninggalkan banyak bukti seperti sama ada Neferhotep atau Sobekhotep IV. Walaupun demikian, kedua-duanya nampaknya telah menguasai sekurang-kurangnya sebahagian Mesir Hilir. Selepas Merneferre Ai, bagaimanapun, tidak ada raja meninggalkan namanya pada sebarang objek yang terdapat di luar kawasan selatan.[49] Ini memulakan bahagian akhir dari Dinasti Ketiga Belas, ketika raja-raja selatan terus memerintah di Mesir Hulu. Tetapi apabila perpaduan Mesir sepenuhnya hancur, Kerajaan Pertengahan memberi jalan kepada Tempoh Perantaraan Kedua.[50]

Pertanian dan iklim sunting

Sepanjang sejarah Mesir kuno, banjir tahunan Sungai Nil diharap dapat menyuburkan tanah di sekelilingnya. Ini penting untuk pertanian dan pengeluaran makanan. Terdapat bukti bahawa kejatuhan Kerajaan Lama terdahulu mungkin sebahagiannya disebabkan paras banjir yang rendah lalu mengakibatkan kebuluran.[51] Trend ini nampaknya telah dibalikkan pada tahun-tahun awal Kerajaan Tengah, dengan kadar air yang mencatatkan pada zaman ini, dengan kadar purata 19 meter di atas paras tidak banjirnya.[52] Tahun-tahun bah yang tinggi berulang kali sesuai dengan zaman yang paling makmur di Kerajaan Tengah, yang terjadi semasa pemerintahan Amenemhat III.[53] Ini seolah-olah disahkan dalam beberapa kesusasteraan tempoh, seperti dalam Arahan Amenemhat, di mana raja memberitahu anaknya bagaimana pertanian makmur di bawah pemerintahannya.

Kesusasteraan sunting

Firaun-firaun Dinasti Kedua Belas hingga Dinasti Kelapan Belas dikreditkan dengan memelihara beberapa papirus Mesir yang paling menarik:

Rujukan sunting

  1. ^ Schneider, Thomas (27 August 2008). "Periodizing Egyptian History: Manetho, Convention, and Beyond". Dalam Klaus-Peter Adam (penyunting). Historiographie in der Antike. Walter de Gruyter. m/s. 181–197. ISBN 978-3-11-020672-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ David, Rosalie (2002). Religion and Magic in Ancient Egypt. Penguin Books. p. 156
  3. ^ Grimal. (1988) p. 156
  4. ^ Grimal. (1988) p. 155
  5. ^ Shaw. (2000) p. 149
  6. ^ Habachi. (1963) pp. 16–52
  7. ^ a b Grimal. (1988) p. 157
  8. ^ Shaw. (2000) p. 151
  9. ^ Shaw. (2000) p. 156
  10. ^ a b Redford. (1992) p. 71.
  11. ^ Gardiner. (1964) p. 124.
  12. ^ Redford. (1992) p. 72.
  13. ^ a b Gardiner. (1964) p. 125.
  14. ^ Redford. (1992) p.74
  15. ^ p5. 'The Collins Encyclopedia of Military History', (4th edition, 1993), Dupuy & Dupuy.
  16. ^ Arnold. (1991) p. 20.
  17. ^ Shaw. (2000) p. 158
  18. ^ Arnold. (1991) p. 14.
  19. ^ Grimal. (1988) p. 159
  20. ^ Gardiner. (1964) p. 129.
  21. ^ Shaw. (2000) p. 160
  22. ^ a b Shaw. (2000) p. 175
  23. ^ Shaw. (2000) p. 162
  24. ^ Shaw. (2000) p. 161
  25. ^ a b Grimal. (1988) p. 165
  26. ^ Murnane. (1977) p. 5.
  27. ^ Shaw. (2000) p. 163
  28. ^ Murnane. (1977) p. 7.
  29. ^ Shaw. (2000) p. 166
  30. ^ Gardiner. (1964) p. 136.
  31. ^ Gardiner. (1964) p. 135.
  32. ^ Redford. (1992) p. 76
  33. ^ Grimal. (1988) p. 170
  34. ^ Grajetzki. (2006) p. 60
  35. ^ Shaw. (2000) p. 168
  36. ^ Shaw. (2000) p. 169
  37. ^ Shaw. (2000) p. 170
  38. ^ Grimal. (1988) p. 171
  39. ^ Shaw. (2000) p. 171
  40. ^ K.S.B. Ryholt: The Political Situation in Egypt during the Second Intermediate Period, c.1800–1550 BC, Carsten Niebuhr Institute Publications, vol. 20. Copenhagen: Museum Tusculanum Press, 1997
  41. ^ Darrell D. Baker: The Encyclopedia of the Pharaohs: Volume I – Predynastic to the Twentieth Dynasty 3300–1069 BC, Stacey International, ISBN 978-1-905299-37-9, 2008
  42. ^ Grajetzki. (2006) p. 66
  43. ^ Grimal. (1988) p. 183
  44. ^ a b Grajetzki. (2006) p. 64
  45. ^ Grajetzki. (2006) p. 65
  46. ^ Grajetzki. (2006) p. 71
  47. ^ Shaw. (2000) p. 172
  48. ^ Grajetzki. (2006) p. 72
  49. ^ Grajetzki. (2006) p. 74
  50. ^ Grajetzki. (2006) p. 75
  51. ^ Bell. (1975) p. 227
  52. ^ Bell. (1975) p. 230
  53. ^ Bell. (1975) p. 263

Bibliografi sunting

  • Aldred, Cyril (1987). The Egyptians. Thames and Hudson.
  • Arnold, Dorothea (1991). "Amenemhet I and the Early Twelfth Dynasty at Thebes". Metropolitan Museum Journal. 26. doi:10.2307/1512902.
  • Bell, Barbara (1975). "Climate and the History of Egypt: The Middle Kingdom". American Journal of Archaeology. Archaeological Institute of America. 79 (3): 223–269. JSTOR 503481.
  • Erman, Adolf (2005). Ancient Egyptian Literature: A Collection of Poems, Narratives and Manuals of Instructions from the Third and Second Millennia BC. Diterjemahkan oleh Aylward M. Blackman. New York: Kegan Paul. ISBN 0-7103-0964-3.
  • Foster, John L. (2001). Ancient Egyptian Literature: An Anthology. University of Texas Press. ISBN 0-292-72527-2.
  • Gardiner, Alan (1964). Egypt of the Pharaohs. Oxford University Press.
  • Grajetzki, Wolfram (2006). The Middle Kingdom of Ancient Egypt. Gerald Duckworth & Co. Ltd. ISBN 0-7156-3435-6.
  • Grimal, Nicolas (1988). A History of Ancient Egypt. Librairie Arthéme Fayard.
  • Habachi, Labib (1963). "King Nebhepetre Menthuhotep: his monuments, place in history, deification and unusual representations in form of gods". Annales du Service des Antiquités de l'Égypte. 19: 16–52.
  • Hayes, William (1953). "Notes on the Government of Egypt in the Late Middle Kingdom". Journal of Near Eastern Studies. 12: 31–39. doi:10.1086/371108.
  • Morenz, Ludwid D. (2003), "Literature as a Construction of the Past in the Middle Kingdom", dalam Tait, John W. (penyunting), 'Never Had the Like Occurred': Egypt's View of Its Past, London: University College London, Institute of Archaeology, an imprint of Cavendish Publishing Limited, m/s. 101–118, ISBN 1-84472-007-1
  • Murnane, William J. (1977). Ancient Egyptian Coregencies. Studies in Ancient Oriental Civilization. 40. The Oriental Institute of the University of Chicago. ISBN 0-918986-03-6.
  • Parkinson, R. B. (2002). Poetry and Culture in Middle Kingdom Egypt: A Dark Side to Perfection. London: Continuum. ISBN 0-8264-5637-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Redford, Donald (1992). Egypt, Canaan, and Israel in Ancient Times. Princeton University Press. ISBN 0-691-00086-7.
  • Richards, Janet (2005). Society and Death in Ancient Egypt. Cambridge University Press. ISBN 0-521-84033-3.
  • Shaw, Ian; Nicholson, Paul (1995). The Dictionary of Ancient Egypt. Thames and Hudson.
  • Shaw, Ian (2000). The Oxford history of ancient Egypt. Oxford University Press. ISBN 0-19-280458-8.
  • Simpson, William Kelly (1972). The Literature of Ancient Egypt: An Anthology of Stories, Instructions, and Poetry. translations by R.O. Faulkner, Edward F. Wente, Jr., and William Kelly Simpson. New Haven and London: Yale University Press. ISBN 0-300-01482-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Teeter, Emily (1994). "Egyptian Art". Art Institute of Chicago Museum Studies. The Art Institute of Chicago. 20 (1): 14–31. doi:10.2307/4112949. JSTOR 4112949.
  • Trigger, B.; Kemp, Barry; O'Connor, David; Lloyd, Alan (1983). Ancient Egypt: A Social History. Cambridge University Press.
  • Wegner, Josef (1996). "The Nature and Chronology of the Senwosret III–Amenemhat III Regnal Succession: Some Considerations Based on New Evidence from the Mortuary Temple of Senwosret III at Abydos". Journal of Near Eastern Studies. 55: 249–279. doi:10.1086/373863.

Bacaan lanjut sunting

  • Allen, James P. Middle Egyptian Literature: Eight Literary Works of the Middle Kingdom. Cambridge, UK: Cambridge University Press, 2015.
  • Bourriau, Janine. Pharaohs and Mortals: Egyptian Art in the Middle Kingdom. Cambridge, UK: Fitzwilliam Museum, 1988.
  • Grajetzki, Wolfgang. The Middle Kingdom of Ancient Egypt: History, Archaeology and Society. Bristol, UK: Golden House, 2006.
  • Kemp, Barry J. Ancient Egypt: Anatomy of a Civilization. 2d ed. London: Routledge, 2006.
  • Oppenheim, Adela, Dieter Arnold, and Kei Yamamoto. Ancient Egypt Transformed: The Middle Kingdom. New York: Metropolitan Museum of Art, 2015.
  • Parkinson, Richard B. Voices From Ancient Egypt: An Anthology of Middle Kingdom Writings. Norman: University of Oklahoma Press, 1991.
  • --. Poetry and Culture in Middle Kingdom Egypt: A Dark Side to Perfection. London: Continuum, 2002.
  • Szpakowska, Kasia. Daily Life in Ancient Egypt. Oxford: Blackwell, 2008.
  • Wendrich, Willeke, ed. Egyptian Archaeology. Chichester, UK: Wiley-Blackwell, 2010.
Didahului oleh
Tempoh Perantaraan Pertama
Zaman di Mesir
2055–1650 SM
Diikuti oleh:
Tempoh Perantaraan Kedua