Kerajaan Sementara Republik Perancis

Kerajaan Sementara Republik Perancis (PGFR) (Perancis: Gouvernement provisoire de la République française (GPRF) adalah kerajaan interim Perancis Bebas antara 3 Jun 1944 dan 27 Oktober 1946 susulan dari pembebasan negara Perancis selepas Operasi Overlord dan Dragoon, dan berakhir sehingga terbentuk Republik Keempat Perancis. Penubuhannya menandakan pemulihan rasmi dan pembentukan semula Republik Perancis sementara, menjamin kesinambungan Republik Ketiga Perancis yang tidak lagi berfungsi.

Kerajaan Sementara Republik Perancis
Gouvernement provisoire de la République française
1944–1946
Bendera Kerajaan Sementara Republik Perancis
Lambang Kerajaan Sementara Republik Perancis
Bendera Lambang
Cogan kata"Liberté, Égalité, Fraternité"
"Liberty, Equality, Fraternity"
Lagu kebangsaan"La Marseillaise"
  •   Perancis
  •   Protektorat Perancis
  •   Zon pendudukan Perancis di Jerman dan Austria


Ibu negaraAlgiers (de facto, 3 Jun – 31 Ogos 1944)
Paris (de jure; de facto dari 31 Ogos 1944)
Bahasa yang umum digunakanPerancis
Agama
Negara sekular
(kecuali Alsace-Lorraine)
Roman Katolik
Calvinisme
Lutheranisme
Agama Yahudi
(Alsace-Lorraine sahaja)
KerajaanTripartisme
Pengerusi 
• 1944–1946
Charles de Gaulle
• 1946
Félix Gouin
• 1946
Georges Bidault
• 1946–1947
Léon Blum
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan
Era SejarahPerang Dunia II
• Proklamasi PGFR
3 Jun 1944
6 Jun 1944
15 Ogos 1944
25 Ogos 1944
19 Mac 1945
8 Mei 1945
24 October 1945
• Proklamasi Republik Keempat
27 Oktober 1946
Mata wangFranc Perancis
Didahului oleh
Diganti oleh
Perancis Bebas
Perancis Vichy
Pentadbiran Tentera Jerman
Republik Keempat Perancis
Kesatuan Perancis

Ia menggantikan Jawatankuasa Pembebasan Nasional Perancis (CFLN), yang telah menjadi kerajaan sementara Perancis di jajahan takluk seberang laut dan bahagian metropolitan negara (Algeria dan Corsica) yang telah dibebaskan oleh Perancis Bebas. Sebagai kerajaan zaman perang Perancis pada tahun 1944–1945, tujuan utamanya adalah mengurus taklukan Perancis dan terus melancarkan perang terhadap Jerman selaku salah satu kuasa utama Pihak Bersekutu.

Misi utamanya (selain peperangan) ialah mempersiapkan dasar bagi institusi perlembagaan baru yang menghasilkan Republik Keempat. Ia juga membuat beberapa reformasi penting dan keputusan politik, seperti memberikan hak wanita untuk mengundi, mendirikan École nationale d'administration dan meletakkan dasar keselamatan sosial di Perancis.

Rujukan sunting

Templat:Liberation of France