Kerajaan Thailand
Kerajaan Thailand, atau secara formal Kerajaan Diraja Thai (Abrv: RTG; Bahasa Thai: รัฐบาลไทย , RTGS: Ratthaban Thai, disebut [rát.tʰā.bāːn tʰāj]), adalah kerajaan kesatuan Negara Thailand. Negara ini muncul sebagai negara bangsa moden selepas pembentukan Dinasti Chakri dan kotaraya Bangkok pada tahun 1782.[1] Revolusi tahun 1932 menyebabkan berakhirnya sistem raja mutlak dan menggantikannya dengan raja berperlembagaan.
Kerajaan Diraja Thai | |
---|---|
Gambaran keseluruhan | |
Pembentukan | 24 Jun 1932 |
Negara | Thailand |
Bidang kuasa | Thailand |
Laman sesawang | www |
Ketua | Perdana Menteri |
Dilantik oleh | Seri Paduka Baginda Raja Thailand |
Ibu pejabat | Rumah Kerajaan Thailand, Dusit, Bangkok |
Alat utama | Kabinet |
Bertanggungjawab kepada | Perhimpunan Kebangsaan Thailand |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejak itu negara ini diperintah secara berturut-turut oleh pemimpin tentera yang dilantik selepas rampasan kuasa, paling terbaru pada Mei 2014, dan beberapa jarak masa demokratik. Perlembagaan 2007 (di draf oleh ahli majlis lantikan tentera, tetapi diluluskan oleh referendum) telah dibatalkan oleh perancang kudeta 2014 yang mengurus negara ini secara diktator tentera.
Thailand setakat ini mempunyai 17 Perlembagaan. Secara keseluruhan, struktur asas kerajaan masih tetap sama. Kerajaan Thailand terdiri dari tiga cabang: badan eksekutif, badan perundangan, dan badan kehakiman. Sistem kerajaan di modelkan mengikut Sistem Westminster. Semua cabang kerajaan berpusat di Bangkok, iaitu ibukota Thailand.
Dari Mei 2014 hingga Julai 2019, Thailand telah diperintah oleh junta tentera, Majlis Negara bagi Keamanan dan Ketenteraman, yang sebahagiannya membatalkan perlembagaan 2007, mengisytiharkan undang-undang tentera dan perintah berkurung seluruh negara, melarang perhimpunan politik, menangkap dan menahan ahli politik dan aktivis anti kudeta, mengenakan penapisan internet dan mengawal media. Pada 24 Mac 2019, Thailand mengundi dalam pilihanraya umum Thailand 2019, menyokong penyebaran pendapat melalui banyak parti politik yang bersaing untuk menjadi kerajaan.[2]
Rujukan
suntingPetikan
sunting- ^ "Chakri Day". Chulabhorn Graduate Institute. Dicapai pada 8 May 2019.
- ^ "Thailand elections: What could happen next?". The Nation. Agence France-Presse. 31 March 2019. Dicapai pada 8 May 2019.
Sumber
sunting- Damrong Rajanubhab (1927). Thai Government in Ancient Times.. (in Thai). Bangkok: Fine Arts Department.
- Kittisak Prokati (2006). Thai Legal Reform under European Influence (PDF) (dalam bahasa Thai). Bangkok: Winyuchon. ISBN 9789742884727.
- Manit Jumpa (2007). A Comment on Reform of Thai Constitution in 2007 (PDF) (dalam bahasa Thai). Bangkok: Chulalongkorn University Press. ISBN 9789740319078.
- Noranit Setabutr (2007). Constitutions and Thai Politics (PDF) (dalam bahasa Thai). Bangkok: Thammasat University Press. ISBN 9789745719996.
- Noranit Setabutr (2000). The 'Royal Tutors' Group in Thai Politics (PDF) (dalam bahasa Thai) (ed. 2nd). Bangkok: Thammasat University Press. ISBN 9745717266.
- René Guyon (2007). The Work of Codification in Siam (PDF) (dalam bahasa Thai). Bangkok: Winyuchon. ISBN 9789742885403.
- Sirindhorn (2006). Thai Government during Ayutthaya Period and Early Rattanakosin Period (PDF) (dalam bahasa Thai). Bangkok: Chulalongkorn University. ISBN 9749940083.
- Tej Bunnag (2005). Intendancy System of Government in Siam: 1892–1915 (PDF) (dalam bahasa Thai) (ed. 2nd). Bangkok: Thammasat University Press. ISBN 9745719374.
- Yut Saeng-uthai (2008). A Legal Treatise on the Provisions of the Constitution governing the King (PDF) (dalam bahasa Thai). Bangkok: Winyuchon. ISBN 9789742886332.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kerajaan Thailand |
- Royal Thai Government homepage (dalam bahasa Inggeris dan Thai)
- Gov Channel (18,806 handbooks on how to apply for state services and links to all government agencies)