Kerajaan tentera ataupun junta tentera merupakan satu bentuk kerajaan di mana kuasa politik berada di tangan tentera. Sistem kerajaan ini adalah salah satu bentuk kerajaan autokratik. Di dalam kebanyakan kejadian, kerajaan tentera terbentuk selepas satu rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera. Kebiasaannya, kerajaan tentera akan mengantung hak-hak sivil seperti kebebasan bersuara.

Terdapat sebilangan kerajaan tentera di dunia. Dua daripada adalah kerajaan Myanmar dan Thailand.