Kerana (lagu)
Lagu Kerana ciptaan komposer terkenal M. Nasir adalah sebuah lagu yang dirakam buat pertama kalinya oleh kugiran terkenal Alleycats untuk album kesembilan mereka dengan judul Kerana pada tahun 1984. Lagu ini mejadi megahits pada tahun tersebut dan kekal popular hingga kini malah dianggap sebagai sebuah karya terbaik ciptaan M. Nasir. Lagu ini juga dikenali dengan judul Kerana Kau ketika sering berkumandang di corong-corong radio pada tahun 1984.
"Kerana" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Alleycats | ||||
daripada album Kerana | ||||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Dilancarkan | 1984 | |||
Format | Kaset | |||
Genre | Pop | |||
Syarikat | Polygram | |||
Penulis | M. Nasir | |||
Penggubah | M. Nasir | |||
Penulis seni kata | M. Nasir | |||
Penerbit | M. Nasir | |||
Kronologi single Alleycats | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Lirik
suntingSelain melodinya yang hebat dan evergreen, lagu ini banyak diperbincangkan ekoran liriknya yang sangat menyentuh perasaan. Ia menceritakan mengenai kelukaan hati seorang lelaki terhadap cinta yang dipermainkan oleh seorang wanita yang mendambakan cinta daripada lelaki lain. Ia merujuk kepada kegagalan memiliki wanita tersebut malah sebaliknya dipermainkan perasaan sebagai punca kedukaan berterusannya serta kesan yang diterimanya hingga kini. Tajuk Kerana pada lagu ini secara sasteranya bermaksud Punca, dan ia dizahirkan sebagai sebuah lagu yang mempersalahkan insan lain atas kesedihan yang dialami sendiri oleh sang empunya hati.
Kerana kau ku masih di sini
Kerana kau ku bisa menangis
Dan kerana kau yang menghancurkan
Ku tiada berteman
Terkenang wajah mu aku pilu
Selangkah ku tersebut nama mu
Tak terasa jiwa ku dipalu
Oleh rindu dan dendam pada mu
Dan ketika ini dan di saat ini
Dimanakah dikau
Kau puja bulan yang mengambang
Kau pinta bunga yang di taman larangan
Kau sendakan ku punya perasaan
Dan kau menyatakan bahawa cinta ini
Hanyalah permainan
Mengapakah tak kau rasa
Bukan paras rupa yang sangat ku pinta
Ohh... ohh
Tapi hati yang dapat merasa
Yang kesedihan ini tak lain
Hanyalah kerana mu
Mengapakah ku diluka
Mengapakah harus ku tanggung semua ini
Tidakkah kau merasakan
Kesedihan ini tak lain hanyalah kerana mu
Adaptasi Televisyen
suntingPada tahun 1995, sebuah drama televisyen berjudul Kerana Kau diterbitkan dengan menggunakan jalan cerita berdasarkan lagu ini. Ia ditayangkan di TV3 dan dilakonkan oleh Aida Khalida dan Jalaluddin Hassan. Aida juga berjaya meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin menerusi lakonan berkesannya.
Sepuluh tahun kemudian, dalam acara yang sama penyanyi Misha Omar diberi tanggungjawab untuk membuat persembahan tribute kepada drama dan lagu ini. Persembahan memukau Misha mendapat perhatian ramai dan mengembalikan populariti lagu ini.
Versi M. Nasir (1999)
sunting"Kerana" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh M. Nasir | ||||
daripada album Srikandi Cintaku | ||||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Dilancarkan | 1999 | |||
Format | CD, Kaset | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | Nasir-srikandi.jpg | |||
Syarikat | BMG Music Malaysia | |||
Penulis | M. Nasir | |||
Penggubah | M. Nasir | |||
Penulis seni kata | M. Nasir | |||
Penerbit | M. Nasir | |||
Kronologi single M. Nasir | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Lagu Kerana yang pernah dipopularkan oleh kugiran Alleycats ini kemudiannya dirakam semula oleh komposer asalnya M. Nasir untuk sebuah album yang menghimpunkan koleksi lagu-lagu terbaik M. Nasir yang dinyanyikan oleh penyanyi lain iaitu album Srikandi Cintaku pada tahun 1999. Lagu Kerana ditangan M. Nasir digubah menjadi sebuah lagu blues.
Menerusi album Srikandi Cintaku beliau telah meraih anugerah Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Lelaki) ketika Anugerah Industri Muzik 2000.
Versi Misha Omar (2011)
sunting"Kerana" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Misha Omar | ||||
daripada album Dia...Misha | ||||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Dilancarkan | 14 Mac 2011 | |||
Format | CD | |||
Genre | Pop | |||
Syarikat | Sony BMG Music Malaysia | |||
Penulis | M . Nasir | |||
Penggubah | M. Nasir | |||
Penulis seni kata | M. Nasir | |||
Penerbit | Ramli MS | |||
Kronologi single Misha Omar | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Misha Omar yang bekerjasama dengan M. Nasir untuk rakaman album ketiga dan keempatnya (yang belum diterbitkan) bertindak merakamkan kembali lagu Kerana ini akibat sambutan menggalakkan peminat terutama di laman sesawang Youtube ketika beliau menyanyikan lagu ini secara live di Anugerah Skrin 2005. Akhirnya rakaman semula lagu ini disempurnakan dalam album kompilasi pertama penyanyi popular ini berjudul Dia...Misha pada tahun 2011.
Lagu ini digubah dengan iringan orkestra oleh penerbitnya Ramli MS. Misha Omar merupakan satu-satunya penyanyi wanita yang pernah membawakan lagu ini sehingga kini.