Kerana Dia Manusia Biasa (novel)

Kerana Dia Manusia Biasa ialah novel 2014 oleh penulis novel Malaysia, Mawar Kamila, dikeluarkan pada 2014 oleh Lovenovel Publication. Novel ini telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2019.[1]

Kerana Dia Manusia Biasa
PengarangWan Nur Najihah
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
PenerbitPenulisan2U
Tarikh penerbitan
Ogos 2015
Jenis mediaCetakan (kulit keras)
Halaman761
ISBNISBN 9789670567808

SinopsisSunting

Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.

“Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas

Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

“Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil

“Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka.

Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

“Kau jangan risaulah,aku tak akan sentuh kau sebab nak pegang kau pun aku dah geli tau. Aku benci dengan keturunan pembunuh macam kau.” – Tengku Shamil.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya.

Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

“Penipu. Kau tahu tak kau penipu? Aku dah jadi bodoh sebab percayakan kau. Ini yang kau balas kat aku. Aku punyalah sayang kau, tapi kau senang-senang curang depan aku. Kau ni perempuan jenis apa?!” – Tengku Shamil

“Habis abang nak Aira buat apa? Sujud kat kaki abang, macam tu?” – Nurin Aira

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?

Keluaran dan legasiSunting

Kerana Dia Manusia Biasa dikeluarkan pada 2014 oleh Penulisan2U. Pada tahun 2019, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Samarinda bermula 17 Jun di TV3, dibintangi oleh dibintangi oleh Emma Maembong dan Shukri Yahaya.[2]

RujukanSunting

  1. ^ Kerana Dia Manusia Biasa by Wan Nur Najihah Goodreads. Dicapai pada 11 Mac 2020.
  2. ^ Drama Kerana Dia Manusia Biasa (TV3) My Infotaip (23 Julai 2019). Dicapai pada 23 Julai 2019.