Kerantung (telefilem)
Kerantung merupakan sebuah telefilem Ramadhan 2018 arahan Heykal Hanifah FDAM yang ditayangkan di TV1 dalam Slot Panggung Seri.
Kerantung | |
---|---|
Pengarah | Heykal Hanifah FDAM |
Penulis | Siti Jasmina Ibrahim |
Dihasilkan oleh | Sophisticated Media Sdn Bhd |
Dibintangi | |
Sinematografi | Amir Aswad Ooi |
Disunting oleh |
|
Syarikat penerbitan | Zass Post |
Tarikh tayangan | 19 Mei 2018 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Sinopsis
suntingSelepas kematian Bilal Haji Badli, timbul fitnah hingga menyebabkan anak-anaknya telah dicemuh, hingga menimbulkan pecah belah masyarakat di situ. Masjid juga menjadi suram selepas peristiwa itu.
Haji Badri menjadi bilal masjid akan mengetuk kerantung apabila masuknya waktu solat. Suatu hari menjelang Maghrib, Haji Badri rebah dan meninggal dunia selepas mengetuk kerantung. Situasi ini menggemparkan semua terutama keluarga dan orang kampung.
Selepas kejadian tersebut, Umar anak arwah Haji Badri meminta izin daripada imam untuk membawa kerantung ke bandar di mana beliau tinggal untuk digunakan di sana. Sementara itu Usman pula dilantik sebagai bilal sementara bagi meneruskan legasi arwah ayahnya.
Bulan Ramadan tiba dan Umar pulang menziarahi ibunya yang tinggal bersama Usman di kampung. Beliau hairan melihat jemaah terlalu kurang di masjid tersebut yang jauh berbeza berbanding seperti Ramadan sebelumnya.
Pelbagai perkara berlegar diingatannya ketika ini. Dia nekad mahu mengubah keadaan itu dan pada masa sama mengajak orang kampung kembali mengimarahkan masjid seerti sebelum ini ketika arwah ayahnya menjadi imam.
Situasi ini berlaku disebabkan Kahar memfitnah arwah Haji Badri serta imam bahawa wang derma masjid telah diselewengkan oleh mereka. Sebenarnya Kahar berdendam kisah lama dan cemburu apabila Haji Badri dilantik menjadi bilal serta menjadi lebih berpengaruh berbanding dirinya.
Kahar terlibat dengan kemalangan di mana Umar dan Usman membantu dengan mendermakan darah mereka pada Kahar. Akhirnya Kahar insaf dan pada malam Ramadan yang terakhir, beliau ke masjid untuk mengetuk kerantung baru yang dibuat oleh Yusuf. Namun masih adakah peluang untuknya berbuat demikian?
Pelakon
sunting- Zahiril Adzim sebagai Umar
- Alif Hadi sebagai Usman
- Fauziah Nawi sebagai Musalmah
- Faezah Elai sebagai Sufiah
- Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Kahar
- Dian P. Ramlee sebagai Sanah
- Mior Hashim Manap sebagai Badli
- Bohari Ibrahim sebagai Yusof
- Asry Azizan sebagai Hamid