Buka menu utama
An engraving, titled at the top "The Metropolitan Underground Railway", showing a montage of outside views of the railway stations with people in Victorian dress travelling on foot or by horse. In the centre is an interior view of the original King's Cross station.
Montaj stesen-stesen Kereta Api Metropolitan daripada Illustrated London News Disember 1862, sebulan sebelum perkhidmatan kereta api dibuka

Kereta Api Metropolitan (juga dikenali sebagai Met)[nota 1] ialah kereta api penumpang dan barangan yang memberi perkhidmatan di London dari tahun 1863 hingga 1933, aliran utamanya menuju ke barat laut dari pusat kewangan ibu negara di Bandaraya, yang kemudiannya menjadi pinggir bandar Middlesex. Laluan kereta api pertamanya menghubungkan terminal kereta api laluan utama di Paddington, Euston dan King's Cross ke Bandaraya. Bahagian pertama dibina di bawah New Road menggunakan kaedah "gali dan timbus" di antara Paddington dan King's Cross dan dalam terowong dan tarahan landasan di sisi Farringdon Road dari King's Cross hingga berdekatan Smithfield. Ia dibuka kepada orang awam pada 10 Januari 1863 dengan gerabak kayu yang menggunakan sistem pencahayaan gas dan diangkut dengan lokomotif stim, kereta api bawah tanah yang direka untuk penumpang pertama di dunia.[2]

Aliran kereta api itu kemudiannya dilanjutkan di kedua-dua penghujung dan menuju ke arah utara melalui laluan cabang dari Baker Street. Ia mencapai ke Hammersmith pada tahun 1864, Richmond pada 1877 dan menyiapkan Inner Circle pada 1884, tetapi laluan yang paling penting adalah aliran utara ke kawasan perkampungan Middlesex, di mana ia merangsang pembangunan pinggir bandar yang baru. Laluan ini seterusnya mecapai ke Harrow pada tahun 1880, dan laluan itu akhirnya dilanjutkan ke Verney Junction di Buckinghamshire, lebih daripada 50 batu (80 kilometer) dari Baker Street dan pusat bandar London.

Tarikan elektrik diperkenalkan pada tahun 1905 dan pada 1907 unit kereta api elektrik berganda beroperasi di kebanyakkan perkhidmatan, walaupun pengelektrikan bagi bahagian terpencil tidak berlaku sehingga sedasawarsa kemudian. Tidak seperti syarikat-syarikat kereta api yang lain di kawasan London, Met membangunkan tanah untuk perumahan dan selepas Perang Dunia Pertama, ia memperkenalkan estet-estet perumahan berdekatan kereta api dengan menggunakan jenama "Metro-land". Pada 1 Julai 1933, Met telah digabungkan dengan Syarikat Kereta Api Elektrik Bawah Tanah London serta pengendali trem dan bas ibu negara untuk membentuk Lembaga Pengangkutan Penumpang London.

Bekas landasan dan stesen Met digunakan oleh aliran-aliran kereta api London Underground seperti Metropolitan, Circle, District, Hammersmith & City, Piccadilly dan Jubilee, serta oleh Kereta Api Chiltern.

Catatan dan rujukanSunting

CatatanSunting

  1. ^ Syarikat itu memperkenalkan diri sebagai "The Met" sejak 1914.[1] Kereta api itu dirujuk sebagai "the Met" atau "the Metropolitan" dalam catatan bersejarah seperti Jackson 1986, Simpson 2003, Horne 2003, Green 1987, dan Bruce 1983.

RujukanSunting

  1. ^ Jackson 1986, halaman 195, 325, lihat juga bahan publisiti yang dicetak semula di Simpson 2003, halaman 70
  2. ^ Day & Reed 2008, m/s. 8.

BibliografiSunting

  • Awdry, Christopher (1990). Encyclopaedia of British Railway Companies. Patrick Stephens Ltd. ISBN 1-85260-049-7. 
  • Benest, K.R. (1984) [1963]. Metropolitan Electric Locomotives (edisi 2nd). London Underground Railway Society. ISBN 0-9508793-1-2. 
  • Bruce, J Graeme (1983). Steam to Silver. A history of London Transport Surface Rolling Stock. Capital Transport. ISBN 0-904711-45-5. 
  • Butt, R. V. J. (1995). The Directory of Railway Stations: details every public and private passenger station, halt, platform, and stopping place, past and present (edisi 1st). Patrick Stephens Ltd. ISBN 1-85260-508-1. 
  • Casserley, H.C. (1977). The later years of Metropolitan Steam. D. Bradford Barton. ISBN 0-85153-327-2. 
  • Day, John R.; Reed, John (2008) [1963]. The Story of London's Underground (edisi 10th). Capital Transport. ISBN 978-1-85414-316-7. 
  • Demuth, Tim; Leboff, David (1999). No Need To Ask. Harrow Weald: Capital Transport. ISBN 185414 215 1. 
  • Earnshaw, Alan (1989). Trains in Trouble: Vol. 5. Penryn: Atlantic Books. ISBN 0-906899-35-4. 
  • Edwards, Dennis; Pigram, Ron (1988). The Golden Years of the Metropolitan Railway and the Metro-land Dream. Bloomsbury. ISBN 1-870630-11-4. 
  • "Fowler's Ghost" (Mei 1962). Cooke, B.W.C, penyunting. "Railway connections at King's Cross (part one)". The Railway Magazine. Tothill Press. 108 (733). 
  • Foxell, Clive (1996). Chesham Shuttle: The Story of a Metropolitan Branch Line (edisi 2nd). Clive Foxell. ISBN 0-9529184-0-4. 
  • Goudie, Frank (1990). Metropolitan Steam Locomotives. Capital Transport. ISBN 978-1-85414-118-7. 
  • Gourvish, Terry (2006). The Official History of Britain and the Channel Tunnel. Routledge. ISBN 978-0-415-39183-2. 

  • Green, Oliver (1987). The London Underground: An illustrated history. Ian Allan. ISBN 0-7110-1720-4. 
  • Green, Oliver, penyunting (2004). Metro-Land (edisi British Empire Exhibition 1924 reprinted). Southbank Publishing. ISBN 1-904915-00-0. Dicapai 2012-04-22. 
  • Horne, Mike (2003). The Metropolitan Line. Capital Transport. ISBN 1-85414-275-5. 
  • Horne, Mike (2006). The District Line. Capital Transport. ISBN 1-85414-292-5. 
  • Jackson, Alan (1986). London's Metropolitan Railway. David & Charles. ISBN 0-7153-8839-8. 
  • Lee, Charles E. (1956). The Metropolitan District Railway. The Oakwood Press. ASIN B0000CJGHS. 
  • Rose, Douglas (Disember 2007) [1980]. The London Underground: A Diagrammatic History (edisi ke-8). Capital Transport. ISBN 978-1-85414-315-0. 
  • Rowley, Trevor (2006). The English landscape in the twentieth century. Hambledon Continuum. ISBN 1-85285-388-3. 
  • Simpson, Bill (2003). A History of the Metropolitan Railway. Volume 1: The Circle and Extended Lines to Rickmansworth. Lamplight Publications. ISBN 1-899246-07-X. 
  • Snowdon, James R. (2001). Metropolitan Railway Rolling Stock. Didcot: Wild Swan. ISBN 1-874103-66-6. 
  • Walford, Edward (1878). New and Old London: Volume 5. British History Online. Dicapai 2012-07-03. 
  • Wolmar, Christian (2004). The Subterranean Railway: how the London Underground was built and how it changed the city forever. Atlantic. ISBN 1-84354-023-1. 
  • Railway Clerks' Association (1922). The Reorganisation of British Railways: The Railways Act, 1921 (edisi 3rd). Gray's Inn Press. 

Penerbitan lainSunting

Pautan luarSunting