Kereta lembu

(Dilencongkan dari Kereta Lembu)

Kereta lembu merupakan kenderaan dua roda yang ditarik oleh lembu. Ia merupakan pengangkutan yang digunakan sejak masa silam lagi di kebanyakan tempat di dunia. Ia masih digunakan hari ini di mana kenderaan moden terlalu mahal atau infrastruktur tidak menyokong kereta.

Kereta lembu yang terletak di hadapan Pasar Seni.
Kereta kuda dan kereta lembu di Muzium Negara
Kereta lembu di India.
Kereta lembu di Tangalle, Sri Lanka, March 2008

Kereta lembu yang ditarik oleh seekor lembu lebih kebiasaannya digunakan bagi mengangkut barangan. Rangka kereta dipasang pada lembu penarik dengan menggunakan rantai khas yang diikat pada kayu gandar. Akan tetapi, tali biasa sahaja boleh juga digunakan untuk seekor atau dua lembu. Pemandu dan pengiring barangan akan duduk di hadapan, dan beban dimuatkan di belakang. Secara tradisi barangan dibawa merupakan hasil pertanian dan balak.

Malaysia sunting

Kereta lembu di Malaysia digunakan sebelum kereta digunakan, dan sehingga sekarang masih ada yang digunakan termasuk kereta lembu pembawa penumpang. Pada masa kini, ia digunakan terutama sebagai tarikan pelancung.[1] Kereta lembu yang membawa penumpang biasanya dilengkapi atap sebagai perlindungan daripada terik matahari dan hujan dan ia sering kali dicat dengan warna terang dan ceria.[2][3]

Sejarah sunting

Dahulunya, kereta lembu digunakan sebagai pengangkutan oleh orang-orang kaya di Melaka. Ciri-ciri yang melainkan kereta lembu Melaka ini dengan yang lain ialah bumbungnya yang berbentuk seperti tanduk lembu yang berwarna-warni.

Selain daripada kereta lembu yang digunakan di Melaka, pada zaman Abdullah dan sebelumnya itu terdapat juga keterangan mengenai kereta kerbau atau pedati kerbau. Pada kebiasaannya pedati ini digunakan di kawasan bandar dan persekitarannya sahaja bagi tujuan menarik barang-barang. Abdullah ada menggambarkan pedati kerbau yang digunakan di zamannya itu dengan menceritakan bahawa:

"Maka dengan seketika itu juga diberinya perintah menyuruh bawa mayat itu, lalu dimasukkannya ke dalam pedati kerbau, maka disuruhnya canangkan berkeliling negeri..."

Kereta kerbau ini didapati masih digunakan sehingga ke pertengahan abad ke-20. Ia dimonopoli oleh orang Cina yang tinggal di Bandar Melaka, bagi tujuan menarik barang-barang seperti papan, beras, batu-bata dan sebagainya di dalam lingkungan perbandaran sahaja. Di kawasan kampung-kampung di kalangan petani Melayu, kereta ini tidak digunakan.

Pada asalnya sebelum wujudnya kereta-kereta yang beroda di kalangan masyarakat petani di kampung-kampung, mereka telah tahu menggunakan sejenis sistem pengangkutan yang dipanggil "bentang". Kereta bentang ini tiada beroda dan ditarik oleh binatang seperti kerbau dan lembu. Penggunaan sistem pengangkutan ini bertujuan untuk faedah diri sendiri seperti menarik padi, kayu api dan barang lain yang berat-berat. Kenderaan ini biasanya dapat dilihat di sawah padi dan dusun terutama dalam tahun-tahun 1880-an. Sekarang ini, kereta kerbau atau pedati kerbau tidak lagi digunakan.

Rujukan sunting

  1. ^ (Melayu) Melacca government Portal - Menaiki Kereta Lembu.[pautan mati kekal]
  2. ^ Passenger bullock cart outside Malaysia Museum.
  3. ^ "Historical picture of bullock cart in Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-17. Dicapai pada 2010-02-17.