FV4034 Challenger 2 adalah kereta kebal utama (MBT) yang sedang berkhidmat dengan angkatan tentera darat British dan Oman. Ia telah dibina oleh firma British iaitu Vickers Defence Systems (sekarang sebahagian daripada BAE Systems Land and Armaments). Pengeluarnya telah mengwar-warkan Challenger 2 sebagai kereta kebal utama yang paling dipercayai di dunia[2] walau bagaimanapun operasi ketenteraan di padang pasir mendedahkan masalah-masalah ketara yang perlu diberi perhatian.[3] Sehingga bulan Januari 2008, 2 buah kereta kebal Challenger 2 telah mengalami kerosakan dan sebuah telah dimusnahkan (ditembak oleh kereta kebal Challenger II yang lain) semasa pertempuran.

FV 4034 Challenger 2
Kereta kebal utama, Challenger 2.
JenisKereta kebal utama
Tempat asal United Kingdom
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1998 - sekarang
Digunakan olehTentera Darat Diraja British
Tentera Darat Diraja Oman
PerangPerang Iraq
Sejarah pengeluaran
PengeluarAlvis Vickers
Kos unitAS$7.9 juta (£4 juta)[1]
Dihasilkan1993 - 2002
Jumlah dibina424 buah
Spesifikasi
Berat62.5 tan
Panjang8.3 m (11.50 m termasuk meriam)
Lebar3.5 m (4.2 m termasuk plat armor)
Tinggi2.5 m
Krew4 (komander, penembak, pengisi peluru, pemandu

ArmorChobham/Dorchester Tahap 2 (rahsia)
Senjata
pertama
Meriam berpilin 120 mm L30A1
dengan 52 butir peluru
Senjata
kedua
Meriam berantai sepaksi 7.62 mm L94A1 EX-34,
Mesingan kupola komander 7.62 mm L37A2
EnjinEnjin diesel Perkins CV-12
1,200 hp (895 kW)
Kuasa/berat19.2 hp/tan
Sistem ampaianhydropneumatic
Jarak
operasi
450 km (279 batu)
Kelajuan59 km/j (37 bsj)

Challenger 2 adalah hasil daripada reka bentuk semula secara ekstensif kereta kebal Challenger 1. Keseluruhan kereta kebal Challenger II adalah baru kecuali rekaan asas badan dan bahagian automotif yang diambil dari Challenger I. Kurang dari 5% komponennya boleh ditukar ganti dengan kerete kebal Challenger I.

Challenger 2 pada masa sekarang telah mengantikan Challenger 1 dalam perkhidmatan dengan Tentera Darat Diraja British dan juga telah digunakan oleh Tentera Darat Diraja Oman. British telah membuat pesanan sejumlah 127 buah kereta kebal Challenger 2 dalam tahun 1991 dan tambahan 259 buah pada tahun 1994. Oman pula memesan sebanyak 18 buah pada tahun 1993 dan tambahan 20 buah lagi pada bulan November 1997. Challenger 2 telah memasuki perkhidmatan dengan Tentera Darat Diraja British Army pada tahun 1998, dengan unit terakhir telah dihantar pada tahun 2002. Ia dijangka akan berkhidmat sehingga tahun 2035. Penghantaran untuk negara Oman telah disempurnakan pada tahun 2001. Challenger 2 telah digunakan dalam perkhidmatan operasi di Bosnia, Kosovo dan Iraq sejak tahun (2003–sekarang).

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting