Kereta kebal M4 Sherman


Kereta kebal M4 Sherman, nama rasminya Kereta Kebal Serdahana, M4, merupakan kereta kebal paling banyak yang digunakan oleh pihak Amerika Syarikat dan beberapa negara Berikat Barat yang lain semasa Perang Dunia Kedua. Kereta kebal M4 Sherman terbukti boleh dipercayai, yang agak murah untuk dihasilkan dan terdapat dalam bilangan yang besar. Beribu-ribu telah diedarkan melalui program Pinjam-Sewa (Lend-Lease) kepada Komanwel British dan Kesatuan Soviet. Kereta kebal itu dinamakan oleh British sempena Jeneral Perang Saudara Amerika Jeneral William Tecumseh Sherman .

Kereta kebal sederhana M4 Sherman
Sebuah kereta kebal M4 (105) Sherman dengan trek tambahan dipetri dihadapannya sebagai perisai perlindungan tambahan, dikekalkan di Peringatan Kemerdekaan Langenberg di Ede, Netherlands
JenisKereta kebal sederhana
Tempat asalAmerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1942–1957 (United States)
1945–present (Other countries)
Digunakan olehAmerika Syarikat, dan banyak yang lain-lain (lihat variasi asing dan penggunaannya)
Sejarah pengeluaran
PerekaJabatan Ordnance Tentera Amerika Syarikat
Direka1940
PengeluarAmerican Locomotive Company, Baldwin Locomotive Works, Detroit Tank Arsenal, Federal Machine and Welder Company, Fisher Tank Arsenal, Ford Motor Company, Lima Locomotive Works, Pacific Car and Foundry Company, Pressed Steel Car Company, Pullman-Standard Car Company
Kos unit$44,556-$64,455 in 1945 dollars, depending upon variant[1]
DihasilkanSeptember 1941 (prototype)
February 1942–July 1945
Jumlah dibina49,234, excluding prototype[2]
Spesifikasi
Berat66,800-84,000 paun (30.3-38.1 tan metrik)[3] depending upon variant
Panjang19 kaki 2 in-20 kaki 7 in (5.84-6.27 m) bergantung pada nama variasi[3]
Lebar8 kaki 7 in-9 kaki 10 in (2.62-2.99 m) bergantung pada nama variasi
Tinggi9 kaki 0 in-9 kaki 9 in (2.74-2.97 m) bergantung pada nama variasi
Krew5 (Komander, jurutembak, pemuat, pemandu, pembantu pemandu)

Armor12.7 mm (0.5 in) minimum
Up sehingga maksima 177.8 mm (7.0 in) bergantung pada nama variasi
Senjata
pertama
Meriam 75 mm M3 (90-104 peluru)
or
Meriam 76 mm M1A1, M1A1C, atau M1A2 (71 peluru)
atau
105 mm howitzer M4 (66 peluru)[3]
Senjata
kedua
Mesingan .50 kaliber Browning M2HB (300-600 peluru),
2 mesingan ×.30 kaliber Browning M1919A4 (4,000-6,750 peluru)
EnjinM4 and M4A1 model:

Continental R975-C1 or -C4 9 cylinder radial gasoline engine,
350 or 400 hp (261 or 298 kW) at 2,400 rpm[3]
M4A2 model: General Motors 6046 twin diesel engine; 375 hp (280 kW) at 2,100 rpm[3]
M4A3 model: Ford GAA V8 gasoline engine; 450 hp (336 kW) at 2,600 rpm[3]
M4A4 model: Chrysler A57 multibank gasoline engine; 470 hp (350 kW) at 2,400 rpm[3]

M4A6 model: Caterpillar D-200A (Wright RD-1820) 9 cylinder radial diesel engine; 450 hp (336 kW) at 2,400 rpm[3]
TransmisiDana Holding Corporation tranmisi sirat segerak, 5 gear hadapan dan 1 undur[4]
Sistem ampaianVertical volute spring suspension (VVSS) or horizontal volute spring suspension (HVSS)
Kapasiti minyak138-175 US gallons (522-662 litres) depending upon variant[3]
Jarak
operasi
100-150 miles (161-241 km) on road depending upon variant[3]
Kelajuan22–30 mph (35–48 km/j) on road, depending upon variant[3][5]

M4 Sherman berkembang daripada Kereta Kebal Serdahana M3 Lee perantaraan,[N 1] yang memiliki senjata utamanya dalam sponson tenggekan sisi. M4 mengekalkan kebanyakan reka bentuk mekanikal sebelumnya, tetapi meletakkan meriam utama 75 mm pada turet yang mampu berputar sepenuhnya. Satu ciri, pengstabil giro (gyrostabilizer) paksi tunggal, tidak cukup tepat untuk membolehkan ia menembak ketika bergerak tetapi dapat membantu menjaga "reticle" pembidik pada sasaran, agar apabila kereta kebal itu berhenti untuk menembak, meriam itu telah disasarkan ke arah yang betul.[6] Arkiteknya menekankan kebolehpercayaan mekanikal, kemudahan pengeluaran dan penyelenggaraan, ketahanan, penyeragaman bahagian dan peluru dalam bilangan variasi yang terhad, dan saiz dan berat badan yang sederhana. Faktor-faktor ini, digabungkan dengan perisai dan persenjataan Sherman yang ketika itu unggul, menewaskan kereta kebal ringan dan sederhana Jerman yang digunapakai pada tahun 1939-1942. M4 seterusnya dihasilkan dalam bilangan yang besar. Ia menerajui banyak serangan oleh pihak Berikat Barat selepas tahun 1942.

Apabila kereta kebal M4 memasuki pertempuran di Afrika Utara bersama Tentera British di El Alamein pada musim luruh tahun 1942, ia meningkatkan kelebihan perisai pihak Berikat dan mengatasi perisai pihak Axis dan lebih baik berbanding reka bentuk kereta kebal ringan Jerman [7] dan Itali. Atas sebab ini, Tentera Darat Amerika Syarikat percaya bahawa kereta kebal M4 adalah mencukupi untuk memenangi perperangan, dan tiada tekanan telah buat bagi pembangunan lanjut kereta kebal. Kekangan logistik dan pengangkutan, seperti batasan yang dikenakan oleh jalan raya, pelabuhan, dan jambatan, turut merumitkan pengenalan kereta kebal yang lebih berkebolehan tetapi lebih berat.[8][N 2]

Batalion pemusnah kereta kebal menggunakan kenderaan yang dibina pada badan dan casis M4, tetapi dengan turet terbuka dan meriam halaju tinggi yang lebih berkesan, turut mula digunakan secara meluas dalam pasukan tentera Bersekutu. Malah menjelang 1944, sebahagian besar kereta kebal M4 Shermans mengekalkan senjata meriam 75 mm dua tujuan mereka.[9] Pada tahun 1944, M4 adalah lebih lemah berbanding kereta kebal berat Jerman yang bilangannya semakin meningkat, tetapi masih mampu untuk bertempur dengan sokongan bersama dari bilangan yang lebih besar dan dengan sokongan dari pesawat pejuang-pengebom dan bilangan meriam yang semakin meningkat.[10]

Penghasilan yang agak mudah membenarkan sejumlah besar kereta kebal M4 dihasilkan, dan pelaburan bagi mendapatkan kembali kereta kebal dan pembaikan kereta kebal membenarkan kenderaan yang dilumpuhkan diperbaiki dan kembali berkhidmat dengan pantas. Faktor-faktor ini bergabung bagi memberi pihak Berikat kelebihan bilangan dalam kebanyakan pertempuran, dan banyak division infantri telah dibekalkan dengan kereta kebal M4s dan pemusnah kereta kebal.[N 3][11]

Selepas Perang Dunia Kedua, kereta kebal Sherman, terutamanya banyak dari versi yang lebih baik dan dinaik taraf, terus digunakan dalam perkhidmatan pertempuran dalam banyak konflik di seluruh dunia, termasuk pasukan PBB dalam Perang Korea, dengan Israel dalam Perang Arab-Israel, secara singkat dengan Vietnam Selatan dalam Perang Vietnam, dan dalam kedua-dua pihak Perang Indo-Pakistan tahun 1965.[12]

Prototaip rekebentuk U.S. sunting

 
Bukaan Sherman menunjukkan tranmisi dan tempat duduk pemandu.

Jabatan Ordnance Tentera U.S. mereka kereta kebal serdahana M4 sebagai pengganti kereta kebal serdahana M3. Kereta kebal M3 pula merupakan perkembangan peningkatan meriam bagi kereta kebal serdahana M2 dari 1939, yang sebaliknya dihasilkan dari kereta kebal ringan M2 tahun 1935. M3 telah dibangunkan sebagai langkah sementara sehingga turet baru membawa meriam 75 mm boleh dihasilkan. Sungguhpun ia merupakan peningkatan yang besar apabila ia diuji oleh pihak British di Afrika menentang kereta kebal awal Jerman, penempatan turet senjata 37 mm di bahagian atas memberikannya profil yang sangat tinggi, dan pemasangan meriam utama pada sponson sisi, dengan pergerakan meriam terhad, boleh tidak membidik sebelah sana kereta kebal.

Perincian ciri-ciri reka bentuk bagi kereta kebal M4 telah dikemukakan oleh Jabatan Ordnance pada 31 Ogos 1940, tetapi pembangunan prototaip ditangguhkan sementara reka bentuk pengeluaran akhir M3 selesai dan sehingga M3 memasuki pengeluaran besar-besaran. Pada 18 April 1941, Lembaga Pasukan Perisai Amerika Syarikat memilih termudah daripada lima reka bentuk. Dikenali sebagai T6, reka bentuk itumerupakan badan dan casis M3 yang telah diubah suai, dipasang dengan turet rekabentuk baru yang dipasang dengan meriam 75 mm. Ini kemudiannya menjadi Sherman..[13]

Ketahanan Sherman merupakan hasil banyak ciri-ciri yang dibangunkan bagi kereta kebal ringan Amerika Syarikat semasa tahun 1930-an, termasuk gantungan spring berpilin (volute) tegak, trek lapik getah, dan enjin radial dipasang di belakang dengan pemancu sproket (drive sprockets dihadapan. Matlamatnya adalah bagi menghasilkan kereta kebal serdahana, yang cepat dan boleh dipercayai dan mampu dapat menyokong infantri, membolehkan keupayaan menyerang lolos, dan mengalahkan mana-mana kereta kebal yang digunakan oleh negara-negara Axis.

Prototaip T6 prototaip telah disiapkan pada 2 September 1941. Bahagian atas badan T6 merupakan tuangan (casting) besar tunggal. Ia bercirikan bukaan sisi, dan bukaan atas tunggal untuk pemandu. Dalam model pengeluaran M4A1 yang berikutnya, tuangan besar ini dikekalkan, sungguhpun bukaan sisi telah dihapuskan dan bukaan atas kedua telah ditambah untuk jurutembak belakang. Kereta kebal T6 yang diubahsuai telah dipiawaikan sebagai M4, dan pengeluaran bermula pada bulan Februari 1942[14]

Doktrin sunting

 
Kereta kebal DD Sherman kepunyaan 13th/18th Royal Hussars beraksi menetang tentera Jerman menggunakan bangkai peluncur Horsa yang terhempas sebagai perlindungan berhampiran Ranville, Operasi Overlord, Normandy, 10 Jun 1944.

Ketika Amerika Syarikat menghampiri penyertaan dalam Perang Dunia Kedua, penggunaan kenderaan berperisai diatur secara diktrin oleh Panduan Medan 100–5, Operasi (diterbitkan May 1941, bulan berikut selepas pemilihan reka bentuk kereta kebal M4 terakhir). Panduan medan tersebut menyatakan:

Division perisai disusun terutamanya bagi melaksanakan misi yang memerlukan pergerakan tangkas dan kuasa tembak. Ia diberi misi mutlak (decisive). Ia mampu bertarung dalam semua bentuk pertarungan, tetapi peranan utamanya adalah dalam operasi serangan terhadap garis belakang musuh.[15]

Oleh itu, M4 pada asalnya bukanlah bertujuan sebagai kereta kebal penyokong infantri; sebenarnya, FM 100-5 khusus menyatakan yang sebaliknya. Ia meletakkan kereta kebal dalam "gelombang penyerang" bagi division perisai, dan meletakkan infantri dalam "gelombang sokongan (support echelon)". Panduan medan mengenai penggunaan Sherman (FM 17–33, "Batalion Kereta Kebal, Ringan dan Serdahana" pada September 1942) mengkhususkan satu helaian dan empat diagram bagi pertempuran Kereta Kebal-lawan-Kereta Kebal, dari 142 helaian.[16] Doktrin perisai awal ini banyak dipengaruhi oleh kejayaan awal perang menyeluruh taktik blitzkrieg Jerman. Ketika kereta kebal M4s memasuki pertempuran dalam bilangan besar, permintaan medan perang bagi kereta kebal sokongan infantri dan aksi kereta kebal-lawan-kereta kebal lauh melebihi peluang sekali-sekala bagi eksplotasi baris belakang musuh.

M4 telah, oleh itu, tidak asalnya bertujuan sebagai tangki sokongan infantri ; sebenarnya, FM 100-5 khusus dinyatakan sebaliknya. Ia diletakkan tangki dalam "eselon menarik" bahagian itu perisai, dan diletakkan infantri dalam "sokongan pelapis". Manual bidang meliputi penggunaan Sherman (FM 17-33, "tangki Batalion, Cahaya dan Sederhana" September 1942) menumpukan satu halaman teks dan empat gambar rajah untuk tindakan tangki-dengan-kereta kebal, daripada 142 muka surat. [16] Doktrin perisai awal amat dipengaruhi oleh kejayaan perang awal menyapu Jerman blitzkrieg taktik. Pada masa M4s mencapai pertempuran dalam jumlah yang besar, permintaan medan perang atas sokongan infantri dan kereta kebal berbanding tindakan tangki jauh lebih ramai peluang sesekali eksploitasi belakang pelapis. [ Rujukan? ] Amerika Syarikat doktrin memutuskan bahawa kerja-kerja anti-kereta kebal terutamanya dilakukan oleh ditunda dan senjata anti-kereta kebal bergerak sendiri, kedua-duanya dirujuk sebagai 'pemusnah kereta kebal. [17] Speed adalah penting untuk membawa pemusnah kereta kebal dari belakang untuk memusnahkan kereta kebal masuk. Doktrin ini jarang sejajar dengan pertempuran, kerana ia didapati tidak praktikal. Komander enggan meninggalkan pemusnah kereta kebal dalam rizab; jika mereka, ia juga lebih mudah untuk satu kuasa perisai lawan untuk mencapai kejayaan terhadap satu batalion kereta kebal Amerika, yang tidak akan mempunyai semua senjata anti-kereta kebal yang di bahagian hadapan semasa awal mana-mana serangan.

Doktrin Amerika Syarikat menetapkan bahawa kerja anti-kereta kebal terutamanya dilakukan oleh meriam ditunda dan meriam anti-kereta kebal gerak sendiri, kedua-duanya dirujuk sebagai 'pemusnah kereta kebal'.[17] Kepantasan adalah penting bagi membawa pembinasa kereta kebal dari belakang untuk memusnahkan kereta kebal musuh yang datang. Doktrin ini jarang diikuti dalam pertempuran, kerana ia didapati tidak pratikal. Komander keberatan untuk meninggalkan pembinasa kereta kebal dalam simpanan; jika ia dilakukan; ia adalah juga mudah bagi pihak musuh untuk mencapai penembusan terhadap batalion kereta kebal Amerika, yang tidak memiliki keseluruhan senjata anti-kereta kebal di hadapan semasa permulaan sebarang serangan.[18]

Sejarah pengeluaran Amerika Syarikat sunting

 
M4A1 (76)W Sherman badan dituang
 
M4 dan M4A1 (keihatan), Shermans pertama, berkongsi inverted U backplate dan mewarisi enjin dan sistem eksos mereka dari Meriam Serdahana M3 terdahulu.
 
M4A4 ini memiliki kepingan perisai tambahan di hadapan hac krew.

Pengeluaran pertama bermula dengan Lima Locomotive Works pada garis pemasangan yang ditetapkan untuk kereta kebal kegunaan British. Pengeluaran pertama Sherman telah diberikan kepada Tentera Amerika Syarikat untuk penilaian dan ia adalah kereta kebal kedua yang ditempah pihak British yang dihantar ke London. Dinamakan Michael kemungkinannya sempena Michael Dewar, ketua misi kereta kebal British di Amerika Syarikat, ia tunjukkan di London dan kini dipamerankan di Muzium Kereta Kebal, Bovington, UK.[19][20]

Semasa Perang Dunia II, Tentera Darat Amerika Syarikat akhirnya menempatkan 16 division perisai, bersama-sama dengan 70 batalion kereta kebal bebas, manakala Kor Marin Amerika Syarikat menempatkan enam batalion kereta kebal Sherman bebas. Satu pertiga daripada semua batalion kereta kebal Tentera Darat, dan kesemua enam batalion kereta kebal Marine, telah dihantar ke Teater Operasi Pasifik (Pacific Theater of Operations-PTO).[21] Sebelum September 1942, Presiden Franklin D. Roosevelt telah mengumumkan program pengeluaran mensasar 120,000 kereta kebal untuk usaha perang Bersekutu, yang akan membentuk 61 division perisai. Sungguhpun kompleks industri Amerika tidak terjejas oleh pengeboman udara musuh mahupun peperangan kapal selam seperti yang dialami pihak Empayar Jepun, Jerman dan, pada tahap yang lebih rendah, Great Britain, sejumlah besar keluli untuk pengeluaran kereta kebal telah dialihkan bagi pembinaan kapal perang dan kapal tentera laut yang lain.[22] keluli yang digunakan dalam pembinaan tentera laut berjumlah bersamaan dengan kira-kira 67,000 kereta kebal; dan seterusnya hanya kira-kira 53,500 kereta kebal telah dihasilkan antara 1942 dan 1943.[23]

Pihak tentera memiliki tujuh pernamaan-kecil untuk variasi M4 semasa pengeluaran: M4, M4A1, M4A2, M4A3, M4A4, M4A5 dan M4A6. Penamaan ini tidak semestinya menunjukkan peningkatan lurus; dari segi bahawa "M4A4" tidak menunjukkan ia adalah lebih baik berbanding "M4A3." Sub-jenis menunjukkan variasi pengeluaran standard, yang sebenarnya sering dibuat serentak di lokasi yang berbeza. Sub-jenis berbeza terutamanya bagi enjin, sungguhpun M4A1 berbeza berbanding variasi yang lain dengan bahagian atasnya dituang sepenuhnya, dengan penampilan bulat tersendiri. M4A4 memiliki sistem enjin yang lebih panjang yang memerlukan badan yang lebih panjang dan lebih blok trek yang betul, dan dengan itu ciri yang paling membezakan M4A4 adalah jarak membujur yang lebih luas antara bogies. M4A5 adalah penamaan sementara pentadbiran bagi pengeluaran Kanada. M4A6 memiliki enjin diesel radial dan casis memanjang, tetapi hanya 75 daripadanya pernah dihasilkan.

Sungguhpun kebanyakan Shermans menggunakan petrol, kereta kebal M4A2 dan M4A6 memiliki enjin diesel. M4A2 dikuasai oleh sepasang enjin GMC 6-71 dua lejang lurus enam,[24] M4A6 menggunakan Caterpillar D-200A radial yang menghasilkan 450 hp (340 kW) pada 2,000 rpm, disesuaikan daripada "RD-1820" versi diesel eksperimen Wright Aeronautical Cyclone 9 penghasilan pukal. [25] Ini, ditambah dengan M4A4, yang menggunakan multibank Chrysler A57 enjin, kebanyakannya dibekalkan kepada negara-negara Berikat lain di bawah Pinjam-Pajakan.[25] "M4" boleh merujuk khusus pada permulaan sub-jenis dengan enjin radial Continental (R-975), atau secara umum, untuk keseluruhan keluarga tujuh sub-jenis Sherman, bergantung kepada konteks. Banyak perkara dalam pengeluaran, bentuk, kekuatan, dan prestasi yang lebih baik semasa dalam pengeluaran, tanpa perubahan kepada nombor model asas kereta kebal. Ini termasuk unit penggantungan lebih tahan lama, penyimpanan peluru "basah" (W) lebih selamat, dan aturan perisai yang lebih kuat atau lebih cekap, seperti M4 Komposit, yang memiliki badan bahagian tuang dihadapan yang dipadankan dengan badan belakang dikimpal. Tatanama British berbeza dengan apa yang digunakan oleh Amerika Syarikat

Sistem elektrik 24 volt telah digunakan dalam M4.[4]

M4 Sherman: perbezaan ciri-ciri keluaran utama bagi model terpilih
Designasi[26] Persenjataan Utama badan Enjin
M4 75 mm kimpalan Continental R975 radial gasolin
M4(105) 105 mm howitzer kimpalan Continental R975 radial gasolin
M4 Composite 75 mm hadaman dituang, sisi kimpalan Continental R975 radial gasolin
M4A1 75 mm cast Continental R975 radial gasolin
M4A1(76)W 76 mm cast Continental R975 radial gasolin
M4A2 75 mm kimpalan GM 6046 diesel (bersambung Detroit Diesel Series 71 variasi 6-71s)
M4A3(75)W 75 mm kimpalan Ford GAA V8 gasolin
M4A3E2 "Jumbo" 75 mm (some 76 mm) kimpalan Ford GAA V8 gasolin
M4A3(76)W 76 mm kimpalan Ford GAA V8 gasolin
M4A4 75 mm kimpalan; dipanjangkan Chrysler A57 multibank gasolin
M4A6 75 mm hadapan dituang, sisi kimpalan, dipanjangkan Caterpillar diesel D200A radial
 
Sherman M1A2 dilengkapi dengan meriam 76 mm - Mudah Lapan (Easy Eight)

Shermans awal dipasang dengan meriam serbaguna halaju sederhana 75mm. Sungguhpun Ordnance mula mengusahakan Kereta Kebal Serdahana T20 sebagai pengganti Sherman, akhirnya Tentera memutuskan untuk mengurangkan gangguan pada pengeluaran dengan menggabungkan unsur-unsur reka bentuk kereta kebal lain ke dalam Sherman. Kemudian model M4A1, M4A2, dan M4A3 menerima turet T23 yang lebih besar dengan meriam 76 mm halaju tinggi, yang mengurangkan bilangan peluru bahan letupan tinggi dan peluru asap yang dibawa dan meningkatan bilangan peluru anti-kereta kebal. Kemudian, model kereta kebal M4 dan M4A3 telah dilengkapi dengan howitzer 105 mm dari kilang dan pangkal meriam mantlet yang bulat tersendiri, yang mengelilingi meriam utama, pada turet. Pengeluaran Sherman piwaian pertama dilengkapi dengan meriam 76 mm adalah M4A1, diterima pada Januari 1944, pertama kali bertempur pada Julai 1944 dalam Operasi Cobra . Sherman pertama dilengkapi dengan howitzer 105 mm adalah M4, pertama kali diterima pada Februari 1944.

Dari Mei hingga Julai 1944, Tentera menerima penghantaran terhad 254 M4A3E2 Jumbo Shermans, yang memiliki perisai badan yang sangat tebal dan meriam 75 mm dalam turet gaya T23 baru, yang jauh lebih baik dilindungi, untuk menyerang perkubuan. Model M4A3 merupakan yang pertama keluaran kilang dengan dengan sistem suspensi mendatar spring berpilin (volut) (HVSS), bermula pada September 1944. Dengan trek yang lebih luas bagi menyebarkan berat badan, dan perjalanan lancar HVSS, ia mendapat nama samaran "Lapan Mudah" sempena penamaan ujian E8. Kereta kebal M4 dan M4A3 bersenjatakan meriam 105 mm, serta serta kereta kebal M4A1 dan M4A2 bersenjatakan 76 mm, juga akhirnya turut dilengkapi dengan HVSS. Kedua-dua pasukan Amerika dan British membangunkan pelbagai kemudahan tambahan khas pada Sherman, sungguhpun sedikit sahaja yang digunakan dalam pertempuran, sebagai ujian. Ia yang digunakan dalam pertempuran termasuk bilah jentolak, sistem Panduan Kembar (Duplex Drive sistem), penyembur api bagi kereta kebal Zippo penyembur api, dan pelbagai pelancar roket seperti T34 Calliope. Variasi British (DDS dan penyebat periuk apu (mine flail)) membentuk sebahagian daripada kolektif kumpulan kenderaan khusus yang dikenali sebagai "Hobart's Funnies" sempena Percy Hobart, komander Divisyen Berperisai ke-79).

Casis asas M4 Sherman telah digunakan untuk semua peranan runcit bagi pasukan mekanise: sekitar 50,000 kereta kebal Sherman, ditambah ribuan kenderaan hasilan di bawah nombor model yang berbeza. Ini termasuk M10 Wolverine dan pemusnah kereta kebal M36; M7B1, M12, M40 dan meriam gerak sendiri M43; "trak tunda" M32 dan M74 gaya kereta tunda kembalik dengan kren, bum, dan 81 mm mortar untuk skrin asap; dan M34 (dari M32B1) dan M35 (dari M10A1) penggerak meriam utama. M4A4 Keratan 1 - Mengangkat cincin, 2 - Ventilator, 3 - menetas Turret, 4 - Periscope, 5 - Turret perlumbaan menetas, 6 - kerusi Turret, 7 - kerusi Gunner, 8 - kerusi Turret, 9 - Turret, 10 - Mesin pembersih udara , 11 - Radiator penutup pengisi, 12 - air bersih manifold, 13 - unit Power, 14 - paip ekzos, 15 - Track pemalas, 16 - pam air Single, 17 - Radiator, 18 - Generator, 19 - belakang kipas aci, 20 - bakul Turret, 21 - Slip cincin, 22 - aci kipas Front, 23 - Penggantungan bogie, 24 - penghantaran, 25 - pemacu utama gegancu, 26 - kerusi pemandu, 27 - kerusi Mesin penembak, 28 – 75 mm gun, 29 - Pemandu menetas , 30 - M1919A4 mesin gun. M4 Sherman Production

Keratan M4A4: 1 - Cincin pengangkat, 2 - Liang udara, 3 - Bukaan turet, 4 – Periskop, 5 – Turret hatch race, 6 – Kerusi turet, 7 – Kerusi jurutembak, 8 – Kerusi turet, 9 – Turet, 10 – Pembersih Udara, 11 – penutup pengisi radiator, 12 – Manifold pembersih udara, 13 – Unit kuasa, 14 – paip eksos, 15 – Track idler, 16 – pum air tunggal, 17 – Radiator, 18 – Generator, 19 – Batang kipas belakang, 20 – bakul turet, 21 – Slip ring, 22 – Batang kipas hadapan, 23 – bogie gantungan, 24 – Transmisi, 25 – sproket pancuan utama, 26 – Kerusi pemandu, 27 – Kerusi penembak mesingan, 28 – meriam 75 mm, 29 – Bukaan pemandu, 30 – mesingan M1919A4.
M4 Sherman Production[27][28][29]
Designation Manufacture Total Date
M4 Pressed Steel Car Company
Baldwin Locomotive Works
American Locomotive Co.
Pullman-Standard Car Company
Detroit Tank Arsenal
6,748 July 1942 – January 1944
M4(105) Detroit Tank Arsenal 800 February 1944 – September 1944
M4(105) HVSS Detroit Tank Arsenal 841 September 1944 – March 1945
M4A1 Lima Locomotive Works
Pressed Steel Car Company
Pacific Car and Foundry Company
6,281 February 1942 – December 1943
M4A1(76)W (including HVSS) Pressed Steel Car Company 3,426 January 1944 – July 1945
M4A2 Fisher Tank Arsenal
Pullman-Standard Car Company
American Locomotive Co.
Baldwin Locomotive Works
Federal Machine and Welder Co.
8,053 April 1942 – May 1944
M4A2(76)W (including HVSS) Fisher Tank Arsenal
Pressed Steel Car Company
2,915 May 1944 – May 1945
M4A3 Ford Motor Company 1,690 June 1942 – September 1943
M4A3(75)W Fisher Tank Arsenal 3,071 February 1944 – March 1945
M4A3E2 Fisher Tank Arsenal 254 May 1944 – July 1944
M4A3(76)W Fisher Tank Arsenal
Detroit Tank Arsenal
1,925 March 1944 – December 1944
M4A3(76)W HVSS Detroit Tank Arsenal 2,617 September 1944 – April 1945
M4A3(105) Detroit Tank Arsenal 500 May 1944 – September 1944
M4A3(105) HVSS Detroit Tank Arsenal 2,539 September 1944 – June 1945
M4A4 Detroit Tank Arsenal 7,499 July 1942 – November 1943
M4A6 Detroit Tank Arsenal 75 October 1943 – February 1944
Total 49,234

Sejarah perkhidmatan sunting

 
Sherman pertama dalam Perkhidmatan Amerika Syarikat, M4A1, muncul dalam Kempen Afrika Utara. Di sini, salah satu dari Tentere ke-7 di Pantai Merah 2 pada 10 Julai 1943 semasa Penjajahan Berikat ke Sicily.
 
M4A3(76)W HVSS mengambil bahagian dalam perarakan kemenangan Perang Dunia II.

Pembahagian sunting

Semasa Perang Dunia II, sekitar 19,247 buah kereta kebal Shermans telah diserahkan kepada Tentera Amerika Syarikat dan kira-kira 1,114 buah untuk Kor Marin Amerika Syarikat.[30] Amerika Syarikat turut membekalkan 17,184 buah Sherman kepada Great Britain (beberapa yang seterusnya dihantar ke Kanada dan Poland Bebas), manakala Kesatuan Soviet menerima 4,102 buah.[31] dan dianggarkan 812 telah dihantar ke China.[32] Bilangan ini telah dibahagikan lanjut lagi kepada negara sekutu masing-masing.

Kor Marine Amerika Syarikat menggunakan M4A2 diesel dan M4A3 petrol di Pasifik. Walau bagaimanapun, Ketua Angkatan Perisai Tentera Darat, Leftenan Jeneral Yakub L. Devers, mengarahkan bahawa Shermans berenjin diesel tidak digunakan oleh pihak Tentera di luar Zon Dalaman (benua Amerika Syarikat). Pihak Tentera mengunakan kesemua jenis, sama ada untuk latihan atau ujian di Amerika Syarikat, tetapi bertujuan agar kereta kebal M4A2 dan M4A4 (dengan enjin A57 Multibank) untuk menjadi eksport utama Pajak-Pinjam.

Pertempuran pertama sunting

Shermans telah diedarkan dalam bilangan yang kecil bagi suai kenal pada division perisai Amerika Syarikat apabila terdapat perkembangan dalam kempen Gurun Barat. Kuasa-kuasa Axis telah menguasai Tobruk dan telah mara ke Mesir, dan talian bekalan Britain melalui Terusan Suez terancam. Amerika Syarikat menimbangkan untuk mengumpul semua Shermans bersama-sama supaya dapat menghantar Bahagian Perisai ke-2 di bawah pimpinan Patton untuk mengukuhkan Mesir, tetapi menghantar Shermans secara langsung kepada pihak British adalah lebih pantas dan lebih 300 kereta kebal - kebanyakannya M4A1s, tetapi juga termasuk M4A2s - telah tiba di sana menjelang September 1942.[19][33]

Kereta kebal Shermans tersebut telah diubah suai bagi peperangan padang pasir dengan pemasangan penapis pasir atas trek dan tempat penyimpanan lain. Kereta kebal Sherman pertama kali terbabit dalam pertempuran di Pertempuran El Alamein Kedua pada bulan Oktober 1942 dengan Tentera ke-8 British. Pada permulaan serangan, terdapat 252 kereta kebal sesuai untuk beraksi. Ia dibekalkan kepada Briged ke-9 Berperisai British (dengan Division New Zealand ), Briged Berperisai ke-2 (Division Berperisai 1) dan Briged Berperisai ke-8 dan ke-20 (Bahagian Berperisai ke-10). Pertembungan pertama mereka dengan kereta kebal menentang kereta kebal Panzer III dan IV Jerman yang dilengkapi dengan meriam 50 mm dan 75 mm panjang, menembak mereka pada jarak 2,000 ela. Terdapat korban di kedua-dua belah pihak.[34]

Kereta kebal Shermans Amerika Syarikat yang pertama terlibat dalam pertempuran merupakan M4A1s dalam Operasi Torch ("Obor") pada bulan berikutnya. Pada 6 Disember, berhampiran Tebourba, platun dibawah Batalion Ke-2, Rejimen Perisai 13 telah tewas pada kereta kebal musuh dan senjata anti-kereta kebal.[35]

Tambahan M4s dan M4A1s menggantikan M3s bagi batalion kereta kebal di Amerika Syarikat sepanjang kempen Afrika Utara.

Kereta kebal M4 dan M4A1 merupakan jenis utama dalam unit Amerika Syarikat sehingga akhir tahun 1944, apabila Tentera mula menggantikannya dengan pilihan M4A3 yang memiliki enjin 500 hp (370 kW) yang lebih berkuasa. Sesetengah kereta kebal M4s dan M4A1s terus berkhidmat dalam perkhidmatan Amerika Syarikat sepanjang perperangan. Kereta kebal Sherman yang pertama memasuki pertempuran dengan meriam 76 mm pada Julai 1944 merupakan kereta kebal M4A1, diikuti rapat oleh M4A3. Menjelang akhir perang, kira-kira separuh Sherman Tentera Amerika Syarikat di Eropah memiliki meriam 76 mm. Sherman pertama dilengkapi HVSS memasuki pertempuran adalah M4A3(76)W pada Disember 1944.

Teater Pasifik sunting

 
Sebagai sebahagian daripada Operasi Dexterity ((Ketangkasan), kerea kebal M4A1 (75mm) mara melalui hutan hujan tropika di New Britain, di Barat Daya Pasifik.

Sungguhpun pertempuran di Operasi Teater Eropah (European Theater of Operations-ETO) terdiri daripada pertempuran perisai berprofil tinggi, sifat kebanyakannya Tentera Laut di Operasi Teater Pasifik (Teater Pasifik Operasi-PTO) meletakkannya pada status serdahana bagi kedua pihak Berikat dan Jepun. Sungguhpun Tentera Amerika Syarikat memiliki 16 division perisai dan 70 batalion kereta kebal bebas semasa perang, hanya satu pertiga daripada batalion dan Division telah dikerahkan pada Teater Pasifik.[36] Tentera Imperial Jepun (IJA) mengerahkan hanya Division Kereta Kebal ke-2 mereka ke Pasifik semasa perang.[37] Kenderaan berperisai bagi kedua pihak kebanyakannya beroperasi di kawasan hutan yang tidak sesuai bagi peperangan perisai. Untuk jenis rupa bumi ini, pihak Jepun dan Berikat mendapati kereta kebal ringan lebih mudah untuk pengangkutan dan digunakan.[38]

Pada peringkat awal pertempuran di Pasifik, khususnya Kempen Guadalcanal, kereta kebal ringan M2A4 Kor Marin Amerika Syarikat bertempur menentang kereta kebal ringan Type 95 Ha-Go yang setara; keduanya dilengkapi dengan meriam utama 37 mm. Bagaimanapun, M2 (dihasilkan pada tahun 1940) adalah lima tahun lebih baru.[39] Menjelang 1943, IJA masih menggunakan kereta kebal serdahana Type 95 dan Type 97 Chi-Ha, sementara pihak Berikat dengan pantas menggantikan kereta kebal ringan mereka dengan M4s bersenjatakan meriam 75 mm.[40] Pihak China di India menerima 100 kereta kebal M4 Shermans dan menggunaannya dengan berkesan dalam serangan 1943 dan 1944 berikitnya.

Untuk menangani kereta kebal Sherman,[41] pihak Jepun membangunkan kereta kebal Type 3 Chi-Nu dan yang lebih berat Type 4 Chi-To; kedua-dua kereta kebal bersenjatakan meriam 75 mm, meskipun jenis yang berbeza. Hanya 166 Jenis-3 dan dua Jenis-4 dibina dan tiada satupun terbabit dalam pertempuran; ia telah disimpan untuk mempertahankan tanah air Jepun, meninggalkan kereta kebal ringan dan sederhana vintaj tahun 1930 untuk berperang melawan kenderaan berperisai sederhana Berikat yang dibina pada 1940-an.

Dalam tahun akhir perang, amunisi Letupan Tinggi Pelbagai Guna (General Purpose High Explosive-HE) lebih digemari , kerana peluru perobek perisai, yang telah direka bagi menembusi keluli lebih tebal, sering melepasi perisai nipis kereta kebal Type 95 Ha-Go (kereta kebal Jepun yang paling sering dijumpai) dan tembus kesebelah sana tanpa berhenti. Sungguhpun meriam halaju tinggi pada pembinasa kereta kebal berguna bagi membinasakan perkubuan, kereta kebal M4s yang dilengkapi dengan penyembur api sering digunakan, kerana tembakan langsung jarang membinasakan perkubuan Jepun.[42][43]

Pasca Perang Dunia II sunting

 
Jenis terakhir dalam perkhidmatan Amerika Syarikat: M4A3(76)W HVSS Sherman digunakan sebagai artileri dalam kedudukan menembak semasa Perang Korea.

Selepas Perang Dunia II, Amerika memelihara M4A3 mudah Lapan dalam perkhidmatan, sama ada dengan meriam 76 mm atau 105 mm howitzer M4. The Sherman kekal tangki US biasa dalam Perang Korea . Walaupun tidak lagi menjadi tangki US utama, ia berjuang bersama M26 Pershing dan M46 Patton . The M4A3 (76) W HVSS Sherman dan T-34-85 adalah setanding dan boleh memusnahkan antara satu sama lain, walaupun penggunaan peluru High Velocity Armor Piercing, optik maju dan latihan anak-anak kapal yang lebih baik memberikan Sherman kelebihan. [45] The M4A3 (76) W HVSS Sherman, menggunakan 76 mm HVAP peluru, memusnahkan sebanyak 41 kereta kebal musuh dari Julai-November 1950. M4A3 (76) W HVSS Tangki ringan menjadi tangki AS pilihan dalam fasa lewat konflik Korea, kerana kebolehpercayaan mekanikal M4, senang untuk penyelenggaraan, dan pemanduan berbanding dengan kereta kebal M26 itu.

Selepas Perang Dunia II, Amerika Syarikat mengekalkan M4A3 Easy Eight dalam perkhidmatan, bersama dengan samaada meriam 76 mm atau 105 mm M4 howitzer. Kereta kebal Sherman kekal sebagai kereta kebal biasa Amerika Syarikat semasa Perang Korea. Sungguhpun bukan lagi kereta kebal utama Amerika Syarikat, ia bertempur seiring kereta kebal M26 Pershing dan kereta kebal M46 Patton. Kereta kebal M4A3(76)W HVSS Sherman dan T-34-85 adalah setara dan mampu membinasakan sesama sendiri, sungguhpun penggunaan peluru Perobek Perisai Hadlaju Tinggi (High Velocity Armor Piercing, optik maju dan latihan krew yang lebih baik memberikan Sherman kelebihan.[44] Kereta kebal M4A3(76)W HVSS Sherman, menggunakan amunisi 76 mm HVAP, memusnahkan sebanyak 41 kereta kebal musuh antara Julai-November 1950. Kereta kebal ringan M4A3(76)W HVSS menjadi kereta kebal pilihan Amerika Syarikat dalam fasa akhir konflik Korea, kerana kebolehpercayaan mekanikal M4, mudah untuk penyelenggaraan, dan pemanduan berbanding dengan kereta kebal M26.[45]

Tentera Amerika Syarikat menggantikan M4 dengan M46 Pattons, M26 yang lebih baik, semasa tahun 1950-an. Amerika Syarikat terus memindahkan Shermans kepada sekutu-sekutunya, yang menyumbang kepada penggunaan pihak asing yang lebih meluas.

Pasukan Pertahanan Israel menggunakan Shermans sejak penubuhannya pada tahun 1948 sehingga tahun 1980-an, setelah memperoleh M4A2 tunggal tanpa persenjataan utama dari tentera British ketika mereka menarik diri daripada Israel.[46] Minat terhadap kereta kebal itu (yang kini telah dilengkapi semula dengan senjata) berbanding dengan kereta kebal ringan Renault R35 dari Perancis 1934 yang ketinggalan zaman dengan meriam 37 mm berlaras pendek, yang membentuk sebahagian besar daripada pasukan kereta kebal IDF, membawa kepada pembelian 30 kereta kebal M4 (105mm) tanpa senjata sebagai barangan lusuh dari Itali.[46] Tiga daripada ini, ditambah M4A2 asal, berkhidmat secara meluas dalam perang kemerdekaan 1948-9. Bakinya kemudiannya diperbaiki dan dilengkapi semula dengan meriam 75mm dan komponen apabila saja ia didapati, membentuk sebahagian besar daripada pasukan kereta kebal Israel untuk lapan tahun berikutnya. Kereta kebal Sherman bersenjata 75mm telah digantikan dengan M4A1 (76mm) Shermans yang diimport dari Perancis sebelum Krisis Suez 1956, selepas ia disedari bahawa keupayaan penembusan perisai mereka tidak mencukupi bagi pertempuran menentang kereta kebal yang lebih baru seperti Centurions dan T-34-85s yang dibekalkan kepada tentera Mesir.[47] Semasa menaik taraf seterusnya, tentera Perancis membantu membangunkan kit penukaran untuk menaik taraf kira-kira 300 Sherman pada meriam panjang 75 mm halaju tinggi yang digunakan pada AMX-13. Ini telah dinamakan sebagai Sherman M-50 oleh Israel. Sebelum Perang Enam Hari pada tahun 1967, Tentera Israel menaik taraf kira-kira 180 M4A1E8 HVSS Sherman dengan meriam 105 mm Modele F1 Perancis, menggantikan enjin mereka dengan enjin diesel Cummins dan menamakan kereta kebal yang naik taraf sebagai Sherman M-51. Kereta kebal Sherman, berjuang seiring dengan Centurion Sh'ot Kal 105 mm dan kereta kebal M48 Patton, mampu mengalahkan siri T-34/85, T-54/55/62, dan kereta kebal IS-3 yang digunakan oleh tentera Mesir dan Syria dalam Perang Enam Hari 1967.[48]

Kereta kebal M4A3s turut digunakan oleh tentera British di Indonesia semasa Revolusi Nasional Indonesia sehingga 1946, apabila ia telah diserahkan kepada KNIL, yang menggunakannya sehingga 1949 sebelum ia dipindahkan kepada Tentera Indonesia.[49]

Persenjataan sunting

Meriam pada kereta kebal M4 asal merupakan meriam M3 75 mmwas laras pendek hadlaju serdahana. Ketika ia pertama kali bertempur di Afrika Utara pada akhir 1942 menentang kereta kebal Panzer III dan kereta kebal Panzer IV, meriam Sherman mampu menembusi perisai kereta kebal ini pada jarak 1,000 yd (910 m). Perisikan Tentera Amerika Syarikat mengabaikan ketibaan kereta kebal Tiger I pada akhir tahun 1942 dan kereta kebal Panther tank pada tahun 1943, menjangkakan bahawa Panther merupakan kereta kebal berat seperti Tiger, dan berasa sangsi bahawa ia akan dihasilkan dalam bilangan yang besar. Terdapat juga laporan bahawa meriam QF 6 pounder (57 mm) Britisk kaliber kecil mampu membinasakan kereta kebal Tiger. Bagaimanapun, ini hanya berlaku pada jarak amat dekat dan terhadap perisai sisi yang lebih nipis. Akibat salah faham mereka berkait dengan ini, dan juga ujian yang kelihatannya membuktikan bahawa meriam 76 mm mampu membinasakan kedua-dua kereta kebal Tiger dan Panther, pimpinan Pasukan Darat Tentera tidak begitu merasa bimbang mengenai kereta kebal Tiger. Ujian 76 mm kemudiannya diputuskan sebagai tidak tepat, dengan Eisenhower turut mengulas bahawa dia salah diberitahu oleh Ordnance bahawa meriam 76 mm mampu memusnahkan sebarang kereta kebal Jerman. Pihak Tentera turut gagal untuk menjangkakan bahawa Jerman akan menjadikan kereta kebal Panther sebagai kereta kebal piwaian bagi divisen panzer mereka pada tahun 1944, disokong dengan beberapa Tiger.[50]

Disebalik pembangunan oleh Biro Ordnance bagi meriam-anti kereta kebal baru 76 mm dan 90 mm, Pasukan Darat Tentera menolak pemasangan pada kereta kebal Amerika Syarikat sebagai tidak perlu. Walaupun pada tahun 1943, kebanyakan kenderaan berperisai tempur Jerman (model berikut bagi Panzer IV, StuG III, dan Marder III) memasang 7.5 cm KwK 40. Akibatnya, pembinasa kereta kebal ringan Jerman yang berperisai ringan sekalipun seperti Marder III, yang asalnya digunakan sebagai langkah sementara bagi bertempur dengan kereta kebal Soviet pada tahun 1942, mampu membinasakan Sherman dari jauh. Perbezaan kuasa tembakan antara kenderaan tempur berperisai Jerman pada tahun 1943 dan M4 bersenjatakan 75 mm merupakan pencetus bagi memulakan pengeluaran M4s bersenjatakan 76 mm pada April 1944.[51] Bagaimanapun, penghantaran kereta kebal ke baris hadapan bermula lahan, dan kebanyakan kereta kebal masih memiliki meriam M3 75 mm, sungguhpun menjelang Operasi Cobra pada Julai 1944; Cobra juga menandakan kemunculan Shermans bersenjata meriam 76mm, dalam bentuk M4A1(76)W Shermans.[52]

Meriam 76 mm mampu menembusi sekitar 98 mm (3.9 in) hadapan kepingan tegak perisai dikeraskan pada jarak 2,000 meter (2,200 ela) menggunakan peluru APCBC M62, sekitar dua kali jarak pertempuran kereta kebal yang dinyatakan oleh Kanada. Ini sudah cukup untuk menembusi glacis Panzer IV, yang menawarkan perlindungan maksimum kira-kira 87 mm (3.4 in). Sungguhpun begitu, meriam 76 mm itu tidak cukup kuat untuk menembusi glacis atas Panther. Oleh kerana pada sudut 55 darjah, glacis atas 80 mm (3.1 in) Panther mempunyai garis ketebalan sisi 140 mm (5.5 in) dengan keberkesanan sebenar adalah lebih besar. Dengan menggunakan tembakan perobek perisai piwaian M79, kereta kebal M4 mungkin hanya membinasakan Panther secara berdepan pada jarak dekat. Dengan itu, Shermans terpaksa mensasarkan turet Panther yang lebih lemah dan bahagian bawah pangkal meriam (mantlet), berbentuk silinder songsang piwaian pada kebanyakan Panthers (terutamanya versi Ausf. D dan A lebih awal) membentuk perangkap tembakan lemah yang dikenal pasti. Sebuah Sherman bersenjatakan meriam 76 mm mampu menembusi bahagian atas hadapan struktur utama badan kereta kebal Tiger I pada jarak 400 meter (440 yd); sungguhpun ini mengurangkan jurang antara kereta kebal, Tiger I mampu membinasakan M4 secara berhadapan pada jarak melebihi 2,000 meter (2,200 yd).[53] Krew Sherman juga memiliki kerisauan bagi menembak dari jarak lebih jauh, kerana serbuk pancaran tinggi Sherman menjadikan tembakan mereka lebih mudah untuk dikesan. Bidikan meriam mereka memiliki pembesaran kekal, sementara kereta kebal Jerman mempunyai tetapan pembesaran berganda. Jurutembak Sherman ada mempunyai pilihan penglihatan kedua yang membenarkan sudut pandangan yang lebih luas berbanding musuh Jerman mereka. Bagaimanapun, kelebihan ini kebanyakannya lebih berguna pada situasi jarak dekat kerana ketiadaan pembesaran. Pada musim panas 1944, selepas memecah keluar dari bocage dan bergerak ke kawasan terbuka, unit kereta kebal Amerika Syarikat yang bertempur dengan kedudukan pertahanan Jerman pada jarak jauh lagi kadang-kadang mengalami 50% korban sebelum dapat mengesan dari arah mana tembakan itu dilepaskan.[54]

Kereta kebal Sherman pada mulanya dilengkapi dengan meriam panjang 40 kaliber M3 Gun yang mampu menembusi 87 mm (3.4 in) perisai homogen tidak condong pada jarak 100 meter (110 yd) dan 70 mm (2.8 in) pada jarak 1,000 meter (1,100 yd) menembak peluru M61 biasa.[55] Purata jarak tempur diperhatikan oleh pihak Amerika bagi pertempuran kereta kebal melawan kereta adalah 800 meter (870 yd) hingga 900 meter (980 yd). Keadaan berikutnya semasa perang memerlukan peningkatan meriam 76 mm M1A1, M1A1C, atau M1A2, meriam panjang dengan kaliver 52 yang mampu menembusi 143 mm (5.6 in) perisai homogen goleh tegak pada jarak 100 meter (110 yd) dan 97 mm (3.8 in) pada 1,000 meter (1,100 yd) menggunakan peluru M79 biasa.[56] Kereta kebal M1 membantu menyamakan Sherman dan Panzer IV dari segi kuasa tembakan. Meriam KwK 42 milik Panther mampu menembusi 185 mm (7.3 in) pada 100 meter (110 yd)[57] dan 149 mm (5.9 in)[58] pada jarak 1,000 meter (1,100 yd) menggunakan peluru PzGr.39/42 biasa. Sherman Firefly yang di ubah suai oleh British merupakan M4 yang ditukar meriam dengan meriam anti-kereta kebal mereka sendiri QF 17 pounder kaliber 3-inci (76.2 mm). Seperti meriam Amerika Syarikat, 17 pdr juga merupakan meriam 76 mm, tetapi peralatan British menggunakan peluru 76.2×583mmR yang lebih panjang, mengandungi caj tujahan lebih besar yang membenarkan ia menembusi 140 mm (5.5 in) (RHA condong pada 30 darjah) pada 100 meter (110 yd) dan 120 mm (4.7 in) pada 1,000 meter (1,100 yd) menggunakan peluru APC Mk.IV.[55] Meriam 17-pounder membenarkan Firefly kuasa tembakan setanding dengan Panther, (melah lebih lagi dengan amunisi APDS) dan keupayaan bagi memusnahkan dengan mudah kereta kebal Tiger. Percikan laras dari serbuk yang tidak terbakar hasil peningkatan caj mampu menjadikan krew silau seketika selepas tembakan.[11]

Doktrin pembinasa kereta kebal sunting

Jeneral Lesley J. merupakan ketua pasukan Tentera Darat. McNair, bekas pengendali artileri, menyokong pembinasa kereta kebal (tank destroyer-TD) dalam Pasukan Perisai Amerika Syarikat. Kereta kebal adalah bagi menyokong infantri, dan menggunakan peluang penembusan. Kereta kebal musuh akan ditangani oleh pasukan pembinasa kereta kebal, yang terdiri dari campuran pembinasa kereta kebal gerak sendiri dan meriam anti-kereta kebal ditunda, tetapi ia tidak menolak doktrin perisai bagi kereta kebal menyerang kereta kebal musuh.[59] Pembinasa kereta kebal akan menyerang kereta kebal musuh yang menembusi garis sahabat. Pembinasa kereta kebal Amerika Syarikat, dikenali sebagai "meriam pedati bermotor" (gun motor carriages) (sebagai mana sebarang kenderaan berperisai gerak sendiri Tentera Amerika Syarikat yang membawa artileri kaliber besar) adalah sama seperti kereta kebal tetapi berperisai ringam dengan turet terbuka bahagian atas. Pembinasa kereta kebal sepatutnya lebih pantas dan membawa meriam anti-kereta kebal yang lebih berkuasa berbanding kereta kebal; perisai dikorbankan bagi kepantasan.[60]

McNair meluluskan peningkatan meriam 76 mm bagi M4 Sherman dan pengeluaran bagi pembinasa kereta kebal meriam 90 mm M36, tetapi dia bertegas menentang pembangunan T26 dan kereta kebal berat yang lain semasa tempoh penting 1943 kerana dia tidak melihat "keperluan pertempuran" untuk mereka.

Pada pertengahan tahun 1943, Lt. General Devers, komander tentera AS di Operasi Teater Eropah (ETO), memohon 250 T26s untuk digunakan dalam serangan ke atas Perancis. McNair enggan. Devers merayu kepada Jeneral George Marshall, Ketua Tentera Staf. Marshall secara terus mengarahkan kereta kebal disediakan kepada ETO sebaik sahaja ia boleh dihasilkan. Tidak lama selepas pencerobohan Normandy, General Dwight D. Eisenhower telah meminta kereta kebal berat (kini ditetapkan M26 Pershing ), tetapi bangkangan McNair yang berterusan menangguhkan pengeluaran. Jeneral Marshall sekali lagi campur tangan dan kereta kebal itu akhirnya mula dihasilkan. Walau bagaimanapun, hanya beberapa unit yang digunakan dalam pertempuran sekitar 25 Feb 1945, terlalu lewat untuk memberi apa-apa kesan di medan perang.[61]

Pembangunan meriam sunting

 
M4A2(76) HVSS menunjukkan shows turet T23 dengan muncung brek meriam 76 mm berikutnya. Contoh ini juga memiliki fender, biasanya disingkirkan pada kenderaan Amerika Syarikat untuk memudahkan penyelenggaraan.

Ketika meriam asal 76 mm, yang dikenali sebagai T1, pertama kali dipasang pada turet M4, ia didapati menjadikan turet tidak seimbang, dan laras meriam juga difikirkan terlalu mengunjur jauh kehadapan, menjadikannya lebih sukar intuk pengangkutan dan cenderung menghentam tanah pada keadaan muka bumi yang tidak sekata. Ordnance Tentera mengurangkan panjang laras sebanyak 15 in (380 mm) (dari 57 kaliber pada 52), menghasilkan variasi M1. Memuatkan meriam ini pada turet M4 asal terbukti bermasalah, dengan itu turet bagi projek kereta kebal T23 yang ditinggalkan digunakan sebaliknya bagi versi pengeluaran definitive bagi M4 Shermans 76 mm,[62] bersama versi meriam di ubah suai dikenali sebagai M1A1.

Sungguhpun ujian pada kepingan perisai mencadangkan bahawa meriam M1A1 baru mencukupi, ujian terhadap kereta kebal Panther yang ditawan tidak pernah dilakukan. Ini akan menunjukkan bahawa meriam ini hanya mampu menembusi pangkal meriam (gun mantlet) dan kemungkinannya glacis Panther hanya pada jarak rapat atau jarak amat dekat.[63] Dalam amalan, ini bererti, sungguhpun kedua kereta kebal Panther dan Sherman dikelas dan dihasilkan sebagai "kereta kebal serdahana" oleh pasukan masing-masing, kereta kebal Panther pada asasnya kebal dalam pertemuan berhadapan menentang Sherman pada semua jarak kecuali jarak rapat.

Meriam 90 mm M3 yang dibangunkan oleh Ordnance Amerika Syarikat tidak dapat dipasang pada M4 dengan mudah, sebaliknya dipasang pada pembinasa kereta kebal M36 terbuka bahagian atas dan merupakan meriam utama bagi perjek kereta kebal T26 (yang akhirnya menjadi M26 Pershing). Cubaan bagi meningkatkan M4 Sherman dengan memasang turet T26 90 mm pada badan M4A3 pada April 1944 dihentikan selepas menyedari ia tidak dapat mula dikilangkan lebih pantas berbanding T26 dan lebih kemungkinannya melewatkan pembangunan T26.[64]

Pengguna sunting

  •   Argentina
  •   Austria
  •   Bangladesh
  •   Belgium
  •   Brazil
  •   Canada
  •   Chile
  •   PRC (Captured one from Korean war)
  •   Cuba
  •   Denmark
  •   Egypt
  •   Ethiopia
  •   Free France
  •   Nazi Germany (Captured in World War II[65])
  •   Greece
  •   India
  •   Iran
  •   Iraq
  •   Israel
  •   Italy (post war)
  •   Indonesia (from Netherlands)
  •   Japan (post-war supply)
  •   Jordan
  •   Laos
  •   Lebanon
  •   Malta
  •   Mexico
  •   Myanmar
  •   Netherlands
  •   New Zealand
  •   Nicaragua
  •   Norway
  •   Oman
  •   Pakistan
  •   Paraguay
  •   Peru
  •   Philippines
  •   Poland
  •   Portugal
  •   Republic of China
  •   Saudi Arabia
  •   South Africa
  •   South Korea
  •   Soviet Union
  •   Sri Lanka
  •   Syria
  •   Turkey
  •   Uganda
  •   United Kingdom
  •   United States
  •   Vietnam
  •   Yemen
  •   Yugoslavia

Rujukan sunting

Nota sunting

  1. ^ Also known by the British service names "Grant" and "Lee".
  2. ^ Satu kenyataan polisi Pasukan Darat Tentera pada November 1943 dengan itu merumuskan: "Cadangan bagi peratusan terhad kereta kebal dipasang dengan meriam 90 mm tidak disokong di atas sebab berikut: Kereta kebal M4 telah diketahui ramai sebagai kereta kebal terbaik di medan perang masa kini ... Tidak terdapat ketakutan pada pasukan kita terhadap kereta kebal Jerman Mark VI (Tiger). Tidak terdapat asas bagi kereta kebal T26 kecuali dalam konsep pertarungan kereta kebal-vs.kereta kebal yang dipercayai tidak menusahabah dan tidak perlu."[8]
  3. ^ By 1944, a typical U.S. infantry division had attached for armor support an M4 Sherman battalion, a tank destroyer battalion, or both.

Petikan sunting

  1. ^ Army Service Forces Catalog ORD 5-3-1, dated 9 August 1945
  2. ^ Zaloga (Armored Thunderbolt) p. 57
  3. ^ a b c d e f g h i j k http://afvdb.50megs.com/usa/m4sherman.html
  4. ^ a b Berndt, p.195
  5. ^ Zaloga 1993, p. 19
  6. ^ Zaloga, Stephen J. Panther vs Sherman: Battle of the Bulge 1944. Osprey Publishing, 2009, p. 28.
  7. ^ Luck, Hans (2013). Panzer Commander: The Memoirs of Colonel Hans von Luck. Dell. m/s. Paragraph 6.75.
  8. ^ a b Kenyataan polisi AGF. Ketua Staff AGF. November 1943. MHI
  9. ^ Zaloga, Steven (2008). Panther vs. Sherman: Battle of the Bulge 1944. Osprey Publishing Ltd. m/s. 72. ISBN 9781846032929.
  10. ^ Doyle, Hilary; Zaloga, Steven. "Operation Think Tank Part 4". YouTube/. Wargaming.net. Dicapai pada 23 October 2014.
  11. ^ a b "Tank Tactics: From Normandy to Lorraine" by Roman Jarymowycz [halaman diperlukan]
  12. ^ Hunnicutt 1978[halaman diperlukan]
  13. ^ "Vehicle List and History". 50megs.com.
  14. ^ Canavan, Michael J., Opening Salvo: M4A1 Sherman Tank, Avalon Hill / Wizards.com, diarkibkan daripada yang asal pada 2006-01-27, dicapai pada 2017-03-09
  15. ^ War Department (22 May 1941). FM 100–5, Field Service Regulations, Operations (reprint). Washington, DC: GPO. OCLC 49969146. Dicapai pada 5 September 2013.
  16. ^ FM 17–33 (PDF)
  17. ^ FM 100-5, Paragraph 680, 1941
  18. ^ Tank Tactics: From Normandy to Lorraine by Roman Jarymowycz, Ch. 5 "Creating North American Panzer Armies"
  19. ^ a b Fletcher p93
  20. ^ M4A1 Tank Medium, The Tank Museum, diarkibkan daripada yang asal pada July 28, 2011 Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  21. ^ Zaloga (Armored Thunderbolt) p. 24 & 301
  22. ^ Zaloga (Armored Thunderbolt) pp. 22, 24 & 28
  23. ^ Zaloga (Armored Thunderbolt) p. 24
  24. ^ Berndt, Thomas. Standard Catalog of U.S. Military Vehicles (Krause Publications, 1993), pp. 192–3.
  25. ^ Berndt, pp. 190 & 192–3.
  26. ^ W = sistem simpanan peluru
  27. ^ Siemers, Cary (2014). "United States' M4 medium tank production, Sherman". wwiivehicles.com. Dicapai pada 7 April 2015.
  28. ^ Conners, Chris (2000–2013). "Medium Tank M4A1 Sherman". Dicapai pada 9 January 2014.
  29. ^ http://the.shadock.free.fr/sherman_minutia/data/sherman_production.html}[pautan mati kekal]
  30. ^ Zaloga, Armored Thunderbolt, p. 332
  31. ^ Zaloga, Armored Thunderbolt, p. 57
  32. ^ Hunnicutt p. 166
  33. ^ Hunnicutt p174
  34. ^ Hunnicutt p175-176
  35. ^ Hunnicutt p178
  36. ^ Zaloga (Armored Thunderbolt) p. 301
  37. ^ Zaloga (Japanese Tanks) p. 37
  38. ^ Zaloga, pp.15 & 33
  39. ^ Zaloga, p. 40
  40. ^ Zaloga, p.34
  41. ^ Zaloga, Stephen Japanese Tanks 1939-45 Diarkibkan 2015-05-08 di Wayback Machine pp. 21–22
  42. ^ Zaloga, Armored Thunderbolt, "Bunker Blasters" p. 215–217 and 318 caption.
  43. ^ Zaloga (M3/M5 Stuart) p. 35, "tank guns could not penetrate bunkers"
  44. ^ Zaloga, Stephen (2001). M26/M46 Pershing Tank 1943–53. City: Osprey Publishing (UK). ISBN 1-84176-202-4.[halaman diperlukan]
  45. ^ Zaloga, Stephen. T-34-85 vs M26 Pershing: Korea 1950. Osprey Publishing (UK), 2010. pp. 74-77. ISBN 978-1-84603-990-4
  46. ^ a b Manasherob, Robert (2010). Lion and Lioness of the Line Volume 5. SabIngaMartin Publications. m/s. 5–6, 26. ISBN 978-0984143726.
  47. ^ Manasherob, Robert (2013). Lion and Lioness of the Line Volume 12. SabIngaMartin Publications. m/s. 1–2. ISBN 978-0-9841437-8-8.
  48. ^ Zaloga, Steven. Armour of the Middle East Wars 1948-1978. Vanguard 19. London: Osprey, 1981. pp. 12-24. ISBN 0-85045-388-7
  49. ^ "M4A3 Sherman: Sejarah Tank Pertama Korps Marinir TNI AL". Indomiliter/. Indomiliter.com. Dicapai pada 7 January 2016.
  50. ^ Zaloga 2008, p. 94-97
  51. ^ Zaloga p.115-116
  52. ^ Zaloga 2008. p. 93
  53. ^ Tigerfibel supplements
  54. ^ Tank Tactics: From Normandy to Lorraine by Roman Jarymowycz, Ch. 13 "'Who killed Tiger?' The Great Scandal"
  55. ^ a b [sumber terbitan sendiri]
  56. ^ – M4A3 Sherman(76)W E8 HVSS Sherman[sumber terbitan sendiri][petikan lengkap diperlukan]
  57. ^ pada 0 darjah 50% hentaman World War II Ballistics: Armor and Gunnery. Albany NY: Overmatch Press. 2001.
  58. ^ 0 darjah dan 50% hentaman World War II Ballistics: Armor and Gunnery. Albany NY: Overmatch Press. 2001.
  59. ^ Moran, Nicholas. "Myths of American Armor". World of Tanks. Wargaming.net. Dicapai pada 18 January 2016.
  60. ^ Zaloga 2008, "McNair's Folly" pp. 72–77
  61. ^ Zaloga 2008, pp. 120–125, 287
  62. ^ Zaloga pp. 106–108, 115–116
  63. ^ Zaloga 2008 pp. 124–125
  64. ^ Zaloga 2008, pp. 126–130
  65. ^ Lexikon der Wehrmacht - Beutefahrzeuge

Bibliografi sunting

  • Berndt, Thomas. Standard Catalog of U.S. Military Vehicles. Iola, WI: Krause Publications, 1993. ISBN 0-87341-223-0.
  • Buckley, John (2006) [2004]. British Armour in the Normandy Campaign 1944. London: Taylor & Francis. ISBN 0-415-40773-7. OCLC 154699922.
  • Chamberlain, Peter; Ellis, Chris (2005) [1969]. British and American Tanks of World War II: The Complete Illustrated History of British, American and Commonwealth Tanks, Gun Motor Carriages and Special Purpose Vehicles, 1939–1945. New York: Arco. ISBN 0-668-01867-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Copp, Terry, penyunting (2000). Montgomery's Scientists: Operational Research in Northwest Europe. The work of No.2 Operational Research Section with 21 Army Group June 1944 to July 1945. ISBN 0-9697955-9-9.
  • Green, Michael (2005). Panzers at War. City: Zenith Press. ISBN 978-0-7603-2152-2.
  • Green, Michael (2007). M4 Sherman at War. City: Zenith Press. ISBN 978-0-7603-2784-5.
  • Hart, Stephen Ashley (2007). Sherman Firefly Vs Tiger: Normandy 1944 (Duel): Normandy 1944. Osprey Publishing. ISBN 1-84603-150-8.
  • Hernandez Cabos, Rodrigo; Prigent, John (2001). M4 Sherman. Osprey. ISBN 1-84176-207-5.
  • Hunnicutt, R. (1978). Sherman. San Rafeal: Taurus Enterprises. ISBN 978-0-89141-080-5.
  • Jentz, Thomas (1997). Germany's Tiger Tanks Tiger I & II: Combat Tactics. Atglen, PA: Schiffer Military History. ISBN 0-7643-0225-6.
  • Reid, Brian (2005). No Holding Back. Robin Brass Studio. ISBN 1-896941-40-0.
  • Schneider, Wolfgang (2004). Tigers in Combat I. Mechanicsburg, PA: Stackpole Books; 2nd edition, originally published 2000 by J.J. Fedorowicz Publishing, Inc. Winnipeg, Canada. ISBN 0-8117-3171-5.
  • Wilbeck, Christopher (2004). Sledgehammers: Strengths and Flaws of Tiger Tank Battalions in World War II. The Aberjona Press. ISBN 978-0-9717650-2-3.
  • Zaloga, Steven (1993). Sherman Medium Tank 1942–1945. UK: Osprey Publishing. ISBN 978-1-85532-296-7.
  • Zaloga, Steven (1999). M3 & M5 Stuart Light Tank 1940–45. UK: Osprey Publishing. ISBN 978-1-85532-911-9.
  • Zaloga, Steven (2008). Armored Thunderbolt. Mechanicsburg, PA: Stackpole Books. ISBN 978-0-8117-0424-3.

Pautan luar sunting

Templat:WWIIAmericanAFVs Templat:US tanks