Kereta kebal Mark I

Mark I British merupakan kereta kebal yang pertama di dunia, mula berkhidmat semasa Perang Dunia I, dan dihasilkan kerana keperluan memecahkan kebuntuan parit dan mesingan di medan pertempuran di Perbatasan Barat. Bersama dengan variasi berikutnya, ia merupakan kereta kebal berat paling berjaya di kalangan kereta kebal dalam Perang Dunia Pertama.

Mark I Tank
Kereta kebal Mark I pada 26 September 1916 (bergerak kiri ke kanan). Bentuk rhomboid membenarkannya memanjat melintasi halangan dan merentasi perparitan. Roda disingkirkan pada model berikutnya. Jaring di bahagian atas adalah bagi menangkis bom tangan.
JenisTank
Tempat asal United Kingdom
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1916-1931
Digunakan oleh United Kingdom
 Empayar Jerman
 Kesatuan Soviet
 Amerika Syarikat
 Perancis
 Kanada
 Australia
PerangWorld War 1, Russian Civil War
Sejarah pengeluaran
Dihasilkan1915-1919
AnekaMark II, Mark III, Mark IV, siri Mark V, Mark VI, Mark VII, Mark VIII, Mark IX, Mark X, Pengangkut Meriam Mark I
Spesifikasi
BeratJantan: 28.4 tan
Betina: 27.4 tan
Krew8

Armor.23-.47 in (6-12 mm)
Senjata
pertama
Jantan: Dua meriam 6-paun QF
Betina: Empat mesingan Vickers .303
Senjata
kedua
Jantan: Empat mesingan Hotchkiss 8 mm
Betina: Dua mesingan Hotchkiss 8 mm

Gambaran sunting

Mark I merupakan kenderaan berbentuk (rhomboid) dengan pusat graviti rendah dan trek rantai yang panjang, membolehkannya mencekam tanah berlumpur dan merentasi perparitan. Anjung yang dikenali sebagai sponson (juga dikenali sebagai "barbettes") pada sebelah badan membawa dua meriam 6 paun tentera laut. Terdapat dua mesingan Hotchkiss di sponsons dan dua meriam boleh alih untuk bahagian hadapan dan belakang.

Bahagian dalamannya satu ruang; kaku tangannya berkongsi ruang yang sama dengan enjin. Persekitaran di dalam amat tidak menyenangkan; udara dicemari dengan karbon monoside beracun, bahan api dan wap minyak dari enjin dan asap kordite dari senjata kerana pengudaraan tidak memuaskan. Duhu didalam mampu mencecah 50 °C (122 °F). Keseluruhan kaki-tangan pengsan atau menjadi sakit apabila kembali terdedah kepada udara bersih.

Untuk mengatasi wap didalam dan bahaya serpihan peluru atau perisai atau rivet yang berterbangan bahagian dalam, kakitangannya mengenakan pelindung mata (goggles) dan topeng berantai. Topeng gas turut merupakan edaran piwaian, sebagaimana ia diedarkan kepada semua tentera pada titik ini dalam perperangan. Perisai sisi 8 mm pada mulanya menjadikannya mereka terselamat dari tembakan senjata ringan, tetapi mampu ditembusi oleh peluru K perobek perisai yang baru dibangunkan. Terdapat juga bahaya dipintas oleh infantri dan diserang dengan bom tangan. Generasi kedua memiliki perisai lebih tebal, menjadikan ia hampir kebal dari peluru K. Sebagai tindak balas, tentera Jerman memajukan rifle anti kereta kebal lebih besar yang dibuat khusus, dan juga Geballte Ladung (‘Peledah Gugus - (Bunched Charge)’) - beberapa batang bom tangan diikat bersama bagi meghasilkan ledakan yang lebih kuat.

Tembakan tepat di bahagian atap oleh meriam atau peluru motar mampu menyebabkan tangki minyak (yang diletak tinggi dibahagian menjulur hadapan atas trek dikedua belah pemandu, untuk membenarkan suapan graviti) meletup terbuka. Kakitangan yang hangus dikeluarkan oleh Kompeni Pemulihan (Salvage Companies) khas, yang turut memulihkan kereta kebal rosak, yang dilarang untuk berbincang mengenai bidang ini dalam kerja mereka dengan kakitangan kereta kebal yang masih hidup.[1]

Pengendalian adalah sukar; dikawal dengan membezakan kelajuan dua trek berantai. Empak dari kakitangan, 2 pemandu (seorang turut bertindak sebagai komander; dia mengawal brek, yang seorang lagi kotak gear) dan 2 'tukang gear' (satu bagi gear kedua bagi setiap trek berantai) diperlukan bagi mengawal arah dan kelajuan - sungguhpun tiada Mark I yang mampu mengatasi kadar berjalan. Disebabkan bunyi dibahagian dalam membingitkan, pemandu, selepas menetapkan kotak gear utama, berhubung dengan juru gear dengan isyarat tangan, mula-mula dengan mendapatkan perhatian mereka dengan menghentak blok enjin dengan spanar berat. Untuk lencongan kecil, pemandu boleh menggunakan ekor kemudi: binaan besar dihela dibelakang kereta kebal yang terdiri daripada dua roda besar, setiap satu boleh dihalang dengan menarik kabel besi menjadikan keseluruhan kenderaan gelincir pada arah yang sama. Sekiranya enjin mati, juru gear akan menggunakan tuil penghidup - tuil besar antara enjin dengan kotak gear.

Ia tidak memiliki komunikasi tanpa wayar; perhubungan antara pos pemerintah dilakukan melalui dua merpati, yang mempunyai pintu keluar kecil mereka sendiri di sponson, atau melalui penghantar surat yang digalakkan untuk menyempurnakan misi merbahaya mereka dengan menerima arak sebagai hadiah. Kereta kebal yang berikutnya membawa bendera (semaphore arms) bagi isyarat perhubungan.

Sejarah penghasilan sunting

Mark I adalah pembangunan dari Little Willie, kereta kebal ujian yang dibina bagi (Landships Committee) oleh Leftenan Walter Wilson dan William Tritton pada musim panas 1915. Menggunakan masalah yang dijumpai dengan Willie, Mark I direka oleh Wilson. Menara kecil di atas badan akan menjadikan pusat graviti terlalu tinggi, dengan itu meriam diletakkan di sponson. Prototaip Mark I, siap pada Disember 1915, dikenali sebagai "Mother". 150 jenis ini telah dibina.

Variasi sunting

Keperluan didapati bagi dua jenis persenjataan, dengan itu Mark I dilengkapi dengan samaada meriam 6 paun dan empat mesingan dan dkenali sebagai "Jantan" (75) atau dua mesingan Vicker menggantikan meriam 6 paun dan dikenali sebagai "Betina" (75).

Untuk membantu pengendalian, sepasang tayar besar ditambah dibelakang. Ia tidak begitu berkesan sebagaimana diharapkan dan kemudiannya ditinggalkan.

Mark II, III, IV, V dan kereta kebal-kereta kebal berikut kesemuanya mempunyai bentuk yang serupa dengan 'Mother'.

Mark I sunting

  • Kakitangan : 8
  • Berat Tempur
    • Jantan: 28 tan (28.4 tan)
    • Betina: 27 tan (27.4 tan)
  • Perisai: .23-.47 in (6–12 mm)
  • Persenjataan
    • Jantan: dua 6-paun QF, empat mesingan Hotchkiss 8 mm
    • Betina: empat Mesingan Vickers .303, dua Mesingan Hotchkiss 8 mm

Mark I pembawa mesingan sebahagian besarnya dibina dengan bahagian yang sama dengan apa yang digunakan bagi membina Mark I.

Mark II sunting

 
Mark II; kereta kebal no. 799 ditawan berhampiran Arras pada 11 April 1917

Perisai tidak dikeraskan. Dibina dari Disember 1916 untuk latihan sahaja, tetapi digunakan dalam Pertempuran Arras pada April 1917 kerana kelewatan dalam penghasilan kereta kebal Mark IV. 50 telah dibina. Lima Mark II kemudiannya digunakan bagi menguji jenis transmisi ujian bagi Mark IV yang baru.

Mark III sunting

Mark III merupakan kereta kebal latihan, yang menggunakan mesingan Lewis, dan sponson yang lebih kecil bagi betina. Lima puluh dihasilkan. Pada asalnya Mark III bertujuan memiliki kesemua ciri-ciri rekabentuk baru bagi IV. Inilah mengapa terdapat dua jenis jereta kebal latihan yang berlainan, Mark II adalah Mark I yang dipertingkatkan sedikit. Pembangunan bagi ciri-ciri baru adalah perlahan, sehinggakan perubahan dari Mark II hanyalah secara perlahan-lahan. Dua Mark III terakhir dileburkan semasa Perang Dunia Kedua.

Mark IV sunting

Mark IV merupakan versi Mark I dipertingkatkan perisai dengan kesemua bahan api tersimpan dalam tangki dalaman tunggal (terletak antara tanduk trek belakang) sebagai cubaan meningkatkan keselamatan kaki-tangan. Sponson boleh ditolak masuk bagi mengurangkan lebar kereta kebal bagi pengangkutan kereta api. Rel pada atap membawa palang memanjat. 1,220 dibina: 420 Jantan, 595 Betina dan 205 Tender Kereta kebal iaitu kereta kebal perbekalan.

Pengarah Jabatan Perbekalan Kereta kebal, Albert Gerald Stern, pada mulanya bertujuan bagi memasang Mark IV dengan enjin dan sistem tranmisi baru. Pengeluaran kereta kebal tempur digantung sehingga reka bentuk baru siap, memerlukan Mark II dan Mark III sebagai kereta kebal latihan perantaraan. Dia bagaimanapun gagal menyiapkan pembangunan cukup awal bagi menghasilkan 200 kereta kebal siap dalam tempoh yang dijanjikan pada 1 April 1917. Dia akhirnya terpaksa menggunakan kereta kebal Mark IV bagi pengeluaran pada May 1917 yang hanya berbeza sedikit berbanding kereta kebal Mark I.

Kereta kebal Mark IV Jantan membawa empat mesingan Lewis termasuk dua meriam sponson (kini dengan laras lebih pendek). Versi betina memiliki enam kereta kebal. Dua dari mesingan itu dikendali oleh pengisi meriam.

 
Kereta kebal Mark IV British dengan Ekor Berudu
  • Spefikasi
  • Anggota: 8
  • Berat Tempur
  • Jantan: 28 ton (28.4 tonnes), Betina: 27 tons (27.4 tonnes)
  • Perisai: .25-.47 in (6.1 – 12 mm)
  • Persenjataan
    • Dua mesingan (Jantan), Enam mesingan Lewis .303 (Betina)
  • Penyimpanan peluru
    • 6 paun: 180 peluru HE dan bakinya Case

Siri Mark V sunting

Mark V sunting
 
Kereta kebal Mark V (Jantan) British

Kereta kebal Mark V merupakan yang pertama dengan reka bentuk baru sepenuhnya. Bagaimanapun pada Disember 1917 enjin dan transmisi baru yang diingini ada, reka bentuk ini ditinggal;kan dan reka bentuk bertukar kepada versi Mark IV yang dipertingkatkan, yang sebenarnya rekaan asal yang sepatutnya menjadi Mark IV: lebih kuasa (150 bhp) dengan enjin Ricardo baru, mekanisma pemanduan diperbaik dan transmisi epicyclical, hanya seorang pemandu diperlukan. Kabin bagi pengendali mesingan di atap. 400 dibina, 200 setiap jantan dan betina. Beberapa diubah kepada Hermaphrodites dengan menukar sponson dan meletakkan meriam 6 paun tunggal setiap satu.

Mark V* sunting
 
Kereta kebal Mark V* British - di atap kereta kebal membawa palang memanjat pada rel, agar ia dapat dilekatkan pada trek dan digunakan bagi mengeluarkan dirinya dari perparitan dan kawah meriam berlumpur.

Sir William Tritton pada 1917 membangunkan Ekor Berudu ("Tadpole Tail"): sambungan pada trek yang dipasang di belakang kereta kebal bagi meningkatkan keupayaan merentasi perparitan. Ini adalah perlu kerana Garis Hindenburg memiliki perparitan seluas 3.5 meter bagi menghentikan kereta kebal British. Apabila Major Philip Johnson dari Bengkel Kor Kereta kebal Pusat mendengar mengenai projek, dia dengan segera memahami bahawa berat rangka berat memperkukuhkan tambahan tersebut boleh digunakan lebih baik dengan membina kereta kebal lebih besar. Dia memotong sebuah kereta kebal Mark IV separuh dan memanjangkan badan, sepanjang enam kaki. Apabila perincian dilupai untuk masa yang lama ia dianggap bahawa kebanyakan kereta kebal Mark V* telah diubahsuai perubahan medan yang dilakukan oleh Johnson. Kita kini ketahui bahawa kesemuanya adalah dibina di kilang. Ia memiliki 'turet' lebih besar di atap dan pintu didi badan. Beratnya adalah 33 tan. 645 telah dibina dari tempahan bagi 500 Jantan dan 200 Betina.

Seksyen tambahan juga direka bagi memuatkan skuad tentera pejalan kaki. Ini merupakan pengangkut tentera berperisai ("armoured personnel carrier-APC") yang direka khusus, ia juga APC yang pertama dilengkapi senjata berat, kerana sesetengah pengubahsuaian awal menukar kereta kebal kepada pengangkut bekalan tidak bersenjata. Ia mampu beroperasi sebagai kereta kebal dan juga membawa tentera, dan ia tidak sehingga selepas Merkava era Perang Dunia Kedua bahawa kereta kebal yang juga mampu membawa tentera dibawah perlindungan dihasilkan.

Mark V** sunting
 
Kereta kebal Mark V** British

Disebabkan kereta kebal Mark V* telah dipanjangkan, nisbah panjang-lebar asal telah rosak. Tenaga sisi ("Lateral") ketika berpusing kini menjadi terlalu tinggi menyebabkan trek terkeluar dan jarak pusingan yang amat besar. Dengan itu, Major Wilson mereka semula trek pada May 1918, dengan lengkung lebih tajam mengurangkan sentuhan tanah (tetapi meningkatkan tekanan pada tanah sebagai tolak ansur). Enjin Ricardo 225 hp dipertingkat telah dipasang. Kabin bagi pemandu digabung dengan kabin atap; kini terdapat kedudukan mesingan berasingan di belakang. 197 dibina dari tempahan bagi 750 Jantan dan 150 Betina.

Mark V*** sunting

Lihat: Mark X.

Mark VI sunting

Kereta kebal Mark VI merupakan satu projek dengan meriam di hadapan dengan rangka yang direka semula tanpa sponson. Ia tidak melepasi tahap ajukan kayu.

Mark VII sunting

Salah satu kereta kebal Mark II digunakan sebagai kenderaan ujian bagi transmisi hidraulik. Pada Oktober 1917 Brown Bersaudara di Edinburgh diberikan kontrak bagi membangunkan kajian mengenainya lebih lanjut. Pada Julai 1918 prototaip ini telah disiapkan. Sistem pemanduannya amat rumit. Enjin Ricardo memancu dalam pam Gear Kelajuan Pelbagai yang kemudiannya memancu dua motor hidraulik (Williams-Janney), menggerakkan setiap satu trek melalui beberapa rantaian. Bagi mengelakkan lampau panas melampau yang jelas, terdapat banyak kipas, louvre dan radiator. Bagaimanapun pengendalian adalah mudah dan beransur-ansur versi ini diguna pakai dalam pengeluaran bagi melengkapi satu batalion kereta kebal. Tiga dibina dari tempahan 74 buah ketika perang berakhir. Rangkanya dipanjangkan sedikit berbanding kereta kebel Mark V. Tiada Mark VIIs terselamat.

Mark VIII sunting

 
Kereta kebal Mark VIII (Liberty) Berikat

Pembabitan Amerika dalam pembangunan rekaan kereka kebal mendorong kepada kereta kebal Mark VIII, juga dikenali sebagai 'Liberty' atau Kereta kebal Anglo-Amerika (sungguhpun pada awalnya pihak Perancis turut terbabit).

Enjin diasingkan dari kakitangan dan struktur turet termasuk mesingan tembak ke depan dan belakang. Rancangan (pengeluaran berkongsi) 1,500 setiap satu, 24 dibina oleh British sebelum mereka menarik diri dari projek dan 100 disiapkan oleh Amerika. 100 biji itu dihasilkan antara September 1918 - 1920, di [Persenjataan Rock Island, pada kos $35,000 setiap satu ($430,000 pada nilai tahun 2006).

Ia digunakan dan dipertingkat sehingga 1930-an apabila ia dibekalkan ke pihak Kanada bagi latihan (berbanding M1917 yang dijual pada nilai lusuh). Kereta kebal itu sendiri melebihi 34 kaki panjang, dan terdapat versi 44 kaki lebih panjangdirancang tetapi pernah terhasil (Mark VIII*). Kereta kebal itu lapuk menjelang 1930-an disebabkan kelajuannya (bawah 6 batu sejam) dan perisai (16 – 6 mm) tetapi ia masih memiliki keupayaan merentasi perparitan bebas berbanding mana-mana kenderaan tempur berperisai (AFV) yang pernah dihasilkan. Kereta kebal utama moden dan AFV bergantung kepada kereta kebal jambatan bagi merentasi perparitan yang dalam dan besar.

  • Kakitangan: 12 (kemudian 10)
  • Berat 37 tons
  • Panjang/Tinggi/Lebar : 34 kaki 2 inci dengan 10 kaki 3 inci dengan 12 kaki 4 inci (Mark VIII* panjang 44 kaki)
  • Enjin: Ricardo 300 hp gasolin (UK), Liberty V12 340 hp (US)

Mark IX sunting

Kereta kebal Mark IX merupakan pengangkut tentera atau kenderaan bekalan tentera - antara pengangkut tentera berperisai trek bertama tidak mengira ujian dengan panjangkan kereta kebal Mk V's. 34 dibina dari tempahan 200.

Mark X sunting

Sekadar projek di atas kertas bagi meningkatkan kereta kebal Mark V, pada asalnya dikenali sebagai kereta kebal Mark V***. Ini pada asasnya rancangan sokongan sekiranya projek kereta kebal Mark VIII gagal (jika ini berlaku, pengeluaran 2000 dijangka bagi 1919), cuba untuk menghasilkan kereta kebal dengan bahagian dari kereta kebal Mark V sebagai mungkin tetapi dengan peningkatan pergerakan dan keselesaan kakitangan.

Sejarah tempur sunting

  • Kereta kebal pertama ditambah, sebagai 'Cawangan Berat', kepada Kor Mesingan sehingga Kor Kereta Kebal berasingan dibentuk pada 28 Julai 1917 melalui Waran DiRaja.
  • Sejumlah kecil kereta kebal Mark I terbabit dalam pertempuran Somme semasa Pertempuran Flers-Courcelette pada September 1916. Sungguhpun banyak yang rosak atau lekat, hampir satu pertiga melepasi no mans land, dan kesan mereka pada pihak musuh disedari mendorong kepada permohonan oleh Petua Pemerintah ("C-in-C") British Douglas Haig bagi seribu lagi. Ini merupakan satu kejutan: William Tritton telahpun memulakan pembangunan kereta kebal berat: kereta kebal Flying Elephant. Malangnya bagi pihak Berikat, ia turut memberikan masa bagi pihak Jerman bagi membangunkan senjata anti kereta kebal khusu bagi tentera pejalan kaki, peluru perobek perisai 7.92 mm.
  • Kereta kebal Mark IV digunakan pada Pertempuran Ketiga Ypres (Passchendaele) pada pertengahan-1917, tetapi tanpa kejayaan yang besar akibat lumpur.
  • Hampir 460 kereta kebal Mark IV digunakan semasa Pertempuran Cambrai (1917) pada November 1917, menunjukkan penumpuan besar kereta kebal mampu mengatasi sistem pertahanan yang paling sofsikated.
  • Semasa Pertempuran Amiens pada Ogos 1918, kereta kebal Mark V dengan Kereta kebal Whippet Mk A baru menembusi garis Jerman rasa awal bagi pertempuran perisai moden.
  • Pertempuran pertama kereta kebal lawan klereta kebal adalah antara kereta kebal Mk IV dan kereta kebal Jerman A7V (lihat rencana bagi perincian).
  • Kereta kebal Mark V dan Whippet dibekalkan oleh pihak British kepada Pergerakan Putih semasa Perang Saudara Russia; sebahagian darinya ditawan oleh Tentera Merah.
  • Kereta kebal Mark V boleh dilihat dalam beberapa gambar diambil di Berlin pada tahun 1945 di hadapan Kubah Berliner (Berlin Cathedral). Ia dicadangkan bahawa ia adalah barangan muzium yang sebelumnya dipamerkan di Lustgarten dan ia telah digunakan sebagai bunker statik bagi memperkukuhkan pertahanan bandar semasa hari terakhir Jerman Nazi. Bagaimanapun, tidak terdapat bukti bahawa ia berlaku dan tidak jelas peranannya (jika ada) yang dilakukannya di Pertempuran Berlin.

Kenderaan yang terselamat sunting

Senarai kereta kebal terselamat:

Little Willie sunting

  • Little Willie selamat di Muzium Kereta kebal Bovington; ia diselamatkan dari dilupuskan pada 1940 — banyak prototaip lain dileburkan semasa Kebimbangan Penjajahan — dengan alasan ia membantu mempertahankan pengkalan Bovington dari kemungkinan serangan Jerman.

Mark I sunting

 
Kereta kebal British Mark I dengan skema penyamaran khas
  • Krew: 8
  • Berat Tempur
    • Jantan: 28 tons (28.4 tonne)
    • Betina: 27 tons (27.4 tonne)
  • Perisai: .23–.47 in (6–12 mm)
  • Persenjataan
    • Jantan: dua QF 6 paun Hotchkiss, tiga nesingan Hotchkiss M1909 Benet-Mercie 8 mm
    • Betina: empat mesingan .303 Vickers, satu mesingan 8 mm Hotchkiss

Mark I pembawa meriam adalah rekabentuk berasingan, bertujuan bagi mengangkut meriam medan atau howitzer yang mampu ditembak dari kenderaan. Dalam perkhidmatan, ia kebanyakannya digunakan bagi menggangkut bekalan dan peluru. Empat puluh lapan dibina.

Pengeluaran awal Mark I sepatutnya oleh Fosters dan Metropolitan: 25 dari Fosters dan 75 dari Metropolitan, yang memiliki lebih keupayaan. Metropolitan membuka pengeluaran di bawah Syarikat Oldbury Wagon and Carriage dan menerima tempahan lanjut sebanyak 50 kenderaan agar pihak Tentera mampu membentuk 6 kompeni kereta kebal dengan 25 kereta kebal setiap satu. Oleh kerana tidak terdapat meriam 6-paun yang mencukupi agi kesemua 150 kereta kebal, ia telah diputsukan bahawa untuk melengkapi separuh dari mereka hanya dengan mesingan. Reka bentuk sponson baru dengan dua mesingan Vicker dalam perisai berputar dihasilkan.[2]

  • Jantan - Clan Leslie. Ini merupakan kereta kebal Mark I terselamat tunggal dan kereta kebal tempur tertua di dunia. Ia merupakan sebahagian dari koleksi di Muzium Kereta kebal Bovington. Tidak banyak yang diketahui mengenai sejarah masa perangnya, tetapi terdapat petunjuk bahawa ia kemungkinannya bertugas sebagai kereta kebal latihan pemandu. Antara 1919 dan 1970, ia diletakkan di padang Rumah Hatfield bagi menyambut fakta bahawa ia merupakan tapak ujian bagi kereta kebal semasa pembangunan awal mereka.

Mark II sunting

  • Kereta kebal Mark II Betina, F53 - The Flying Scotsman, juga terdapat di Muzium Kereta kebal Bovington. Kereta kebal ini masih memiliki kerosakan pertempuran yang dialami semasa Pertempuran Arras pada April 1917.
 
Mark II; kereta kebal no. 799 ditawan berhampiran Arras pada 11 April 1917

Kereta kebal Mark II memuatkan peningkatan kecil pada kereta kebal Mark I. Dengan pihak Tentera mengistiharkan bahawa Mark I masih belum dibangunkan dengan cukup bagi kegunaan, Mark II (yang tempahan pertama diberikan pada bulan Julai) akan terus di bina tetapi hanya bagi latihan.[3] Oleh kerana ia digunakan sebagai kereta kebal latihan, ia sepatutnya dipasang dengan keluli tidak diperkuatkan, sungguhpun dakwaan tersebut dipertikai pada awal 1917.[4] Pada awalnya dua puluh dihantar ke Perancis dan dua puluh lima kekal di tapak latihan di Wool, Dorset di Britain; baki lima dikekalkan sebagai kenderaan ujian. Oleh kerana kereta kebal Mark IV yang dijanjikan masih belum tiba menjelang awal 1917 ia diputuskan disebalik bantahan oleh Stern (lihat di bawah), bagi menghantar dua puluh lima kenderaan latihan di Britain ke Perancis,[4] di mana ia menyertai dua puluh Mark II yang lain dan lima belas Mark I dalam Pertempuran Arras pada April 1917. Pihak Jerman mampu menembusi perisai kedua kereta kebal Mark I dan Mark di Arras menggunakan peluru mesingan perobek perisai.

Mark II dibina sejak Disember 1916 sehingga Januari 1917 oleh Foster & Co dan Metropolitan (25 Jantan dan 25 Betina).[5]

Lima Mark II diambil bagi ujian bagi logi kuasa dan transmisi. Ia dibekalkan pada firma untuk menunjukkan peningkatan yang mereka mampu lakukan pada sistem Mark I dalam pertandingan terbuka. Dalam pertunjukkan yang diadakan pada March 1917 hanya tiga dari mereka yang mampu bertanding seiring dengan Mother yang telah dilengkapi dengan sistem eletrik-petrol Daimler. Sistem gear epicyclic Wilson yang menggantikan gear kedua dan jurugear ternyata lebih baik dan digunakan pada reka bentuk berikutnya.

Bahagian yang terselamat dari Mark II no. 799 (D26), termasuk trek dan perisai meriam, dapat dilihat di Musée Jean et Denise Letaille, Bullecourt.

Mark IV sunting

  • Kereta kebal Mark IV Betina, F4 - Flirt II, yang bertempur dalam Pertempuran Cambrai, kini berada di Muzium Lincolnshire Life, Lincoln, England. Syarikat tempatan, William Foster & Co., menghasilkan kereta kebal pertama.
  • Kereta kebal Mark IV Jantan, Excellent, dini dipamerkan di Bovington.
  • Kereta kebal Mark IV Betina dikekalkan di Ashford di Kent. Ini merupakan salah satu dari banyak yang dihadiahkan bagi pameran di pekan dan bandar di Britain selepas perang. Kebanyakannya dilupuskan sekitar 1920-an dan 1930-an.
  • Muzium DiRaja Tentera di Brussel memiliki kereta kebal Mark IV Jantan, Lodestar III, masih dalam warna asal.
  • Kereta kebal Mark IV Betina, Grit, kini dipamerkan di Dewan ANZAC di Peringatan Perang Australia.
  • Pada tahun 1999, kereta kebal Mark IV Betina, D51 - Deborah, dibongkar di kampung Flesquières di Perancis. Ia telah dimusnahkan oleh tembakan meriam semasa Pertempuran Cambrai (1917) dan kemudiannya ditanam apabila digunakan sebagai pengisi kawah. Uasaha sedang dijalankan bagi pemulihannya. Lihat http://www.tank-cambrai.com/pages/indexpag.html Diarkibkan 2007-03-29 di Wayback Machine.

Mark V sunting

  • Muzium Kereta kebal Bovington mempamerkan Mark V Jantan, Nombor 9199, kereta kebal British Perang Dunia Pertama tunggal masih dalam keadaan beroperasi (beberapa kereta kebal Perancis dalam tempoh tersebut masih dalam keadaan bergerak). Ia beraksi dalam Pertempuran Amiens di mana komandernya dianugerah Salib Ketenteraan ("Military Cross").
  • Kereta kebal Mark V** Betina - Ol'Faithfull, turut dikekalkan di Bovington.
  • Kereta kebal Mark V Jantan (banyak dibaik pulihkan), Devil, terselamat di Muzium Perang Imperial London.
  • Kereta kebal Mark V Betina - Muzium Ordananse Tentera Amerika Syarikat, Aberdeen, Maryland.
  • Kereta kebal Mark V* Betina - Patton Museum of Cavalry and Armor, Fort Knox, Kentucky.
  • Kereta kebal Mark V - Muzium Kereta kebal Kubinka, Russia.
  • Kereta kebal Mark V sebagai peringatan di Arkhangelsk. Ini pada asalnya digunakan oleh pasukan British semasa Campur tangan Berikat dalam Perang Saudara Russia.
  • Dua kereta kebal Mark V, Jantan dan Betina, membentuk sebahagian dari peringatan luar di Luhansk di Ukraine; dua lagi dalam simpanan.
  • Kereta kebal Mark V Betina - Muzium Sejarah Kharkiv, Ukraine.

Mark VIII/Liberty sunting

  • Kereta kebal Liberty yang diubahsuai dikekalkan di Fort Mead, Maryland.
  • Kereta kebal British Mark VIII kini di Bovington.

Mark IX sunting

  • Sebuah kereta kebal tunggal terdapat di Bovington. Ia baru dipulihkan.

Rujukan sunting

  1. ^ David Fletcher, 2001, The british Tanks 1915-19, p. 124
  2. ^ Fletcher 2004, m/s. 12.
  3. ^ Glanfield 2001, m/s. 278.
  4. ^ a b Glanfield 2001, m/s. 176.
  5. ^ Glanfield 2001, Appendix 2.

Pautan luar sunting