Kereta kebal T-64 merupakan salah sebuah kereta kebal tempur utama tentera Russia. Kereta kebal T-64 mula dikeluarkan pada tahun 1966 dan pertama kali dilihat umum pada tahun 1970. Ia tidak pernah dieksport keluar dari bekas USSR dan tidak kelihatan dalam sebarang perarakan tentera Russia.

T-64
Sebuah kereta kebal T-64 dipamerkan pada April 2008
JenisKereta kebal utama
Tempat asalSoviet Union
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1964 - present
Digunakan olehSoviet Union, Belarus, Russia, Ukraine, Uzbekistan
Sejarah pengeluaran
PerekaKMDB
Direka1951–62
PengeluarMalyshev Factory
Dihasilkan1963-87
Jumlah dibina~13,000
Spesifikasi (T-64A[1])
Berat38 tonne (42 short ton; 37 long ton)
Panjang9.225 m (30 ka 3.2 in) (gun forward)
Lebar3.415 m (11 ka 2.4 in)
Tinggi2.172 m (7 ka 1.5 in)
Krew3

Armor16–599 mm (0.63–23.58 in) plastik diperkukuh dengan kaca dilapis antara lapisan besi. Kepingan ERA pilihan
Senjata
pertama
D-81T (aka 2A46 hasilan dari meriam anti kereta kebal 2A45 ditunda )125 mm meriam laras licin
Senjata
kedua
7.62 mm PKMT mesingan sejajar, 12.7 mm NSVT mesingan anti pesawat
Enjin5DTF 5-cyl. diesel
700 hp (522 kW)
Kuasa/berat18.4 hp/tonne (13.7 kW/ton)
Sistem ampaianTorsion bar
Jarak
operasi
500 km (310 bt), 700 km (430 bt) dengan tangki luaran
Kelajuan45–60 km/j (28–37 mph) (bergantung pada versi)

Pembangunan

sunting

Kereta kebal T-64 kelihatan serupa dengan kereta kebal T-72 tetapi ia memiliki lampu sorot infra-merah pada sebelah kiri meriam 125 mm, pek kuasa berbeza, trek lebih sempit, sistem gantungan yang berbeza dan turet yang berbeza sedikit. Tatarajah adalam sama dengan T-72 dengan pemandu dihadapan, turet di tengah, komander disebelah kiri, juru meriam di sebelah kanan, enjin dan transmisi di belakang.

Persenjataan utama terdiri daripada meriam laras licin 125mm dengan dongakan berkuasa dari -6° hingga 14°, turet berputar 360°. Sama seperti yang dipasang pada T-72, ia memiliki pemuat automatik yang menghantar lapan pusingan seminit. Tiga jenis amunisi dilepaskan: APFSDS, HEAT-FRAG dan HE-FRAG (FS). Satu mesingan 7.62mm dipasang sejajar pada sebelah kanan persenjataan utama dan satu mesingan 12.7mm yang dipasang bertenggek pada penutup jurumeriam bagi kegunaan peranan anti-pesawat udara.

Variasi

sunting
  • T-64, model asal, tanpa sarung haba bagi meriam 115mm.
  • T-64A, model keluaran pertama yang dibina secara pukal, pelancar grenet asap di kedua belah meriam, pelindung sisi.
  • T-64AK, kenderaan pemerintah.
  • T-64B, mampu menembak AT-8 Songster ATGW.
  • T-64BK, kenderaan pemerintah.
  • T-64BM, dipasang dengan enjin 6TD 1,000 hp
  • T-64BV, T-64 dengan perisai reaktif letupan.
  • T-64B1,
  • T-64B1K, versi pemerintah bagi T-64B1.
  • T-64BV1K, T-64B dengan perisai reaktif letupan dan peralatan perhubungan bagi kegunaan peranan pemerintah.
  • T-64R, dipercayai sebagai T-64 dengan meriam bagi T-72/T-80 menembak ATGW.
  • T-64 mampu dipasang dengan peralatan pembersih periuk api.
  • BREM-64, ARV pada kerangka T-64.

Status

sunting

Pengeluaran tamat. Dalam perkhidmatan hanya dengan Russia, Ukraine dan Uzbekistan.

Pengilang

sunting

Arsenal Negara Russia.

Pautan luar

sunting