Kereta kebal T-80 merupakan sebuah kereta kebal yang telah dibangunkan bagi memenuhi keperluan Tentera Russia.

Kereta kebal T-80
T-80B semasa Perarakan Hari Kemenangan 2005
JenisKereta kebal utama
Tempat asal Kesatuan Soviet
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1976 – present
Digunakan olehBelarus, Cyprus, Kazakhstan, Armenia, Pakistan, Russia, Korea Selatan, Ukraine
PerangPerang Chechen Pertama, Perang Chechen Kedua, 2008 Perang Ossetia Selatan[1]
Sejarah pengeluaran
PerekaNikolay Popov, LKZ (T-80),[2] KMDB (T-80UD)
Direka1967 – 1975
PengeluarLKZ and Omsk Transmash, Russia
Malyshev Factory, Ukraine[3]
Kos unitUSD $2.2 million T80U export, 1994.[4]
Dihasilkan1976 – 1992[5]
Jumlah dibina5,404 (as of 2005)[3]
Anekaengineering & recovery, mobile bridge, mine-plough with KMT-6 plough-type system and KMT-7 roller-type system.
Spesifikasi (T-80B / T-80U)
Berat42.5 tonnes T-80B, 46 tonnes T-80U[6]
Panjang9.9 m (32 ka 6 in) T-80B, 9.654 m (31 ka 8.1 in) T-80U (gun forward)
7.4 m (24 ka 3 in) T-80B, 7 m (23 ka 0 in) T80U, (hull)[6]
Lebar3.4 m (11 ka 2 in) T-80B
3.603 m (11 ka 9.9 in) T-80U[6]
Tinggi2.202 m (7 ka 2.7 in) T-80B, T-80U[6]
Krew3[6]

ArmorT-80B 550mm turret,500mm hull, T-80U turret 780mm vs APFSDS 1,320mm VS HEAT [7]
Senjata
pertama
125 mm 2A46-2 smoothbore gun,[8] 36 rounds T-80B, 2A46M-1 with 45 rounds T-80U
9M112 Kobra ATGM, 4 missiles T-80B, 9M119 Refleks ATGM, 6 missiles T-80U[6]
Senjata
kedua
7.62 mm PKT sejajar MG, 12.7 mm NSVT atau PKT anti pesawat MG
EnjinSG-1000 gas turbine T-80B, GTD-1250 turbine T-80U, or one of 3 diesel T-80UD[9][10]
1,000 hp T-80B, 1,250 hp T-80U[6]
Kuasa/berat25.9 hp/tonne T-80B
27.2 hp/tonne T-80U
Transmisimanual, 5 gear kehadapan, 1 undur T-80B, 4 kedepan, 1 undur T-80U[6]
Sistem ampaiantorsion bar[6]
Kelegaan bumi0.38 m (1.2 ka) T-80B, 0.446 m (1.46 ka) T-80U[6]
Kapasiti minyak1,100 liter (240 imp gal) (internal)
740 liter (160 imp gal) (luaran)
Jarak
operasi
335 km (208 bt) (jalan, tanpa tangki luaran)
440 km (270 bt) (jalan, dengan tangki luaran)[6]
Kelajuan70 km/j (43 mph) (road)
48 km/j (30 mph) (rentas desa)[9]

Pembangunan sunting

Kereta kebal tempur utama T-80 dibangunkan pada lewat 1970-an dan dipercayai mula dikeluarkan pada tahun 1983 degan pengeluaran pertama disiapkan pada tahun berikutnya. Ciri paling utama kelebihan T-80 berbanding kereta kebal T-72 terdahulu adalah enjin turbin gasnya dan keupayaan bagi menembakkan Songster AT-8 ATGW dari meriam 125mm.

Tatarajah kereta kebal T-80 adalah sama dengan kereta kebal utama Soviet baru yang lain dengan pemandu di sebelah hadapan, turet dua orang dengan jurumeriam di sebelah kanan dan komander yang turut mengendali mesingan anti pesawat 12.7mm, disebelah kanan. Pek kuasa, yang turut merangkumi enjin turbin gas terletak disebelah belakang.

Dengan pengecualian pada kereta kebal T-64, kesemua kereta kebal utama selepas Perang Dunia Kedua memiliki bukaan ekzos di sebelah kiri menghala kearah belakang. Kereta kebal T-80 memiliki bukaan bujur lonjong menonjol ditengah badan disebelah belakang.

Kereta kebal T-80 memiliki meriam 125mm laras licin yang disuap oleh pemuat automatic yang mampu menembakkan HE-FRAG (FS), HEAT-FS dan APFSDS-T, atau AT-8 Songster ATGW. Turet berputar 360° penuh dengan dongakan senjata dari -5° hingga +14°. Meriamnya distabilkan sepenuhnya.

Variasi sunting

[11][12][13][14]

 
Grafik T-80.
 
T-80 di medan, 26 Ogos 1988.
 
T-80BV grafik.
 
T-80BV mengetuai formasi sepanjang sisi kawasan berhutan, 29 September 1989.
 
T-80BV, 29 September 1989 (Gambar ini diterbalikkan kiri-ke-kanan).
 
T-80U Russia, 2002.
  • T-80, model keluaran asal, tidak dibina dalam bilangan yang besar.
  • T-80B, versi pertama dihasilkan dalam bilangan besar.
  • T-80BK, versi pemerintah bagi T-80B dengan tambahan peralatan perhubungan.
  • T-80BV, kereta kebal T-80 dengan perisai reaktif letupan, berat tempur 42.5 tonne.
  • T-80BVK, versi pemerintah bagi T-80BV dengan tambahan peralatah perhubungan.
  • T-80U, pertama kali dilihat pada tahun 1989 dan kadang-kala dirujuk sebagai Ml 989 oleh NATO, memiliki enjin disel berbanding turbin gas, dek enjin berlainan, bukaan komander yang baru, empat pelancar grenet asap setiap sisi turet, peralatan pandang berlainan, pakej perisai baru yang termasuk skirt sisi berperisai.
  • T-80UD, memiliki enjin 1100hp menggantikan enjin turbin gasnya.
  • T-80UK, versi pemerintah bagi T-80U.
  • T-80UM, dikuasai oleh turbine gas 1250hp, sistem kawal tembak yang baru.
  • T-80UM1, juga dikenali sebagai Bars (Leopard Salji) memiliki sistem penangkis Shtora-1 dan enjin yang lebih berkuasa.
  • T-80UM2, turet tuang baru

BREM-80, merupakan kenderaan kembalik berperisai

  • T-84, pembangunan lanjut T-80 di Ukraine (qv).

Status sunting

Dalam pengeluaran. Dalam perkhidmatan dengan Cyprus, Pakistan, Russia, Korea Selatan dan Ukraine.

Pengilang sunting

Kirov Works (Leningrad), Khar'kov (Ukraine) and Omsk.

Rujukan sunting

  • TANK & COMBAT VEHICLE RECOGNITION GUIDE, Christopher F. Foss, Harper Collins Publishers, cetakan pertama 2000.
  1. ^ David Axe, "By Land, Air, Sea & PC, Georgia Tried to Match Russian Arsenal Diarkibkan 2010-02-22 di Wayback Machine", in Popular Mechanics, August 13, 2008.
  2. ^ Foss 2005, p.89.
  3. ^ a b Foss 2005, p. 94.
  4. ^ Dejong 1995
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-23. Dicapai pada 2014-01-12.
  6. ^ a b c d e f g h i j k Foss 2005, p. 93.
  7. ^ T-80 Standard Tank, p14-24.
  8. ^ Baryatinsky, p 23.
  9. ^ a b Baryatinsky, p 95.
  10. ^ "T-80U Main Battle Tank" Army Technology
  11. ^ Ciri-ciri kereta kebal T80
  12. ^ ""Pancerni.net"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-12. Dicapai pada 2014-01-12.
  13. ^ СПИСОК МОДИФИКАЦИЙ ТАНКА Т-80
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan JED The Military Equipment Directory tidak disediakan

Pautan luar sunting