Kereta kebal Type 62
Kereta kebal Type 62 keluaran Norinco (North Industries Corporation) China merupakan kereta kebal utama yang dikeluarkan oleh China.
Type 62 | |
---|---|
Jenis | kereta kebal ringan |
Tempat asal | Republik Rakyat China |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1963 - 2013 (China) |
Digunakan oleh | Pengguna kereta kebal Type 62 |
Perang | Sejarah tempur Type 62 |
Sejarah pengeluaran | |
Pengeluar | Kilang 674 ("Harbin First Machinery Building Group Ltd") |
Dihasilkan | 1963 - 1989 |
Jumlah dibina | Lebih daripada 1,499 |
Aneka | Lihat variasi |
Spesifikasi | |
Berat | 21 ton |
Panjang | 7.9 m keseluruhan 5.6 m rangka sahaja |
Lebar | 2.9 m |
Tinggi | 2.3 m |
Krew | 4 |
Armor | 35 mm (max hull)[1] 15 mm (min hull)[1] 50 mm turet |
Senjata pertama | meriam utama 85 mm Type 62-85TC berpilin (47 biji)[2] |
Senjata kedua | 7.62 mm Type 59T mesingan sederhana sepaksi 7.62 mm Type 59T mesingan di bahagian belakang 2,000 7.62 peluru mesingan[3] 12.7 mm Type 54 mesingan berat anti pesawat (1,250 biji)[2] |
Enjin | 12150L-3 V-12 disel sejukan air[1] 430 hp (321 kW) at 1,800 rpm[2][1] |
Kuasa/berat | 20.5 hp/ton (15.3 kW/ton) |
Sistem ampaian | torsion bar |
Jarak operasi | 500 km (road)[2] |
Kelajuan | 60 km/h (road)[2] 35 km/h (cross country)[4] |
Kereta kebal Type 62 sebenarnya merupakan kereta kebal utama Type 59 yang diringkaskan dan digunakan di muka bumi kasar sebagaimana yang terdapat di selatan China. Ia telah beraksi di kedua Timur Jauh dan Afrika.
Tatarajah serupa dengan kereta kebal Type 59-an, dengan pemandu duduk di hadapan kiri dengan amunisi disebelah kanannya, turet tiga orang di tengah, komander dan juru meriam di kiri, pemuat di sebelah kanan, enjin dan transmisi di belakang.
Persenjataan utam terdiri dari meriam 85mm, kemungkinannya serupa dengan yang dipasang pada kereta kebal afimbia ringan Type 63 (qv) yang menembak projektil AP, APHE, HE, HEAT dan asap. Ia memiliki dongakan dari -4° hingga +20° dengan pusingan turet 360°. Satu mesingan 7.62mm dipasang sepaksi ke sebelah kanan persenjataan utama dan senjata yang serupa dikendali pemandu diletakkan pada kepingan glacis. Satu mesingan 12.7mm Type 54 dipasang di atas sebagai pertahanan anti pesawat.
Kereta kebal Type 62 menyebarkan tabir asapnya sendiri dengan menyuntik bahan api disel ke dalam paip ekszos di sebelah kiri badan di atas tempat roda jalan terakhir, dan lebih model terkini, telah dilihat dipasangkan dengan penjejak jarak laser pada persenjataan utamanya bagi meningkatkan kemungkinan tembakan pertamanya.
Selain digunakan oleh Tentera China ia turut digunakan oleh pasukan Marin China.
Variasi sunting
Tiada variasi jenis ini yang diketahui.
Status sunting
Dikeluarkan menurut permintaan. Dalam perkhidmatan dengan Albania, Bangladesh, China, Republik Demokratik Congo, Korea Utara, Mali, Sudan, Tanzania dan Vietnam.
Pengilang sunting
Persenjataan negara China
Nota sunting
Rujukan sunting
- TANK & COMBAT VEHICLE RECOGNITION GUIDE, Christopher F. Foss, Harper Collins Publishers, cetakan pertama 2000.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kereta kebal Type 62 |