Kereta kebal perantaraan perang

Rencana ini membincangkan Kereta kebal perantaraan perang.

British Mk I (A9) kereta kebal kruiser

Perang Dunia Pertama menetapkan kesahihan konsep kereta kebal dan dalam tempoh antara dua Perang Dunia, banyak Negara perlu memiliki kereta kebal, tetapi hanya sedikit memiliki sumber industry bagi mereka dan membinanya. Semasa dan selepas Perang Dunia Pertama, Britain dan Perancis merupakan pemimpin dalam reka bentuk kereta kebal, dengan Negara lain menurut dan mengubah suai reka bentuk kereta kebal mereka. Kemajuan awal ini akan perlahan-lahan hilang dalam tempoh 1930-an pada Soviet Union dan, pada tahap tertentu Jerman Nazi.

Pembangunan umum sunting

 
Kereta kebal Mark VIII Liberty

Reka bentuk kereta kebal akhir tahun 1918 menunjukkan beberapa trend. Amerika Syarikat dan British menghasilkan kereta kebal Mark VIII. Ia merupakan kemuncak bagi reka bentuk rhomboid, mesin 34-kaki-long (10 m), 37-tan berkuasa 300-hp (224 kW) enjin V-12 dan kerkeupayaan 7 batu sejam (11 km/h) merentas desa. Bagaimanapun, kereta kebal Renault FT menetapkan pola bagi hampir kesemua kereta kebal yang selepasnya; kereta kebal itu memiliki profil trek lebih rendah, badan yang lebih padat, dan memuatkan senjata mereka pada turet.

Di seluruh dunia, pelbagai saiz kereta kebal dipertimbangkan, dan banyak usaha pembangunan dicurah pada kereta kebal ringan yang berguna bagi menentang infantri atau kerja jenis mengawal koloni. Kesulitan ekonomi dunia 1920-an dan 1930-an turut mendorong kepada peningkatan penekanan bagi pembangunan kereta kebal ringan, kerana ia jauh lebih murah berbanding kereta kebal serdahana atau kereta kebal berat. Bagaimanapun Perang Saudara Sepanyol menunjukkan bahawa pertempuran kereta kebal menentang kereta kebal dan kereta kebal menentang meriam anti kereta kebal akan menjadi factor utama untuk dipertimbangkan. Ia menjadi jelas bahawa kereta kebal masa hadapan perlu berperisai tebal dan membawa meriam yang lebih besar. Bentuk kereta kebal yang sebelum ini dibentuk sepenuhnya bagi pertimbangan bagi melepasi halangan, kini menjadi tolak ansur, dengan profil rendah diingini agar sukar dilihat dan mengurangkan berat.


 
Kereta kebal Cruiser Mk IV British / A-13 Cruiser Mk IV.

Di Britain, pilihan tentera berpecah mengenai masa hadapan perperangan kereta kebal. J.F.C. Fuller yakin bahawa hanya kereta kebal memiliki masa hadapan di medan perang. Basil Liddell Hart meramal perperangan di mana kesemua cabang persenjataan, infantry, kereta kebal, dan artileri akan dimekanikal, menyerupai armada 'kapal darat', dan ujian dalam bidang ini dilakukan tetapi tidak diterima pakai. Liddell Hart akan terbukti betul, tetapi hanya selepas enam puluh tahun kemudian sebelum negara terkaya mampu menjelmakan ideanya.

Di Amerika Syarikat, J. Walter Christie membangunkan satu siri kereta kebal pantas, berasaskan system gantungan Christie revolusinerinya. Ini digabung dengan kadar kuasa berbanding berat yang tinggi yang dicapai dengan memuatkan enjin kapal terbang dalam kereta kebalnya. Sungguhpun prototaipnya mampu berkelajuan tinggi, dan dalam sesetengah kes direka bagi pengangkutan udara, perbalahan dengan jabatan Ordnance dan harga yang tinggi (berbanding apa yang sanggup dibayar oleh tentera Amerika Syarikat) bererti ia tidak pernah dibina di Amerika Syarikat. Christie merupakan seorang yang berbakat tetapi amat seorang yang sukar berbincang. Sebagai contoh, sebagaimana ramai tokoh kreatif pintar, dia jarang menyelesaikan projek mengikut keperluan pelanggan. Prototaipnya bagaimanapun dibeli oleh Soviet Union, dan akan dibangunkan sebagai kereta kebal BT dan akhirnya, pada awal Perang Dunia Kedua, kereta kebal T-34 yang terkenal. Siri BT pula mempengaruhi reka bentuk kereta kebal kruise British seperti A-13 Cruiser Mk IV, kereta kebal Crusader, dan yang lain.


Hari ini ia mungkin sukar bagi memahami mengapa idea penggunaan kereta kebal ditentang hebat oleh pemimpin beberapa tentera. Sebahagian dari penjelasan adalah keseluruhan industry automotif masih diperingkat awal. Kereta kebal boleh dianggap sebagai peralatan yang tidak boleh diharap, menyukarkan selewat awal 1930-an. Enjin yang lemah, gandar yang teruk, dan trek yang rapuh dan jangka hayat pendek menyumbang kepada reputasi yang buruk ini. Dengan itu tentangan pada kereta kebal yang sukar difahami oleh pemimpin tentera 'tradisional' boleh difahami sebahagiannya dari segi ini; battalion kereta kebal yang kehilangan kebanyakan kenderaannya akibat kegagalan mekanikal dalam pergerakan 50 batu bukanlah aset yang boleh diharapkan dalam pertempuran. Kejayaan antarabangsa bagi Vickers six-ton tank adalah lebih kepada ketahanannya berbanding sebarang kelebihan pada reka bentuknya. Bagaimanapun, dalam beberapa dekad, enjin, tranmisi dan trek kesemuanya bertambah elok. Menjelang Perang Dunia Kedua, enjin dan transmisi yang boleh diharap, termasuk reka bentuk gantungan kelajuan tinggi semuanya sudah ada. Sebagai contoh, pada tahun 1940, dua prototaip kereta kebal T-34 menamatkan laluan ujian dua ribu kilometer yang lasak oleh anggota pasukan rekabentuk, dari Kharkov ke Moscow, Smolensk, Kiev, dan kembali.


Trend terakhir antara tempoh perantaraan perang adalah perubahan dalam kaedah pengilangan. Perancis meneroka penggunaan acuan amat besar bagi membentuk gun mantlet, turret dan akhirnya keseluruhan badan kereta kebal S-35. Kegunaan acuan meluas ditiru oleh Amerika Syarikat dan USSR,dan sedikit sebanyak di UK. Pengacuan membolehkan penghasilan pantas komponen balistik berbentuk baik. Jerman tidak pernah menggunakan komponen acuan besar, menghadkan pengacuan pada barangan lebih kecil seperti mantlets. Pengimpalan perlahan-lahan menggantikan pemasangan rivet dan skrew sebagai cara memasang kepingan perisai digelek. Rivet boleh patah apabila terkena tembakan musuh, menyebabkan kecederaan anggota tambahan. Jerman dan USSR memimpin cara dengan pemetrian, sungguhpun Amerika Syarikat turut meniru. Rivet dan skru kekal digunakn di sesetengah Negara seperti Hungary, Jepun, dan Itali, dan sedikit sebanyak di Great Britain sehingga penghujung Perang Dunia Kedua. Akhirnya, Amerika Syarikat dan USSR memimpin cara reka bentuk revolusi bagi pengilangan pantas, menyingkirkan komponen tidak perlu atau langkah pengilangan yang menambah sikit nilai. Sebaliknya, kereta kebal Perancis dan Jerman sebelum perang (malah semasa perang) sering kali memasukkan ciri yang meningkatkan kos dan kesukaran pengilangan jauh berkadaran bagi nilai tempurnya.

Great Britain sunting

Berikutan Perang Dunia, banyak ujikaji membabitkan kenderaan berperisai dilaksanakan di Britain.Terutamanya banyak kemajuan dibuat dalam bidang gantungan, trek, perhubungan, dan susun atur kenderaan ini di medan pertempuran.

 
Vickers Medium Mark I sedang bergerak di suatu tempat di England, 1930
 
Kereta kebal Vickers 6-Ton
 
Kereta kebal serdahana Vickers Mark II.
 
Kereta kebal kecil Carden-Loyd menunda howitzer.

Britain meneruskan penguasaan teknikalnya dalam reka bentuk kereta kebal sepanjang 1915 sehingga pada awal 1930-an. Reka bentuk British, terutamanya dari Vickers-Armstrong, membentuk asas bagi kebanyakan kereta kebal biasa pada 1930-an dan awal Perang Dunia Kedua. Sebagai contoh, Vickers Six Ton Tank merupakan asas bagi kereta kebal 7TP Poland, kereta kebal T-26 Soviet, dan pengaruh besar bagi siri M-11 dan and M-13 Italidan kereta kebal LT-35 Czech. Ironiknya, kereta kebal enam tan, yang boleh dikatakan paling banyak mempengaruhi reka bentuk kereta kebal pada akhir 1920-an, tidak diterima pakai oleh Tentera British.

Satu lagi reka bentuk penting adalah kereta kebal serdahana Vickers Mk II, reka bentuk penting yang menggabungkan beberapa sifat terbaik kereta kebal Perang Dunia Pertama menjadi kereka kebal lebih pantas. Ia memiliki turret berputar penuh pada bahagian atas seperti kereta kebal FT-17, tetapi memuatkan meriam 30 paun dwiguna (yang boleh menembak kedua-dua peluru letupan tinggi dan anti kereta kebal) dengan mesingan koaksial. Ia turut dilengkapi dengan radio, kedudukan juru mesingan di bahagian hadapan badan, dan penggunaan terhad perisai mencerun. Sesetengah kereta kebal ini akan terus berkhidmat dalam Perang Dunia Kedua, sungguhpun yang penting mengenai reka bentuk ini adalah jumlah cirri yang disalin (atau sekurang-kurangnya digunakan) dalam reka bentuk kereta kebal berikutnya.

Mesin pengangkut mesingan Vickers Carden-Lloyd mempengaruhi konsep kereta kebal kecil melalui eksport dan reka bentu serupa seperti kereta kebal T-27 Soviet, CV-33 Italian, kereta kebal Panzer I German dan salinan lain.

Juga yang kurang penting tetapi juga reka bentuk yang menarik perhatian adalah Vickers A1E1 Independent, yang merupakan kereta kebal berat besar yang dibina pada tahun 1925. Ia memiliki turet utama yang besar dan empat turet lebih kecil. Konsep reka bentuk ini kemudiannya digunakan oleh kereta kebal T-28 Soviet dan kereta kebal T-35 termasuk Neubaufahrzeug Jerman.

 
Kereta kebal Vickers A1E1 "Independent"

Penyokong bagi menggantikan fungsi kalavari dengan kenderaan berperisai adalah Liddell Hart dan Fuller. Penentang mereka salah tafsir (samaada tersalah satau dengan sengaja) mereka sebagai penyokong pasukan tempur kereta kebal sepenuhnya, sungguhpun mereka ada menyatakan bahawa artileri dan infantri perlu dimekaniskan agar mereka sepantas dan mudah bergerak seperti kereta kebal yang mereka tonjolkan, dan ujian dipendekkan.

Pencapaian cemerlang Tentera British adalah ciptaan Pasukan Mekanis Ujian pada lewat 1920-an. Ini merupakan unit bersaiz Brigade kecil yang dibangunkan untuk menguji lapangan kegunaan kereta kebal dan kenderaan yang lain. Unit ini yang pertama penggunaan radis secara meluas bagi mengawal unit kecil yang berselerakan. Unit ini bagaimanapun hanya sekejab sahaja.

Akhirnya, menjelang 1930-an, ujian British dan keadaan strategic mereka mendorong kepada program kereta kebal dengan tiga jenis kereta kebal: ringan, cruiser, dan infantri. Kereta kebal infantri ditugaskan bagi menyokong infantri yang turun kenderaan. Keperluan kelajuan maksima menyaingi kepantasan berjalan pembawa rifle, dan perisai kereta kebal ini dijangka cukup tebal bagi memberikan kekebalan pada meriam anti kereta kebal ditunda. Persenjataan perlu mencukupi bagi memendam atau memusnahkan kedudukan mesingan musuh dan kubu. Kereta kebal cruiser ditugaskan dengan peranan kalavari tradisi mengejar dan mempergunakan, bertugah agak bebas dari infantri. Ini mendorong kepada reka bentuk kereta kebal cruiser memiliki kelajuan tinggi. Bagi mencapai ini ia berperisai ringan, dan cenderung membawa persenjataan anti kereta kebal. Kereta kebal ringan ditugaskan dengan peninjauan dan peranan jenis pengawalan kolonial, dengan kos rendah merupakan factor utama.

Perancis sunting

Pihak Perancis memiliki sejumah besar pelbagai jenis kereta kebal, termasuk banyak jenis unik. Perancis merupakan pengeluar kereta kebal kedua terbesar di dunia, di belakang Soviet Union (lihat Pengeluaran kenderaan tempur berperisai Perancis semasa Perang Dunia Kedua). Kereta kebal kalavari mereka memenuhi peranan apa yang kini dikenali sebagai MBT. Mereka turut menggunakan reka bentuk kereta kebal berat, dan beberapa jenis ringan bagi tujuan tinjauan dan sokongan infantri. Tambahan pada jenis ini, mereka turut mengusahakan kereta kebal penembus super berat (kereta kebal FCM F1). Pihak Perancis tidak memiliki Kor Kereta kebal bebas. Kesemua kereta kebal milik samaada Infantri atau Kalavari.

 
Kereta kebal Renault R 35 Perancis
  • Kereta kebal Infantri (Chars)
    • Kereta Kebal Ringan (Chars Légers), pada umumnya sama dengan kereta kebal ringan Negara lain, sungguhpun ia bertujuan digunakan bagi sokongan infantri berbanding peninjauan, dan dengan itu berperisai lebih baik tetapi lebih perlahan berbanding kereta kebal ringan yang lain. Kereta kebal Renault R 35 merupakan jenis paling biasa; sejumlah kecil kereta kebal FCM 36 bersifat maju dibina. Kereta kebal R 35 turut dieksport kepada beberapa Negara Eropah timur, termasuk Poland.
    • Kereta kebal Serdahana (Chars de Bataille), ia bertujuan sebagai kereta kebal penembus khas (kereta kebal Char D1, kereta kebal Char D2, kereta kebal Char B1).
    • kereta kebal Berat (Chars Lourds); hanya kereta kebal Char 2C peninggalan Perang Dunia Pertama yang pernah beroperasi dalam kelas ini, yang menyebabkan peranan penembus diserahkan pada Chars de Bataille.
  • Kereta kebal Kalavari (Automitrailleuses). Kelas ini menumpu pada kepantasan sebagai tambahan pada reka bentuk kuasa dan perlindungan kereta kebal yang lain, dan bertujuan sebagai kedua-dua peranan anti kereta kebal dan anti personel. Sebagai mematuhi undang-undang kesemua kereta kebal (Chars) perlu menjadi sebahagian dari Infantri, pasukan Kalavari menggelar kereta kebal mereka sebagai Automitrailleuses. Ini termasuk kereta kebal Hotchkiss H35.
    • Kereta kebal Tempur Berperisai (AMCs atau Automitrailleuses de Combat), merupakan kereta kebal serdahana yang mengorbankan sebahagian perisai bagi kepantasan, dan memiliki persenjataan yang menyerupai kereta kebal infantri (kereta kebal AMC 34, kereta kebal AMC 35, kereta kebal Somua S35).
    • Peninjauan Berperisai (AMRs atau Automitrailleuses de Reconnaissance), pada asasnya kereta kebal ringan (kereta kebal AMR 33;kereta kebal AMR 35), tetapi khusus bertujuan bagi peninjauan umum dan mengekalkan skrin keselamatan. Peninjauan khusus bagaimanapun akan dilakukan oleh AMD atau Automitrailleuses de Découverte, biasanya kereta berperisai atau separa trek.
 
AMR 35 Perancis bersenjatakan 13.2 mm, mulik 4e RDP, 1re DLM.

Kereta kebal Renault FT 17 memiliki hayat yang panjang dan melihat kegunaan dalam Perang Dunia Kedua dan kemudiannya di Indochina. Ia digunakan sejauh di China, semasa Perang Saudara China, dan versi kereta kebal ini digunakan kedua-dua pihak yang menentang dan juga oleh pihak Jepun semasa penjajahan China. Sejumlah besar jatuh ketangan pihak Republikan dan Nationalist semasa Perang Saudara Sepanyol. Ia digunakan semasa Revolusi Russia oleh kedua-dua Bolsheviks dan Russia Putih, dan kemudiannya oleh rakyat Finland menentang Soviet. Perancis mengeksport kereta kebal FT 17 sehinggalah meletusnya Perang Dunia Kedua. Reka bentuk ini juga dibangunkan oleh Itali sebagai kereta kebal Fiat 3000 dan oleh USSR sebagai kereta kebal T-18.

Menjelang pertengahan 1930-an Tentera Perancis menggantikan armada kereta kebal FT 17 dengan pasukan campuran kereta kebal ringan kedua-dua cabang Infantri dan kalavari, termasuk juga kereta kebal serdahana dan kereta kebal berat. Kereta kebal ringan Infantri termasuk kereta kebal Renault R 35, yang mengikut konsep kereta kebal FT 17 agak dekat dengan saiz kecilnya, krew dua orang, dan persenjataan meriam pendek 37 mm. Ia bagaimanapun, berperisai tebal. Kereta kebal R 35 kebanyakannya digunakan bagi melengkapkan batalion kereta kebal bebas, simpanan perisai diberikan pada aras Tentera dan bertujuan bagi menyokong division infantri dalam operasi perobekan. Division infantri perancis biasanya tidak memiliki komponen kereta kebal dalaman. Kereta kebal R 35 dieksport ke Poland dan Romania. Pihak kalavari memiliki Hotchkiss H 35 yang serupa, dilengkapi dengan meriam 37 mm, dan juga kereta kebal peninjau ringan seperti kereta kebal AMR 35.

Perancis turut menghasilkan apa yang kemungkinannya kereta kebal terbaik pada tahun 1930-an, kereta kebal Somua S35. Kereta kebal ini digunakan oleh division perisai Kalavari yang perlu melaksanakan fasa eksplotasi pertempuran dan kemungkinannya memiliki gabungan terbaik perisai, kuasa tembakan, dan pergerakan sebelum kemunculan kereta kebal PzKpfw IV Ausf. F2 Jerman dan kereta kebal T-34 Soviet. Kereta kebal Somua S 35 memiliki meriam 47 mm yang mampu memusnahkan sebarang kereta kebal dalam perkhidmatan masa itu, termasuk memiliki perisai tuang tebal dan kelajuan tinggi.

 
Kereta kebal Char B1 bis di Musée des Blindés di Saumur

char de bataille kereta kebal Char B Perancis merupakan kereka kebal yang amat mengancam, dengan perisai tuang tebal dan dikancing (“rivet”), meriam panjang 47 mm sama seperti kereta kebal S 35, dan 75 mm howitzer yang dipasang pada badan. Kesemua kereta kebal Char Bs dilengkapi dengan radio dan ia kebal kepada kebanyakan senjata kereta kebal dan meriam anti kereta kebal yang ditunda. Kereta kebal Char B digunakan oleh division perisai infantri, yang merupakan unit penembusan barisan musuh khusus.

Secara umumnya kereta kebal Perancis 1930-an berperisai tebal, merupakan kenderaan inovatif yang tidak bergantung kepada rekabentuk asing. Bagaimanapun, kereta kebal ringan kekurangan kuasa tembakan dan hampir kesemua kereta kebal Perancis dilumpuhkan oleh turet kendalian seorang. Malah kereta kebal Char B yang digeruni dikendali oleh seorang komander yang ditugaskan bagi memerintah kenderaan tersebut, membidik meriam utama, dan mengisi meriam utama. Sekiranya dia merupakan ketua platun atau komander kompeni, dia memiliki tugasan tambahan bagi mengawal unit lainnya. Tugan yang sebegitu berat amat membebankan, dan mengurangkan keberkesanan kereta kebal. Ketiadaan radio pada kereta kebal ringan tidak dilihat sebagai kelemahan besar, kerana doktrin Perancis memerlukan pergerakan perlahan, teratur menurut perancangan dengan ketatnya:Konsep “Pertempuran Teratur – (Methodical Battle)", diterima pakai kerana latihan perang menunjukkan ia lebih baik. Peranan pemimpin unit kecil dalah bagi melaksanakan rancangan, bukannya mengambil inisiatif semasa pertempuran. Ini hampir bertentangan dengan doktrin Jerman, yang menekankan inisitif dan membuat keputusan pada kepimpinan tahap rendah (Auftragstaktik). Pada tahun 1939 usaha terlewat dilakukan bagi meningkatkan kelenturan dan meningkatkan bilangan radio.

Fail:France-RenaultG1R.jpg
Kereta kebal Renault Char G1R olok-olok pada fasa keduanya, sebagai kereta kebal 30 tonne

Disebalik sudut pandangan Estienne dan kemudiannya Charles de Gaulle, Kakitangan Jeneral Perancis gagal mentakrifkan doktrin tentera yang berkesan bagi penggunan kereta kebal dalam pertempuran, akibat pembahagian tugasan antara kereta kebal infantri dan kalavari. Dalam Pertempuran Perancis, disebalik kelebihan bilangan dan perisai menentang Jerman, kereta kebal Perancis tidak digunakan secara berkesan. Kereta kebal infrantri hanya berkesan bagi melaksanakan fasa penembusan garisan musuh semasa pertempuran; dan kemudiannya tidak digunakan sebagai simpanan tempur bergerak. Secara ironiknya, kerjasama antara kereta kebal infantri dengan infantri adalah lemah. Unit kalavari sendiri terlalu sedikit bilangannya.

Selepas Kejatuhan Perancis, usaha bagi reka bentuk bari seperti kereta kebal Char G1, secara rasminya dihentikan, sungguhpun masih terdapat rekaan dilakukan secara rahsia. Selepas pembebasan Perancis, kereta kebal berikutnya yang akan diperkenalkan adalah kereta kebal berat ARL 44, yang tiba terlalu lewat untuk terbabit dalam Perang Dunia Kedua, tetapi digunakan selepas perang untuk seketika.

Soviet Union sunting

 
Kereta kebal ringan T-18

Usaha Soviet Union dalam reka bentuk dan pengeluaran kereta kebal perlu difahami dari konteks pengalaman Perang Saudara Russia dan pertumbuhan industri Soviet. Semasa perang saudara, penggunaan kereta api berperisai dan kereta api artileri adalah biasa. Ini mendorong kepada lebih minat pada kereta kebal dan kereta berperisai berbanding sesetengah Negara barat. Pertumbuhan pantas industri berat di USSR di bawah rancangan Lima-Tahun membolehkan penciptaan armada kereta kebal yang besar.

Pada awalnya, kereta kebal dan kereta perisai di tangan Soviet merupakan campuran kereta kebal FT-17 yang diimport dan beberapa kereta kebal British yang ditinggalkan semasa perang saudara. Kereta kebal Soviet pertama, kereta kebal T-18 (kadang kala dikenali sebagai MS-1) merupakan salinan hamper bagi kereta kebal FT-17, tetapi dengan peningkatan system gantungan dan turet lebih besar. Minat Stalin bagi pengilangandan mekanikal mendorong pada program pembangunan tentera agresif, menghasilkan inventori kereta kebal yang terbesar dan luas dikalangan semua Negara menjalang akhir 1930-an.


Pada tahun 1926, di bawah tambahan rahsia pada Perjanjian Rapallo, 1922, Soviet Union dan Jerman menubuhkan sekolah kereta kebal bersama di Kazan di barat Urals, yang diharamkan di bawah Persetujuan Versailles. Kedua Negara banyak mempelajari mengenai rekabentuk dan taktik kereta kebal dibawah usahasama ini. Pihak Jerman memberikan nasihat mengenai mekanisma industry berat Soviet, dan membantu membangunkan perasaan professional pada Tentera Merah. Dari tahun 1929, Brigade Mekanisma ujian dibentuk, latihan dan membangunkan taktik gabungan persenjataan bersama kereta kebal asing, kereta perisai, traktor dan lori.

Pihak Soviets turut membelanjakan jutaan dolar bagi peralatan dan teknologi U.S.bagi memodenkan berdosen kilang kereta dan traktor, yang kemudiannya akan digunakan bagi mula menghasilkan kenderaan berperisai dan kereta kebal.

Fail:Bt5 1.jpg
Gerakan kereta kebal Soviet.
 
The multi-turreted T-28 medium tank. The T-28 was the first series-produced modern medium tank.

Berasaskan campuran pasukan kereta kebal asing dan prototaip yang diimport, pihak Soviet mengembangkan reka bentuk domestic dan keupayaan pengeluaran. kereta kebal T-26 ringan berasaskan kereta kebal Vickers E (sebagaimana kebanyakan kereta kebal lain tempoh tersebut), di pilih selepas ia mengalahkan hasilan FT Soviet dalam ujian. Pihak Soviet,mebeli beberapa prototaip kereta kebal Christie M1930, dari mana mereka menghasilkan siri BT bagi kereta kebal laju. Mereka turut membangunkan kereta kebal serdahana lebih berat banyak turet, kereta kebal T-28 dan kereta kebal T-35 yang besar, yang mengikut premis rekabentuk kereta kebal Vickers A1E1 Independent. Salah satu kereta kebal yang dihasilkan antara 1930 dan 1940, 97% samaada salinan serupa dengan reka bentuk asing, atau peningkatan berkait rapat. Lebih penting, peningkatan utama pereka Soviet lakukan pada reka bentuk asing ini adalah peningkatan kuasa tembakan. Menjelang tahun 1935, Tentera Merah ". . . memiliki lebih banyak kenderaan berperisai, dan lebih banyak unit kereta kebal berbanding gabungan keseluruhan dunia miliki." (Zaloga 1984, p. 107)

 
Kereta kebal T-35 Soviet

Tetapi antara tahun 1937 hingga 1941, kor pegawai Tentera Merah, biro rekabentuk perisai, dan pemimpin kilang dihapuskan dalam Penyingkiran Agung Stalin. Sekitar 54,000 pegawai ditindas. Pengetahuan tentera lumpuh sepenuhnya dan pengeluaran kenderaan jatuh mendadak (sungguhpun masih kekal terbesar di dunia). Latihan dan persediaan jatuh pada tahap terendah. Penindasan ini berterusan sehingga awal perang.

 
Kereta kebal Pantas BT-5; siri BT mendorong kepada pembangunan kereta kebal T-34.

Penyertaan unit kereta kebal ‘’sukarelawan’ Soviet dalam Perang Saudara Sepanyol merupakan mutlak bagi pembentukan rekaan kereta kebal Soviet bagi Perang Dunia Kedua. Kereta kebal Soviet menguasai saingan asing mereka di Sepanyol kerana kuasa tembakan mereka, tetapi perisai nipis mereka, biasa dikalangan kereta kebal masa itu, menjadikan ia lemah pada meriam anti kereta kebal baru yang ditunda yang dibekalkan pada unit infantri. Laporan ini mendorong secara langsong pada generasi baru kereta kebal Soviet. Menjelang awal Perang Dunia Kedua, Soviet Union memiliki antara kereta kebal terbaik di dunia (termasuk kereta kebal T-34 dan kereta kebal KV-1, yang pada asasnya satu generasi di hadapan, membuat kejutan pada Wehrmacht). Bagaimanapun, kurang latihan dan status kesediaan kebanyakan unit Tentera Merah mendorong kepada kekalahan bencana pada Kor Mekanisma Soviet yang besar semasa fasa pembukaan Operasi Barbarossa, penjajagan Jerman 1941 ke atas Soviet Union. Disebalik peralatan mereka yang biasanya baik, keupayaan beroperasi Tentera Merah dan sokongan logistic bermotor jauh lemah.

Jerman sunting

 
Panzerkampfwagen I Ausf. A dipamerkan di Deutsches Panzermuseum Munster, Jerman.
 
Panzer I Ausf. A dalam pertempuran semasa penjajahan Jerman ke atas Norway.

Jerman, yang dikekang oleh syarat Persetiaan Versailles, tidak dibenarkan menghasilkan sebarang jenis kereta kebal dan hanya dibenarkan bagi menghasilkan kereta berperisai dalam bilangan yang terhad. Pada tahun 1926-an program tidak rasmi pembinaan kereta kebal dimulakan oleh Von Seeckt, komander Reichswehr. Dibina oleh Rheinmetall-Borsig grosstraktor ("traktor besar") pertama menyerupai kereta kebal British Mk II serdahana, 20 tan dengan meriam 75 mm. Reka bentuk ini dan reka bentuk lain diuji dengan kerja sama Soviet di sekolah kereta kebal di Ural Russia. Di Jerman kereta keball olok-olok digunakan semasa latihan, kelihatannya di atas desakan ketika itu-Major Heinz Guderian, kakitangan jurulatih taktikal. Guderian telah membaca hasil penulisan Fuller, Liddell-Hart dan pakar teori pertempuran kereta kebal dan dia mendapat sokongan komandernya bagi menjelmakan teorinya menjadi kenyataan.

Pada tahun 1931 Staf Jeneral Jerman menerima rancangan bagi dua jenis kereta kebal, kereta kebal serdahana dengan meriam 75 mm dan kenderaan lebih ringan dengan meriam 37 mm. Ketika rekabentuk dan kerja pembinaan berlangsung, tentera Jerman menggunakan pelbagai kereta kebal ringan berasaskan kerangka kereta kebal kecil Carden Loyd. Kereta kebal awal digelar Landwirtschaftlicher Schlepper (La S, "penunda pertanian "), gelaran yang digunakan sehingga 1938. Kereta kebal ringan terawal ini berkhidmat seawal 1934. Ia merupakan reka bentuk Krupp lima tan yang digelar LKA1. Kerajaan baru meluluskan tempahan awal bagi 150 pada tahun 1934 sebagai 1A La S Krupp. Sekitar 1,500 kereta kebal ringan ini dibina.

 
Kereta kebal Panzer II Ausf.L di Musée des Blindés, Saumur.

Kereta kebal Jerman berikutnya menerima gelaran baru Panzerkampfwagen (PzKpfw or PzKw), yang bererti "Kenderaan Tempur Berperisai ". Mesin pertama yang menggunakannya adalah PzKpfw I Ausf A dua orang yang dipengaruhi oleh kereta kebal kecil Carden Loyd, dan merupakan mesin 5.4 tan dengan enjin petrol 3.5 litre 60 hp (45 kW). Ia memiliki perisai 13 mm dan dilengkapi dengan meriam berkembar 7.92 mm. Kereta kebal Ausf B yang lebih besar sedikit daripada biasa bagi memuatkan enjin Maybach 100 hp (75 kW). Kedua model dihantar ke Perang Saudara Sepanyol bagi ujian bersama senjata Jerman yang baru. Dari pengalaman di Sepanyol ia dengan pantas menjadi jelas bahawa generasi kereta kebal berikutnya perlu memiliki perisai lebih baik, julat lebih jauh dan senjata lebih berat. PzKpfw II sekitar 50% lebih berat berbanding PzKpfw I. Ia memiliki meriam anti-kereta kebal 20 mm Solothurn sebagai senjata utama, dan juga perisai dipertingkatkan sehingga 30 mm. Turut dihantar ke Sepanyol sejak 1937, PzKpfw II terbukti lebih berkeupayaan menentang infantri ringan, tetapi tidak begitu baik apabila berhadapan dengan meriam anti kereta kebal yang berkeupayaan atau kereta kebal yang lain. Sungguhpun sebegitu, pengeluaran berterusan sehingga tahun 1941. Semasa meletus perang, Tentera Jerman memiliki 955 PzKpfw II dan hampir 4,000 dibina keseluruhannya.

 
Panzer 35(t) di Perancis, 1940

Lonjakan kepada perisai Jerman bermula dengan penyerapan Czechoslovakia pada tahun 1938, memberikan Jerman capaian pada keseluruhan industri senjata Czechoslovakia. Czechoslovakia memiliki dua reka bentuk kereta kebal ringan yang kemudiannya digunakan oleh Jerman, Škoda LT35 dan Českomoravská Kolben-Daněk (ČKD) TNHP. Kereta kebal Škoda merupakan mesin 10 tan dengan mesingan 37 mm dan keupayaan merentas desa yang baik; ČKD adalah 8.5 tan juga dilengkapi dengan meriam 37 mm—akibat ujian pesat ia merupakan mesin yang amat tahan dengan rangka berkualiti terbaik. Kedua-duanya dibawa masuk kedalam pasukan panzer Jerman, sebagai PzKpfw 35(t) dan PzKpfw 38(t), dan pengeluaran tambahan ditempah. ČKD dinamakan semula sebagai Boehmisch-Maehrische Maschinenfabrik AG (BMM) pada 1940 dan meneruskan pengeluaran sehingga 1942, membekalkan Wehrmacht dengan 1,168 PzKpfw 38(t) kereta kebal. Pada tahun 1940, kereta kebal Czechoslovakia membentuk sekitar suku dari jumlah keseluruhan pasukan panzer Jerman.

 
Kereta kebal PzKpfw III Ausf. D Jerman, di Poland (1939)

Sementara kereta kebal ringan membentuk hampir keseluruhan pasukan Jerman, kereta kebal lebih berat sekurang-kurangnya pada peringkat prototaip turut dibina. Pada tahun 1934, sejumlah prototaip berat dibina, berasaskan samaada meriam utama 75 atau 105 mm. Digelar Neubaufahrzeug (NbFz) dan amat serupa dengan rekebentuk semasa Soviet dan British, enam dibina oleh Rheinmetall dan Krupp. Sungguhpun ia terutamanya hanya berguna bagi tujuan propaganda kerana hanya sedikit ereta kebal yang dihasilkan, tiga darinya telah digunakan dalam pertempuran di Norway. Pengetahuan dari NbFz dan pengalaman dari kereta kebal ringan di Sepanyol membantu bagi mereka generasi kereta kebal yang berikutnya, PzKpfw III dan kereta kebal PzKpfw IV. Kereta kebal PzIII adalah lebih ringan antara keduanya dan bertujuan bagi kegunaan dalam operasi anti kereta kebal, manakala kereta kebal PzIV yang lebih berat dilengkapi dengan senjata meriam laras pendek dan bertujuan bagi menyokong tentera infantri.

 
Panzer IV Ausf. C

Meriam 37 mm kereta kebal Panzer III dianggap kurang berkuasa, tetapi ia tetap digunakan kerana mementingkan piwaian dengan infantri. Kontrak bagi Zugkraftwagen dikeluarkan lewat 1936. Beratnya dihadkan pada maksima 24 tan, kerana ia perlu mampu melintasi jambatan sedia ada. Kerja pembangunan berterusan sehingga 1938 apabila Ausf D memulakan pengeluaran terhad. Mesin 19 tan ini dikuasai oleh enjin 12 litre 320 hp (239 kW) engine. Ia memiliki kelajuan penuh 25 mph (40 km/h) dan dilengkapi dengan perisai 30 mm sekeliling.

Menjelang meletus perang, sekitar lima puluh buah telah disiapkan dan sesetengah darinya telah berkhidmat di Poland. Pengeluaran penuh tidak bermula sehingga Oktober 1939 sebagai Ausf E. Sekitar 350 PzKpfw IIIs dalam variasi E sedia semasa penjajahan Perancis.

Jepun sunting

 
Whippet Jepun.

Sebagaimana tentera Amerika Syarikat, Tentera Maharaja Jepun (“Imperial Japanese Army – IJA”) tidak memiliki kereta kebalnya sendiri pada Perang Dunia Pertama, dengan itu pada awalnya ia bermula dengan membeli kereta kebal asing bagi penilaian semasa perang Dunia Pertama, dan kemudian mula mengembangkan reka bentuknya sendiri. Selepas Perang Dunia Pertama, beberapa buah kereta kebal Whippet (kemungkinannya enam) telah dieksport ke Jepun,[1] di mana ia kekal berkhidmat sehingga sekitar 1930.[2]

 
Kereta kebal Jepun Jenis 89 I-Go bergerak kea rah Manila, Januari 1942.

Pada tahun 1925,sebagai tambahan kepada kereta bebal kecil, tentera Jepun mula mereka kereta kebal bagi memenuhi keperluannya sendiri. Sebelum tahun itu, sebagaimana kebanyakan negara, kesemua kereta kebal dalam perkhidmatan jepun merupakan reka bentuk asing dan /atau dikilangkan. Kereta kebal reka bentuk Jepun pertama, Jenis 87 Chi-I, dihasilkan pada tahun 1927 di Persenjataan Osaka (“Osaka Arsenal”). Kereta kebal ini standing dengan kereta kebal Vickers Mark C British; Jenis 87 dianggap terlalu perlahan dan berat, dan ia diputuskan bagi mencipta reka bentuk baru. Pihak Jepun merupakan antara yang pertama menggunakan enjin disel dalam sesetengah reka bentuk kereta kebal mereka. Mereka menggunakan kereta kebal ringan dan kereta kebal kecil dengan banyaknya di Manchuria dan China semasa tahun 1930-an.

Kereta kebal Type 89 Chi-Ro adalah lebih ringan (9.8 tan) dan pendek berbanding Jenis 87. Ia memiliki peningkatan perisai (6 hingga 17 mm) dan enjin sejukan air diperelok. Selepas Berjaya dalam ujian awal, Jenis 89 menjadi kereta kebal Jepun pertama yang dihasilkan secara pukal. Kereta kebal Jenis 89 memiliki empat anggota, dan dilengkapi dengan meriam Jenis 90 57 mm dan dua mesingan Jenis 91 6.5 mm.

 
Prototaip pertama kereta kebal Type 95 Ha-Go Jepun, 1934
 
Kereta kebal Jepun Jenis 97 Shinhoto Chi-Ha di Muzium Kelengkapan Tentera Amerika Syarikat.

Pada tahun 1935, Jepun memulakan pengeluaran kereta kebal kecil dan ringan yang baru. Kereta kebal Type 94 seberat 3.4 tan biasanya digunakan sebagai trektor bagi menunda trailer amunisi, atau sebagai kereta kebal peronda/peninjau. Dengan krew dua orang dan mesingan Jenis 91 6.5 mm tunggal, kereta kebal Jenis 94 dihasilkan dalam bilangan yang besar dan melihat penggunaan meluas dalam perkhidmatan selewat 1945. Lebih dua kali ganda lebih besar berbanding kereta kebal Jenis 94 dengan berat 7.4 tan, kereta kebal ringan Type 95 Ha-Go memiliki anggota tiga orang krew, satu mesingan 37 mm dan mesingan Jenis 91 6.5 mm yang sama, dan lebih penting lagi enjin disel yang kemudiannya akan memiliki pengaruh besar pada reka bentuk kereta kebal masa hadapan Tentera Soviet.[3] Lebih seribu kenderaan dibina oleh Mitsubishi, dan pengeluaran berterusan sehingga tahun 1943.

Menjelang 1936 Tentera Jepun mula mencari pengganti bagi kereta kebal Jenis 89. Kereta kebal serdahana baru, kereta kebal serdahana Jenis 97 Chi-Ha, diperkenalkan pada tahun 1937 dan kekal dalam pengeluaran sehingga tahun 1944. Kereta kebal 15.8-tan ini dilengkapi dengan meriam 57 mm halaju rendah dan perisai sehingga ketebalan 33 mm.

Pada tahun 1930-an, merupakan kali terakhir tentera Jepun menumpu pada pengeluaran pada pengeluaran dan reka bentuk kereta kebal. Selepas tempoh tersebut, mereka sibuk dengan menubuhkan penguasaan tentera laut dan tumpuan mereka adalah pada pengeluaran kapal dan kapal terbang. Tambahan lagi, dengan penekanan pada pengembangan ke arah selatan ke kawasan lautan Pasifik, pertempuran darat sebahagian besarnya digantikan oleh perperangan laut, dan dengan itu, dengan pengecualian pulau kecil, merupakan bidang kuasa Tentera laut maharaja Jepun. Dengan berakhirnya Perang Dunia Kedua, dan kemusnahan Tentera laut Maharaja Jepun, tumpuan pada kereta kebal kembali semula ketika tentera jepun bersiap bagi pertahanan tanah air.

Amerika Syarikat sunting

Selepas Perang Dunia Pertama Kor Kereta kebal Amerika Syarikat masih menggunakan reka bentuk British dan Perancis kemudiannya telah diperkecilkan. Kereta kebal Renault dan kereta kebal Liberty Mk VIII yang baru dikekalkan penggunaannya:[4]Akta Pertahanan 1920 menghadkan kereta kebal bagi kegunaan infantry sahaja; mengakibatkan Kor Kerta kebal dibubarkan, dengan baki kereta kebal dibahagi-bahagikan antara infantri.

Pada tahun 1928, di atas permintaan Setiausaha Perang Dwight F. Davis, pihak Tentera membentuk Brigade Mekanisma Ujian. Ia terdiri dari batalion kereta kebal berat, batalion kereta kebal ringan, batalion infatri bermotor, batalion artileri bermotor,kompeni jurutera, dan kompeni pengisyarat. Akibat dari penggunaan peralatan lapuk, ujian itu gagal dan pasukan tersebut dibubarkan selepas tiga bulan.

 
Kereta tempur M1.

Pada tahun 1934–35, dengan permintaan Kalavari, tiga kereta kebal prototaip, T2, T2E1, dan T2E2 dihasilkan. Di bawah syarat Akta Pertahanan 1920,kereta kebal dihadkan pada unit infantri. Bagi mengelakkan Akta Pertahanan, kereta kebal ini digelar "kereta tempur ".Siri M1 mula berkhidmat pada tahun 1937. T2,diilhamkan oleh Vickers 6-Tan British,dipiawikan sebagai kereta tempur M1. T2E1,kereta kebal turet tunggal dilengkapi dengan tiga mesingan, diselaraskan sebagai M2A1. T2E2, kereta kebal turet berkembar dengan dua mesingan, diselaraskan sebagai M2A2.

 
Kereta kebal M2.

Sepanjang tempoh antara perang Amerika Syarikat hanya menghasilkan beberapa ratus kereta kebal. Dari akhir Perang Dunia Kedua hingga 1935, hanya 15 kereta kebal dihasilkan. Kebanyakannya dihasilkan atau rekaan asing atau reka bentuk peribadi berkualiti rendah. Reka bentuk Christie antara yang menonjol tetapi Tentera Amerika Syarikat hanya membeli tiga kereta kebal Christies dan tidak menyusul idea tersebut lebih lanjut. Kekangan belanjawan dan tiada kepentingan diberikan kepada Tentera bererti hanya ada sedikit sumber bagi membina kereta kebal. Tentera Amerika Syarikat sebaliknya membangunkan dan menguji komponen kereta kebal seperti system gantungan, trek dan transmisi. Ini membawa pulangan yang baik apabila pengeluaran perlu dimulakan apabila meletus perang.

Tidak lama sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua, kereta kebal Amerika Syarikat dan pihak Berikat lain menggunakan enjin jenis kapal terbang radial. Bagaimanapun, pengeluaran kapal terbang besar-besaran menyebabkan kekurangan enjin sedemikian. Disebabkan ini, banyak kereta kebal, terutamanya kereta kebal M4 Sherman dan kereta kebal M3 Lee, menggunakan sebanyak lima jenis aturan logi kuasa berlainan. Tambahan kepada enjin radial Wright dan Continental, mereka menggunakan enjin disel Ford V8, lori GM, dan Chrysler A57 multibank (aturan lima enjin kereta 6-silinder yangberoperasi sebagai satu enjin). Selepas perang, enjin lori jenis disel menggantikan enjin radial yang menggunakan petrol.

Yang lain sunting

 
Polish Vickers E.
 
Kereta kebal Poland 7 TP.

Banyak Negara yang inginkan kereta kebal tetapi tidak mampu mereka atau membina kereta kebal mereka sendiri. Tahun 1920-an dan 1930-an melihat perniagaan eksport meluas ketika Negara lebih kecil atau kurang keupayaan pengilangan membeli kereta kebal dari luar negara. Kadang kala, kereta kebal import asing mendorong kepada kelahiran industri kereta kebal Negara pengimport.

Poland mengimport kereta kebal Vickers Six-Ton British dan memulakan pengeluaran model dipertingkat. Kemuncak program penambahbaikan ini adalah kereta kebal 7TP, yang bercirikan enjin disel dan meriam 37 mm. Poland turut menghasilkan kereta kebal kecil siri TKS, menyapai konsep pembawa mesingan Vickers-Carden-Lloyd buatan Britain dan UE dari Perancis. Kenderaan ini memiliki dua kakitangan, perisai nipis, dan mesingan tenggekan bebola tunggal.

Czechoslovakia menghasilkan beberapa jenis kereta kebal ringan. Secara umumnya reka bentuk Czech amat boleh diharap dari segi mekanikal dan setanding dari segi nilai tempur berbanding kereta kebal ringan yang lain. Kereta kebal kecil CKD dilengkapi senjata dengan mesingan berkembar dan digunaklan dalam pertempuran Perang Dunia Kedua di Perbatasan Timur. Kereta kebal Panzerkampfwagen 35(t) merupakan kereta kebal ringan dengan meriam 37 mm dan mesingan berkembar. 434 buah kereta kebal Panzerkampfwagen 35(t) telah dibina sebelum tentera Czechoslovak dibubarkan; pengeluaran diteruskan selepas pendudukan Jerman. Kereta kebal tersebut diterima pakai dalam perkhidmatan Jerman dan digunakan dalam Pertempuran Perancis dan di Perbatasan Timur oleh unit Jerman, Slovakian dan Romania. Kereta kebal ringan Panzer 38(t) yang lebih maju turut digunakan dalam bilangan yang besar oleh kuasa lain. Hampir suku dari kereta kebal yang digunakan oleh tentera Jerman semasa Operasi Barbarossa merupakan keluaran Czech. Kedua-dua kenderaan ini digunakan sebagai pengganti kereta kebal Panzer III tetapi bukanlah setanding. Kereta kebal 38(t), terutamanya, membentuk asas bagi beberapa meriam gerak sendiri yang penting.

Turki mengimport kereta kebal Soviet T-26 dan beberapa kereta kebal T-28 tetapi tidak memulakan siri pengeluaran sebarang kereta kebal.

 
Kereta kebal ringan Landswerk L/60 Sweden
 
Kereta kebal ringan Toldi Hungary berdasarkan kereta kebal Sweden's L/60

Syarikat Landswerk dari Sweden telah mereka beberapa kereta kebal ringan yang maju, termasuk kereta kebal L/60 bersenjatakan meriam 20 mm, yang turut memiliki pembinaan kimpalan dan perisai bercerun. L/60 diterima guna sebagai kereta kebal ringan Toldi oleh Hungary. Dengan meriam 20 mmnya ia secara kasarnya setanding dengan kereta kebal Panzer II Jerman atau kereta kebal T-60 Soviet. L/60 turut merupakan kerangka pada mana meriam anti keretakebal gerak sendiri Landswerk dibina. Although direka sebagai pemusnah kereta kebal, kenderaan tersebut memasuki perkhidmatan dengan pasukan Hungary di Perbatasan Timur sebagai meriam anti pesawat gerak sendiri di bawah nama "Nimrod." Enam digunakan oleh Finland selepas tahun 1942.

Hungary menghasilkan kereta kebal Toldi termasuk juga kereta kebal serdahana, kereta kebal Turan. Kereta kebal Turan I berasaskan system gantungan Czech 35(t), memiliki pembinaan petri, dan meriam 40 mm. Turan II berikutnya memiliki meriam 75 mm. Semasa Perang Dunia Kedua, kereta kebal ini diperkukuh dengan beberapa dozen kenderaan Jerman yang diimport.

Latvia dan Lithuania mengimport beberapa kenderaan ringan seperti kereta kebal ringan Vickers-Carden-Lloyd, FT-17, dan Six-Tonners.

 
Gambaran dekat Kereta kebal CV-35-L3/35 Itali di Balkans.

Romania mengimport beberapa kereta kebal ringan R-35 dari Perancis, termasuk juga kereta kebal Panzer 35(t)s.

Itali turut mengimport kereta kebal FT-17 Perancis dan menghasilkan klon yang dipertingkatkan sedikit, kereta kebal Fiat 3000. Reka bentuk tempatan Itali adalah kereta kebal L6/40, kereta kebal ringan amat kecil dengan meriam Breda 20 mm dan pembinaan kimpalan. Kereta kebal ringan lebih baik, berasaskan Vickers Six-Tonner, adalah siri M-11-M13. Kereta kebal ini memiliki meriam 47 mm yang amat baik, tetapi perisai amat nipis. Itali turut menghasilkan sejumlah besar kereta kebal kecil CV-33 dan kereta kebal kecil CV-35 berdasarkan konsep Vickers-Carden-Lloyd.

Di Amerika Latin, perperangan pertama di mana kereta kebal digunakan adalah Perang Chaco antara Bolivia dan Paraguay, di mana Bolivia menggunakan sejumlah kecil kereta kebal dan kereta kebal kecil British, sementara yang berikutnya tidak memiliki kereta kebal sama sekali.

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Chris Ellis and Peter Chamberlain (1972). Medium Tanks Marks A to D (Profile Publications Ltd, Great Bookham), p.9
  2. ^ Crow, p.2.
  3. ^ Zaloga (2007) p. 15
  4. ^ [ http://www.ftmeade.army.mil/Museum/Exhibit_MarkVIII_Tank.html Diarkibkan 2008-09-29 di Wayback Machine Exhibit_MarkVIII_Tank]

Rujukan sunting

  • Steven J. Zaloga and James Grandsen. Soviet Tanks and Combat Vehicles of World War Two, 1984. Arms and Armour Press, London. ISBN 0-85368-606-8.
  • Zaloga, Steven J. Japanese Tanks 1939-45. Osprey 2007. ISBN 978-1-84603-091-8.

Templat:Interwar tanks