Kerjasama Serantau Persisiran Lautan Hindi

Kerjasama Serantau Persisiran Lautan Hindi (IOR-ARC) ditubuhkan pada 7 Mac 1997 di Mauritius.Kerjasama ini meliputi 20 juta kilometer persegi dengan penduduk 1.9 bilion.

18 buah negara persisiran Lautan Hindi terlibat iaitu Afrika Selatan, Australia, Bangladesh, Emiriah Arab Bersatu, India, Indonesia, Iran, Kenya, Madagascar, Malaysia, Mauritius, Mozambique, Oman, Singapura, Sri Lanka, Tanzania, Thailand dan Yaman.

Tujuan IOR-ARC ialah menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan serantau dan negara-negara anggota yang seimbang.

Antara agenda mesyuarat ialah:

  • Perlanunan di Selat Aden
  • Unit Sokongan Perikanan
  • Majlis Pengangkutan Maritim
  • Pusat Sains dan Pemindahan Teknologi Serantau
  • Dana Khas IOR-ARC
  • Piagam IOR-ARC
  • Pembiayaan Sekretariat IOR-ARC.

Mesyuarat IOR-ARC ke-9 sunting

Pada 25 Jun 2009, Mesyuarat IOR-ARC ke-9 diadakan di bandar Sana'a, Yemen. Ketua delegasi Malaysia ialah Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay . Turut serta ialah para pegawai kanan kementerian, ahli akademik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan seorang pegawai eksekutif daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.[1]

Rujukan sunting