Kermit The Frog ialah watak Muppet ciptaan Jim Henson yang paling terkemuka sekali. Semenjak diperkenalkan pada tahun 1955, boneka katak ini memainkan peranan protagonis utama dalam pelbagai projek Muppet. Kermit didalangi oleh Henson sehingga beliau meinggal dunia pada tahun 1990. Semenjak itu, Kermit didalangi oleh Steve Whitmire. Dia juga disuarakan oleh Frank Welker dalam siri animasi Muppet Babies dan beberapa projek animasi lain. Rupa dan suara Kermit mempesona seluruh dunia, hinggakan pada tahun 2006, watak ini dihargai sebagai pengarang buku Before You Leap: a frog's eye view of life's greatest lessons, iaitu karya "autobiografi" yang diceritakan dari perspektif watak ini sendiri, terbitan syarikat Wiley, John & Sons, Incorporated, di samping banyak membuat penampilan dalam sketsa Sesame Street, iklan dan pesanan khidmat masyarakat selama ini. Kermit menjadikan Fozzie Bear sebagai sahabat paling akrabnya, seperti yang dicatatkan dalam buku Before You Leap; mereka berdua sentiasa dilihat berdampingan ketika melakukan sketsa dalam The Muppet Show dan media-media Muppets yang lain. Kermit pandai menyanyi, lebih-lebih lagi pernah merakam single hit berjudul "The Rainbow Connection" pada 1970-an, yang diterapkan dalam runtu bunyi filem cetera pertama Muppets, iaitu The Muppet Movie.

Kermit the Frog
Kemunculan pertama 1955-1961 dalam Sam and Friends
10 November 1969 dalam Sesame Street
27 September 1976 dalam The Muppet Show
Dicipta oleh Jim Henson
Informasi
JantinaJantan

Filmografi sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

IMDB