Kerna Syurga Bukan Percuma (novel)

Kerna Syurga Bukan Percuma ialah sebuah novel 2016 oleh penulis novel Malaysia, Najmi Fetih, terbitan Tarbiah Sentap.[1] Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh Astro Oasis pada 2017.[2]

Kerna Syurga Bukan Percuma
Umum
PengarangNajmi Fetih
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreKeagamaan
Penerbitan
PenerbitTarbiah Sentap
Tarikh penerbitan
2016
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman340
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789671404812

Sinopsis sunting

“Takkan nak ngorat awek tengah-tengah jalan kot bro? ni set-set tudung labuh pun kau minat?” tanya Khai. “Bukan Khai.. Ni haaa dua perempuan pakai khemah atas kepala ni rasa dah besar sangat nak tegur aku. Hahahaha.” Gelak Is kuat, diikuti Hanif.

“Eh kau cakap baik sikit eh? Siapa yang kau cakap pakai khemah atas kepala?” marah Solehah. Darahnya naik setelah diperli sedemikian rupa.

“Takkan sebab tu je kau nak buang masa bergaduh dengan dua budak tak matang ni Is? Hanif? Come on la.” Kata Khai sambal menepuk bahu kedua-dua kawannya itu. Khairul Rafeeq. Ya, mungkin melihat pada barannya dia seakan bukan manusia. Tapi satu; baginya perempuan bukan untuk dikasari.

Orang selalu mengambil alih kerja Tuhan. Lantas, Khai dihukum Neraka oleh manusia yang memandangnya dengan penuh hina. Hidayah, kerja Tuhan. Kita hamba, wajib percaya. Mudahnya menghukum, padahal kita perut tak pernah kosong. Selalu memaki, lupa bahawa aib sendiri bergunung tinggi. Manusia tak jahat, it is the dasa that makes the poison. Pain – changes people. “Kerana Syurga bukan percuma. Sebab tu kena usaha.” – Khai.

Adaptasi sunting

Pada tahun 2017, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Raihana bermula 6 November 2017 di Astro Oasis, dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Fadzil Zahari, Syatilla Melvin, Fendy Bakry dan Elfira Loy.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Najmi Fetih (2016). Kerna Syurga Bukan Percuma. Tarbiah Sentap. ISBN 9789671404812.
  2. ^ Kerna Syurga Bukan Percuma by Najmi Fetih Goodreads. Dicapai pada 8 Februari 2018.
  3. ^ Drama Drama Kerna Syurga Bukan Percuma (Astro Oasis) My Info Taip (5 November 2017). Dicapai pada 8 Februari 2020.