Kertas

helaian nipis yang digunakan untuk menulis, melukis, mencetak, atau membungkus

Kertas (Jawi: كرتس atau قرطاس‎; pinjaman Arab: قَرْطَاس, rumi: qarṭās) ialah bahan nipis dan rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian. Biasanya gentian yang digunakan merupakan gentian semula jadi dan berasaskan selulosa. Bahan paling biasa digunakan ialah pulpa kayu daripada pokok kayu pulpa (kebanyakannya kayu lembut) seperti spruce, akan tetapi bahan gentian sayuran lain termasuk kapas, linen, dan hem boleh digunakan.

Sekeping kertas

Timbunan 500 keping kertas dipanggil rim (ream). Tepi helaian kertas mampu bertindak sebagai gergaji halus dan nipis hingga menyebabkan luka.

Penghasilan sunting

 
Kilang kertas International Paper Company, terletak di Georgetown, Carolina Selatan

Sama ada dihasilkan dengan tangan atau dengan mesin, proses menghasilkan kertas membabitkan tiga langkah mudah:

Penyediaan gentian sunting

Bahan yang digunakan bagi menghasilkan kertas dihancurkan menjadi pulpa, campuran gentian pekat terampai dalam cecair. Oleh kerana kebanyakan gentian ini dihasilkan daripada sumber semula jadi, proses ini membabitkan langkah pembasuhan dan pengasingan. Apabila gentian telah dihasilkan, ia akan diluntur atau diwarnakan bagi menukar gambaran barangan akhir.

Dibentuk menjadi kepingan sunting

Campuran pulpa kemudiannya dicairkan dengan air menjadikan ampaian cair. Ampaian cair ini ditapis melalui tapisan bergerak nipis untuk membentuk jaringan bergentian. Tera air boleh ditekan kepada kertas pada tahap ini. Jaringan bergerak ini ditekan dan dikeringkan menjadi golongan kertas panjang.

Dalam proses penggunaan acuan, sejumlah pulpa dibentukkan, dengan asas berjaring (atau sebarang peranti penapis lain), dengan itu gentian tertinggal selapis atas jaring dan air berlebihan akan dikeringkan. Pada masa ini, tekanan boleh dikenakan bagi menghilangkan air melalui tindakan tekanan. Kertas kemudiannya boleh dikeluarkan dari acuan semasa basah atau kering untuk diproses lebih lanjut.

Kebanyakan kertas dihasilkan dengan menggunakan proses berterusan (Fourdrinier) untuk membentuk gelungan atau jaringan. Apabila dikeringkan, jaringan berterusan ini boleh dipotong menjadi kepingan bersegi dengan memotongnya pada saiz yang diingini. Saiz kertas piawaian ditetapkan oleh badan penyelaras seperti Organisasi Piawaian Sejagat (International Organization for Standardization) (ISO).

Pengeringan sunting

Kertas mungkin akan dikeringkan beberapa kali semasa pengilangan (kertas kering lebih kukuh berbanding kertas basah, dengan itu lebih baik dikekalkan kertas kering untuk menghalangnya putus dan menghentikan baris pengeluaran). Kadangkala kertas masih putus bila mana ia akan ditukar menjadi pulpa dan diproses semula.

Kegunaan sunting

 
Pemotong kertas

Dalam kes sedemikian, salinan yang tidak dapat dibezakan daripada yang tulen sukar dibuat bagi mengelakkan salah guna.

Dokumen rasmi dan penyata persendirian yang dihasilkan dengan menggunakan komputer akan diletakkan ke dalam sampul surat berlainan oleh "mesin bursting".

Kertas bercetak boleh dijilidkan untuk menghasilkan buku, risalah, majalah, akhbar, dan sebagainya. Fail komputer dalam cakera keras (dicapai dari dekat atau jauh melalui internet), CD-ROM, cakera pula boleh ditukarkan kepada dokumen kertas dengan mencetak menggunakan mesin yang khusus. Yang sebaliknya boleh dilakukan dengan menggunakan pengimbas, dan diikuti oleh pengecaman huruf optik (optical character recognition) atau OCR.

Sejarah sunting

Kertas dalam bahasa Melayu dipinjam daripada perkataan bahasa Arab iaitu قَرْطَاس (qarṭās). Dalam bahasa Inggeris pula, paper diambil daripada bahan penulisan Mesir silam yang dikenali sebagai papirus, yang dijalin daripada pokok papirus. Papirus dihasilkan seawal 3000 SM di Mesir, dan kemudiannya dalam tamadun-tamadun Yunani dan Rom Purba. Lebih ke utara, parchment atau velum yang diperbuat daripada kulit biri-biri atau kulit anak kambing menggantikan papirus yang memerlukan keadaan cuaca sub-tropika untuk tumbuh. Di China, dokumen biasa ditulis di atas kepingan buluh, menjadikan ia sangat berat untuk dipindahkan. Kadang-kala sutera digunakan, tetapi biasanya terlampau mahal untuk digunakan secara meluas. Kebanyakan bahan di atas jarang didapati dan mahal harganya.

Pegawai istana China, Cai Lun menggambarkan kaedah penghasilan kertas moden pada 105 M; dia merupakan orang pertama menyebut kaedah menghasilkan kertas daripada cebisan kapas.

Sumber lain meletakkan penciptaan kertas di China pada 150 SM. Ia merebak dengan perlahan di luar China; kebudayaan Asia Timur lain, walaupun setelah mengunakan kertas, tidak dapat memikirkan dengan sendiri bagaimana menghasilkannya; arahan mengenai proses penghasilan diperlukan, dan orang-orang China enggan berkongsi rahsia. Teknologi ini pertama sekali dipindahkan ke Korea pada 600 dan kemudian disebarkan ke Jepun oleh paderi Buddha Korea, Dam Jing, pada tahun 625, di mana gentian (dipanggil bast) daripada pokok mulberi digunakan. Selepas perdagangan dan kekalahan China dalam Pertempuran Talas, ciptaan kertas tersebar ke Timur Tengah, di mana ia digunakan di India dan kemudiannya oleh orang-orang Itali sekitar abad ke-13. Mereka menggunakan gentian hem dan cebisan linen. Masyarakat pulau Jawa pula menggunakan kulit kayu pokok jeluang yang disiat-siat dan ditumbuk nipis menjadi bahan tulisan serupa.

Sesetengah sejarawan meramalkan bahawa kertas merupakan unsur utama dalam kemajuan kebudayaan sejagat. Menurut teori ini, kebudayaan China kurang maju berbanding Barat pada masa silam kerana buluh (walaupun buluh digunakan secara utamanya di China kerana tumbuhan tersebut buluh banyak didapati di sana dan bukannya kerana kemajuan sains) ialah bahan penulisan yang sukar digunakan berbanding papirus; kebudayaan China maju semasa Dinasti Han dan abad berikutnya disebabkan ciptaan kertas; dan kemajuan Eropah semasa Zaman Pembaharuan disebabkan pengenalan kertas dan mesin cetak.

Kertas kekal sebagai bahan mewah sepanjang abad, sehingga kedatangan mesin pembuat kertas berkuasa wap pada abad ke-19, yang mampu menghasilkan kertas dengan gentian daripada habuk kayu. Walaupun mesin lebih awal telahpun dicipta, mesin pembuat kertas Fourdrinier menjadi asas kepada kebanyakan pembuat kertas moden. Bersama dengan penciptaan pen berdakwat yang praktikal dan pensil yang dihasilkan secara pukal pada masa yang sama, dan bersama dengan mesin cetak berputar berkuasa wap, kertas berasaskan kayu mendorong perubahan utama ekonomi dan masyarakat abad ke-19 di negara industri. Sebelum era ini, buku atau akhbar merupakan objek mewah yang jarang dan buta huruf merupakan kebiasaan bagi kebanyakan orang. Dengan pengenalan beransur kertas murah, buku sekolah, cereka dan bukan cereka, dan akhbar perlahan-lahan mudah didapati oleh kesemua ahli masyarakat pengilangan. Kertas murah berasaskan kayu juga bererti menyimpan diari persendirian atau menulis surat bukan lagi hanya untuk segolongan tertentu dalam masyarakat yang sama. Pekerja pejabat atau pekerja kolar putih perlahan-lahan lahir daripada perubahan ini, yang dianggap sebagai sebahagian revolusi pengilangan.

Malangnya, kertas berasaskan kayu lebih berasid dan cenderung untuk berkecai apabila lama disimpan. Dokumen bertulis di atas kertas cebisan (rag) mahal lebih stabil. Kebanyakan penerbit buku moden sekarang ini menggunakan kertas bebas asid.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting