Pada Januari 1946, selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua, pihak British telah kembali semula ke Tanah Melayu. Dengan kedatangan kali ini, British mahu melakukan beberapa perubahan kepada Tanah Melayu, dalam konteks ini, ialah pentadbiran. Pada 22 Januari 1946, satu "White Paper" atau "Kertas Putih" telah disiarkan dalam akhbar kerajaan. Kertas Putih ini memaparkan dasar-dasar yang menjadi kandungan dalam Malayan Union.

Apabila Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua, pihak British telah datang semula ke Tanah Melayu. Kedatangan kali ini, pihak British ingin memperkenalkan beberapa perubahan di dalam pentadbiran. Pada hari ini, 22 Januari 1946, satu white paper telah disiarkan dalam warta kerajaan. Rancangan ini dikenali dengan White Paper cmd 6724. White Paper ini membentangkan dasar-dasar yang terkandung dalam Malayan Union.

Pentadbiran Tanah Melayu akan dikendalikan oleh seorang gabenor akan dibantu oleh dua Majlis iaitu Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Mesyuarat Kerja. Selain daripada itu, gabenor akan dibantu oleh sebuah badan penasihat yang terdiri daripada berbagai-bagai bangsa yang dilantik oleh beliau sendiri. Raja-raja Melayu hanyalah mempunyai kuasa dalam adat istiadat dan agama Islam sahaja. Dalam kedua-dua Majlis Gabenor mempunyai kuasa penuh.

Ekoran daripada cadangan ini, ianya telah ditentang hebat oleh orang-orang Melayu, melalui parti-parti politik khususnya Parti UMNO. Akhirnya pada tahun 1948, Malayan Union telah dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.


Sumber: https://pekhabar.com/h-i-d-s-white-paper-malayan-union-diterbitkan/Ralat petik: 'Tag <ref> tidak sah; rujukan tanpa nama mestilah mempunyai kandungan