Kertas surih merupakan jenis kertas berkelegapan rendah yang membenarkan cahaya melaluinya. Ia dahulu dihasilkan untuk kegunaan jurubina dan jurutera reka bentuk menghasilkan lukisan yang boleh disalin dengan teliti dan tepat menggunakan proses penyalinan tertentu (speerti proses salinan diazo, namun kemudiannya merebaak pemakaiannya dalam tujuan lain.

Contoh kertas surih yang dilekapkan pada permukaan yang pelbagai.
Segulung kertas surih

Kertas yang legap rendah ini begitu tumpat serta cenderung menyerap lembapan dalam persekitaran sekeklilingnya. Mutunya tidak terjejas daripada terkena minyak, gris malah juga air dan gas.[1]

Penghasilan sunting

Ketelusan kertas dihasilkan melalui pemilihan bahan mentah (biasanya daripada spesies kayu atau kapas) serta proses yang teliti untuk mengurangkan kelegapan kertas. Gentian selulosa tulen bersifat lutcahaya - udara yang terperangkap dalam jalinan gentian menjadikannya tampak legap dan putih,[1] maka bahan mentah perlu dibersihkan dan dipukul sehingga kesemua udara dapat dikeluarkan lalu mengurangkan kelegapan produk akhir; sama ada melalui kaedah mekanikal mahupun perendaman kimia (biasanya menggunakan asid sulfurik).[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "How is paper made translucent (grease proof, tracing paper)?". PaperOnWeb.
  2. ^ "Frequently Asked Questions | Arjoqiggins Creative Papers". arjowiggins-tracingpapers.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-16. Dicapai pada 2018-06-19.

Pautan luar sunting