Kertau hitam (nama botani: Morus nigra)[1] ialah spesies tumbuhan berbunga jenis kertau dalam keluarga Moraceae yang tumbuh asal dari Asia barat daya dan Semenanjung Iberia, ia telah ditanam sekian lama sehingga taburan semula jadinya tidak diketahui dengan tepat.[2]

Kertau hitam
Plat dari buku: Flora Jerman, Austria, dan Switzerland (1885)
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
M. nigra
Nama binomial
Morus nigra
Kertau, mentah
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 180 kJ (43 kcal)
Karbohidrat 9.8 g
- Gula 8.1
- Serabut diet 1.7 g
Lemak 0.39 g
- tepu 0.27 g
- monotaktepu 0.041 g
- politaktepu 0.207 g
Protein 1.44 g
Vitamin A setara 1 μg (0%)
Vitamin A 25 IU
Tiamina (vit. B1) 0.029 mg (3%)
Riboflavin (vit. B2) 0.101 mg (8%)
Niasin (vit. B3) 0.62 mg (4%)
Vitamin B6 0.05 mg (4%)
Folat (vit. B9) 6 μg (2%)
Kolina 12.3 mg (3%)
Vitamin C 36.4 mg (44%)
Vitamin E 0.87 mg (6%)
Vitamin K 7.8 μg (7%)
Kalsium 39 mg (4%)
Besi 1.85 mg (14%)
Magnesium 18 mg (5%)
Fosforus 38 mg (5%)
Kalium 194 mg (4%)
Natrium 10 mg (1%)
Zink 0.12 mg (1%)
Pautan ke masukan Pangkalan Data USDA
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Kertau ini terkenal dengan bilangan kromosomnya yang besar; ia mempunyai 308 (44x ploidi) kromosom.[3]

Botani sunting

Pokok spesies berdaun luruh yang tumbuh hingga 12 meter (39 kaki) setinggi 15 m (49 ka) luas. Helai daunnya 10-20 sm panjang dan 6-10 sm lebar luas – sehingga 23 cm (9 in) panjang pada pucuk yang kuat, berbulu halus di bahagian bawah, permukaan atasnya kasar dengan rambut yang sangat pendek dan kaku. Kertau ini boleh dibezakan daripada spesies-spesies kertau lain dengan permukaan bawah daunnya yang berbulu seragam.[4]

Buahnya drup kecil yang menggugus, setiap biji buahnya berdiamater 2.5 sm.[5] Ia berwarna ungu tua atau hampir hitam apabila masak,[5] warna buah ini berasal daripada antosianin.[6] Buah kertau hitam kaya dengan perisa serupa dengan rasa kertau merah (Morus rubra) dan bukannya seperti rasa buah kertau putih yang lebih hambar (Morus alba).

Penanaman sunting

Spesies kertau ini dipercayai berasal dari kawasan pergunungan Mesopotamia dan Parsi (iaitu tanah tinggi Armenia). Kertau hitam ditanam, dan sering dinaturalisasikan di arah barat merentasi sebahagian besar Eropah, termasuk Ukraine, dan timur ke China. Kini ia tersebar luas di seluruh Armenia, Afghanistan, Iraq, Iran, India, Pakistan, Syria, Lubnan, Jordan, Palestin, Israel, dan Turki.

Kertau hitam telah diimport ke Britain pada abad ke-17 dengan harapan ia berguna dalam menternak ulat sutera. Rancangan tersebut tidak berjaya kerana ulat sutera lebih suka kertau putih. Walau bagaimanapun, penanaman telah meninggalkan warisan pokok besar dan tua di banyak taman rumah desa dan ia telah disenaraikan dalam Anugerah Merit Taman Persatuan Hortikultur Diraja sehingga 2013.

Di Eropah, pokok-pokok kertau hitam yang paling lebat boleh ditemui di ladang anggur Pukanec di Slovakia,[7] ladang itu mengandungi 470 pokok kertau hitam.

Kegunaan sunting

Buah kertau boleh dimakan[5] dan pokok-pokoknya telah lama ditanam untuk sifat ini. Selalunya, jem dan serbet dibuat daripada buah-buahan di rantau ini.

Ia banyak digunakan dalam perubatan tradisional, terutamanya dalam rawatan kurap.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Morus nigra". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 21 Disember 2017.
  2. ^ RHS A-Z encyclopedia of garden plants. United Kingdom: Dorling Kindersley. 2008. m/s. 1136. ISBN 978-1405332965.
  3. ^ Zeng, Q; Chen, H (2015). "Definition of Eight Mulberry Species in the Genus Morus by Internal Transcribed Spacer-Based Phylogeny". PLOS ONE. 10 (8): e0135411. Bibcode:2015PLoSO..1035411Z. doi:10.1371/journal.pone.0135411. PMC 4534381. PMID 26266951.
  4. ^ Nelson, G.; Earle, C.J.; Spellenberg, R.; More, D.; Hughes, A.K. (2014). Trees of Eastern North America. Princeton University Press. m/s. 408. ISBN 9781400852994.
  5. ^ a b c "Morus nigra - L." PFAF Plant Database. Plants for a Future. Dicapai pada 15 Mei 2022.
  6. ^ Duke, James A. (1983). "Morus alba L., Moraceae: White mulberry, Russian mulberry, Silkworm mulberry, Moral blanco". Handbook of Energy Crops. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2012. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  7. ^ Kristbergsson, K.; Ötles, S. (2016). Functional Properties of Traditional Foods. Springer. m/s. 211. ISBN 9781489976628.

Pautan luar sunting