Kes Usikan Pepasangan Meter (KUPM)

Kes Usikan Pepasangan Meter atau juga dikenali dengan nama Kes Kecurian Elektrik (KKE) dan Kes Kecurian Arus (KKA) mempunyai beberapa kategori antaranya:-

  1. Mengubahsuai keadaan fizikal meter samada diluar penutup meter mahupun dalaman meter elektrik (kebiasaan gangguan pada komponen-komponen elektronik pada litar perisian meter elektronik / digital).
  2. Sengaja merosakkan meter seperti mengecat meter sehingga tidak mampu melihatkan bacaan penggunaan.
  3. Menganggu pergerakkan bacaan dial meter (meter elektromekanikal).
  4. Sengaja memecahkan penutup meter.
  5. Melubangkan penutup meter untuk meletakkan bendasing bagi menahan pergerakkan ceper (bagi meter elektromekanikal).
  6. Menerbalikkan sambungan wayar masukan dan wayar keluaran di terminal meter elektrik.
  7. Tindakan membuat sambungan terus tanpa melalui meter atau pintasan pada sistem pendawaian sebelum meter elektrik.
Pendawaian haram pada pencawang elektrik SESB yang dipercayai dilakukan oleh penghuni setinggan berhampiran.
Pemasangan meter elektrik, fius utama serta penyambung neutral dipaterikan untuk mencegah kecurian elektrik.

Kesan dari tindakan di atas (dalam bidang tanggung jawab syarikat pembekal tenaga), pengguna / wakil pengguna boleh dituduh dengan niat untuk memperoleh bekalan elektrik sama ada domestik, komersial, perdagangan atau pertanian dengan hasil kos pembayaran bil tidak direkodkan dengan bacaan sebenar kepada syarikat pembekal tenaga elektrik tersebut kerana meter sedia ada gagal merekodkan bacaan yang betul bagi penggunaan tenaga (kwj) yang sebenar. Sebarang penyambungan pada sistem pendawaian elektrik yang dilakukan selepas meter elektrik tidak dianggap sebagai kecurian elektrik, memandangkan peralatan elektrik yang memperoleh punca kuasa daripada sambungan tersebut turut dikira oleh meter elektrik serta dibilkan.

Kegiatan kecurian elektrik atau kini dikenali sebagai Kes Usikan Pepasangan Meter (KUPM) dianggap satu bentuk menyalahi undang-undang di Malaysia kerana kegiatan ini menyebabkan syarikat pembekal tenaga elektrik mengalami kerugian apabila tidak memperoleh hasil pulangan daripada penjanaan elektrik dan penghantaran elektrik yang memerlukan kos operasi yang tinggi. Selain itu, daripada mengakibatkan kerugian kepada syarikat pembekal tenaga, kegiatan kecurian elektrik juga turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik di premis tersebut yang boleh menakibatkan kejadian litar pintas yang boleh menyebabkan suatu premis boleh terbakar serta mendedahkan kepada pengguna tentang risiko terkena renjatan elektrik yang serius sehingga boleh membawa maut. Kes-kes kecurian elektrik sering berlaku pada pengguna bagi aektor domestik, komersial, industri mahupun pertanian.[1]

Pemasangan meter elektrik satu fasa, tiga fasa dan pengguna kuasa besar (Large Power Consumer), mewajibkan untuk dimaterikan (sil) oleh syarikat pembekal tenaga untuk mencegah kecurian elektrik. Hanya pekerja yang ditauliahkan sahaja yang dibenarkan untuk membuka materi (sil) tersebut untuk menggantikan meter yang rosak, meter yang diusik ataupun semasa memotong bekalan elektrik. Oleh itu, pengguna yang menanggalkan materi (sil) tersebut boleh dituduh mengusik pepasangan elektrik, walaupun tanpa mengganggu sambungan pendawaian pada bahagian bekalan sebelum masuk ke dalam premis pengguna.

Penalti sunting

Berdasarkan tindakan melakukan pengusikan pepasangan meter milik TNB, suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta) seperti berikut:

  • Subseksyen 37 (1)
  1. Mengganggu atau melaraskan apa-apa pepasangan atau menjual apa-apa kelengkapan sehingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan bahaya kepada nyawa atau anggota badan manusia atau kerosakan pada mana-mana kelengkapan atau harta lain.
  • Subseksyen 37 (3)
  1. Mengikut apa-apa cara dengan curang:-

(a) Mengambil tenaga.

(b) Mengguna habis tenaga.

(c) Mengguna tenaga.

(d) Mengubah pinda indeks apa-apa meter atau alat yang digunakan di atas atau berkaitan dengan apa-apa pepasangan mana-mana pepasangan berlesen untuk merekodkan keluaran atau penggunahabisan tenaga atau

(e) Mengahalang apa-apa meter atau alat sedemikian daripada merekodkan dengan sempurnanya keluaran atau penggunahabisan tenaga.

  • Subseksyen 37 (14)
  1. Merosakkan apa-apa meter atau alat lain yang digunakan atas atau berkaitan dengan mana-mana pepasangan berlesen bagi merekodkan keluaran atau penggunahabisan tenaga.

Syarikat pembekal tenaga atau pemegang lesen akan memberikan notis pemotongan bekalan elektrik satu bulan selepas kes kecurian direkodkan di premis tersebut mengikut peraturan di bawah subseksyen 38 (1) sehingga tuntutan kerugian atau dikenali sebagai amaun terkurang caj (Letter On Demand) dan perbelanjaan kos operasi di bayar oleh pengguna yang melakukan kegiatan pengusikan tersebut. [2]

Tindakan Pencegahan sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Mohd Izham Unnip Abdullah (2010-10-25). "Setinggan curi elektrik". Berita Harian. Dicapai pada 2011-5-4. Check date values in: |accessdate= (bantuan)[pautan mati kekal]
  2. ^ https://www.tnb.com.my/faq/bm-penggantian-meter-disebabkan-usikan-meter/

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.