Kesan Leidenfrost [lai-dĕn-frost] ialah suatu fenomena yang berlaku apabila cecair yang berdekatan dengan suatu permukaan pejal yang bersuhu lebih panas daripada takat didih cecair tersebut lalu membentuk suatu lapisan wap yang mengelakkan titisan tersebut daripada mendidih secara mendadak. Perkara ini boleh diperhatikan dengan merenjis air pada permukaan kuali yang dipanaskan pada takat tertentu ("takat Leidenfrost") lalu renjisan tersebut menggelincir di atas permukaan tersebut buat seketika kerana adanya lapisan wap ini sebelum menyejat, tidak seperti sifat penyejatan cecair yang biasa.

Fenomena ini dinamakan sempena Johann Gottlob Leidenfrost (1715—1794), seorang doktor berbangsa Jerman yang pertama kali menulis mengenai gambaran fenomena ini dalam De Aquae Communis Nonnullis Qualitatibus Tractatus ("Fasal Mengenai Sifat Air Yang Sering Ditemui", 1756).

Suhu bermulanya kesan ini sukar untuk diramal dan bergantung dengan sifat permukaan yang memanas serta sama ada bendasing dalam cecair. Terdapat juga kajian yang dilakukan agar memperoleh model teori mengenai sistem ini namun ia sukar dilakukan.[1] Takat Ledienfrost untuk setitis air di atas permukaan kuali panas dianggarkan secara kasar pada 193 darjah Celsius.[perlu rujukan]

Rujukan sunting

  1. ^ Bernardin, John D.; Mudawar, Issam (2002). "A Cavity Activation and Bubble Growth Model of the Leidenfrost Point". Journal of Heat Transfer. 124 (5): 864–74. doi:10.1115/1.1470487.

Pautan luar sunting