Kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi dan perniagaan

Kepesatan ekonomi dunia pada masa ini dipengaruhi oleh pandemik COVID-19 khususnya dalam memasuki akhir dari suku pertama 2020 menjadi fenomena yang merugikan bagi seluruh umat manusia di berbagai negara. Bahkan, pertubuhan yang berskala antarabangsa dalam bidang kewangan iaitu Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia telah meramalkan bahawa sehingga akhir suku pertama 2020 ekonomi global akan memasuki kemerosotan dan penurunan yang sangat ketara yang akan dirasai di seluruh dunia.[1][2][3][4][5][6][7][8]

Kesan umum sunting

Penurunan kestabilan ekonomi dunia terjadi kerana kewujudan virus baru yang menjangkiti dunia pada masa kini iaitu koronavirus (COVID-19). Salah satu pertubuhan antarabangsa yang bergiat aktif dalam sektor kesihatan, iaitu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa koronavirus dapat merebak melalui saluran pernafasan pada manusia. Virus tersebut memiliki nama saintifik iaitu COVID-19. COVID-19 dapat menimbulkan kesan sampingan bermula dari selesema yang ringan sehingga demam yang dialami individu yang dijangkiti serta dapat menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan rawatan khusus.

COVID-19 dalam dunia sains kesihatan disebut juga sebagai zoonotik iaitu penyebaran virusnya dapat disebarkan melalui antara manusia dan/atau haiwan. Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa pandemik COVID-19 pertama kali dikesan di Wuhan, China pada 30 Disember 2019. COVID-19 dianggap sebagai virus yang mematikan dengan proses penyebaran yang sangat cepat ke seluruh penjuru dunia dan berubah menjadi pandemik yang merugikan bagi masyarakat dunia salah satunya pada bidang ekonomi dunia. Dianggarkan bahawa 93 negara yang telah dijangkiti COVID-19 dan membawa risiko yang sangat buruk bagi ekonomi dunia termasuk Malaysia khususnya dari segi pelancongan, perdagangan serta pelaburan.

Rujukan sunting

  1. ^ "Real-time data show virus hit to global economic activity". www.ft.com. 22 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 March 2020. Dicapai pada 22 March 2020.
  2. ^ Kaplan, Juliana; Frias, Lauren; McFall-Johnsen, Morgan (14 March 2020). "A third of the global population is on coronavirus lockdown — here's our constantly updated list of countries and restrictions". Business Insider Australia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 April 2020.
  3. ^ "Price Gouging Complaints Surge Amid Coronavirus Pandemic". The New York Times. 27 March 2020.
  4. ^ "FDA anticipates disruptions, shortages as China outbreak plays out". FiercePharma (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2020. Dicapai pada 26 February 2020.
  5. ^ Sirletti, Sonia; Remondini, Chiara; Lepido, Daniele (24 February 2020). "Virus Outbreak Drives Italians to Panic-Buying of Masks and Food". www.bloomberg.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 February 2020. Dicapai pada 14 March 2020.
  6. ^ "Viral hysteria: Hong Kong panic buying sparks run on toilet paper". CNA (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2020. Dicapai pada 26 February 2020.
  7. ^ Rummler, Orion. "Household basics are scarce in Hong Kong under coronavirus lockdown". Axios (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2020. Dicapai pada 26 February 2020.
  8. ^ Strumpf, Dan (31 January 2020). "Tech Sector Fears Supply Delays as Effects of Virus Ripple Through China". The Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 January 2020. Dicapai pada 26 February 2020.