Kesateria Teuton
Golongan Kesatria Teuton dari Hospital St. Mary di Jerusalem [1] (nama-nama rasmi: Latin: Ordo domus Sanctæ Mariæ Theutonicorum Hierosolymitanorum , Jerman: Orden der Brüder vom Deutschen Haus St. Mariens di Jerusalem ), atau pendeknya Golongan Teuton (kini: Golongan Jerman), adalah satu golongan paderi Katolik Rom Jerman. Ia ditubuhkan bagi membantu penganut Katolik dalam perjalanan ziarah mereka ke Tanah Suci dan mewujudkan hospital bagi menjaga orang yang sakit dan cedera. Anggota golongan ini biasanya dikenali sebagai Kesatria Teuton, kerana mereka juga berkhidmat sebagai golongan tentera salib semasa Zaman Pertengahan. Keahlian golongan ini adalah kecil dan apabila terdapat keperluan, sukarelawan atau tentera upahan ditambah ke dalam pasukan tentera.
Kesatria Teuton | |
---|---|
Aktif | sekitar 1190–kini |
Kesetiaan | Paus, Maharaja Suci Rom |
Jenis | Golongan paderi Katolik Rom (1192-1929 sebagai golongan tentera) |
Ibu pejabat | Acre (1192–1291) Venice (1291–1309) Marienburg (1309–1466) Königsberg (1466–1525) Mergentheim (1525–1809) Vienna (1809–kini) |
Nama samaran | Kesatria Teuton, Golongan Jerman |
Penaung | Perawan Mary, Saint Elizabeth dari Hungary, & Saint George |
Pakaian | Mantel putih dengan salib hitam |
Komander | |
Grand Master Pertama | Heinrich Walpot von Bassenheim |
Grand Master sekarang | Bruno Platter |
Kesatria Teuton ditubuhkan pada akhir kurun ke-12 di Akka, Syam, dan memainkan peranan penting di Outremer, mengawal tol pelabuhan dari Acre. Setelah tentera Kristian dikalahkan di Timur Tengah, Golongan ini berpindah ke Transylvania pada tahun 1211 bagi membantu untuk mempertahankan Hungary daripada Kipchak Turk. Golongan ini diusir dengan kekerasan pada tahun 1225 setelah dituduh cuba untuk menempatkan mereka di bawah Paus bukannya kedaulatan Hungary.
Pada tahun 1230, berikutan Golden Bull of Rimini, Grand Master Hermann von Salza dan Duke Konrad I dari Masovia melancarkan Perang Salib Prusia, satu serangan bersama ke atas Prusia bagi mengkristiankan Prusia Kuno Baltik. Kesatria ini kemudian menubuhkan Negeri Rahib Kesatria Teuton bebas di dalam jajahan yang ditawan, dan kemudian menakluk Livonia. Raja Poland menuduh Kesatria memiliki tanah yang menjadi miliknya.
Kesatria hilang tujuannya di Eropah dengan Pengkristianan Lithuania. Kumpulan ini kemudian terlibat di dalam kempen menentang jiran-jiran Kristiannya, iaitu Kerajaan Poland, Duci Besar Lithuania, dan Republik Novgorod (selepas mengasimilasi Ordo Livonia). Kesatria Teuton mempunyai asas ekonomi yang kukuh, menggaji tentera upahan dari seluruh Eropah bagi menambah levi feudal mereka, dan menjadi sebuah kuasa laut di Laut Baltik. Pada tahun 1410, sebuah pasukan tentera Lithuan-Poland dengan muktamad mengalahkan golongan Kesatria menghancurkan kuasa ketenteraannya di dalam Pertempuran Grunwald (Tannenberg).
Pada tahun 1515, Maharaja Suci Rom Maximilian I membuat persekutuan melalui perkahwinan dengan Sigismund I dari Poland-Lithuania. Selepas itu Empayar tidak menyokong Kesatria dalam menentang Poland. Pada tahun 1525, Grand Master Albert dari Brandenburg meletak jawatan dan memeluk Lutheranism, menjadi Duke Prusia. Kemudian diikuti oleh Livonia, dan juga pegangan Kesatria di kawasan Protestant di Jerman.
Kewujudan Kesatria masih terdapat di kawasan Katolik di Jerman sehingga tahun 1809, apabila Napoleon Bonaparte memerintahkan ia dibubarkan dan Kesatria kehilangan pegangan sekular terakhir. Kewujudan Kesatria ini berlangsung sebagai sebuah badan amal dan adat istiadat. Ia telah diharamkan oleh Hitler pada tahun 1938, tetapi diwujudkan semula pada tahun 1945. Pada hari ini, ia beroperasi dengan tujuan amal di Eropah Tengah.
Golongan Kesatria ini memakai mantel putih dengan salib berwarna hitam. Sebuah pattée salib kadang kala digunakan sebagai jata mereka; imej ini kemudian digunakan untuk hiasan ketenteraan dan lambang kebesaran oleh Kerajaan Prusia dan Jerman sebagai Salib Besi. Moto Golongan Kesatria ini adalah:"Helfen, Wehren, Heilen" ("Bantu, Pertahan, Sembuh")[perlu rujukan].
Rujukan
sunting- ^ Van Duren, Peter (1995). Orders of Knighthood and of Merit. C. Smythe. m/s. 212. ISBN 0861403711. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.