Kesatria Templar Eropah

Knight Templar Eropah dikatakan ditubuhkan pada 2002 di London bagi melancarkan semula perintah kuno dalam Perang Salib Knight Templar. Tujuannya ialah menentang Islamisasi benua Eropah . Organisasi tentera Kristian mempunyai asal-usul dalam Perang Salib abad pertengahan.

Perjumpaan di Malta dihadiri oleh 30 orang yang kebanyakannya beragama Kristian konservatif dengan tujuan memulihkan Yahudi-Kristian di Eropah. Seseorang mestilah menjadi pemangkin, peransang dan 'kuda trojan' .

Anders Behring Breivik| mendakwa EDL mempunyai 600 orang ahli menerusi Facebook dan beliau sendiri telah berhubung dengan 10 orang daripadanya

Asal usul Knights Templar sunting

Panggilan menyertai Kesatria Templar berlaku pada 1120 di Kuil Sulaiman, Masjid Aqsa yang kini Jerusalem / Palestin selepas ia jatuh ke tengah Kristian padam 1099. Kesatria Templar berjuang mempertahankan komuniti Kristian dan menangkis bukan Kristian. Mereka mendapat dokongan daripada paderi Perancis yang terkenal bernama Bernard de Clairvaux pada tahun 1136. Sesiapa yang mati ketika berperang dikira mati syahid.


Menjelang abad ke-13, Kesatria Templar dan sebahagian tentera Salib telah dihalau keluar dari tanah suci Jerusalem selepas kekalahan demi kekalahan dengan tentera Islam. Mereka kembali ke pulau Cyprus di Laut Mediterranean. Menjelang 1312 , Kesatria Templar dibubarkan dan pemimpin mereka dibakar di kayu pancang kerana membuat bidaah.

Breivik menggalakkan pelancong melawat Hospitalr Knights di pulau Malta berhampiran dengan pulau Cyprus. Amalan dan upacara mereka meresap ke dalam upacara Freemason. Perintah ini juga terselit dalam novel hasil tulisan Dan Brown dan filem-filem Indiana Jones.[1]


Pembunuhan beramai-ramai di Oslo sunting

Anders Behring Breivik menulis dalam manifesto 1500 halaman yang diterbitkan pada 21 Julai 2011 dan melaksanakan melalui pengeboman pejabat Perdana Menteri Norway di Oslo dan melepaskan tembakan terhadap remaja yang sedang berkhemah di Pulau Atoeta.[2]

Knights Templar di Mexico sunting

Ironinya Kartel dadah Mexico juga memanggil diri mereka sebagai Knights Templar. Orang Kristian yang terpaksa hidup di bawah undang-undang Syariah Islam digelar Dhimmitude (zimmi).

Rujukan sunting