Kesatuan Afrika
Kesatuan Afrika (AU) merupakan sebuah pertubuhan kesatuan benua menggabungkan 55 buah negara benua Afrika. AU diasaskan pada tahun 2001 di Addis Ababa, Habsyah dan dilancarkan di Durban, Afrika Selatan[5] hasil Perjanjian Sirte untuk menggantikan Komuniti Ekonomi Afrika (AEC) dan Pertubuhan Perpaduan Afrika (OAU). Pertubuhan ini berhasrat mengimplementasikan sistem satu mata wang, serta institusi-institusi kesatuan termasuk satu Ketua AU.
Kesatuan Afrika | |
---|---|
![]() Bendera | |
Lagu kebangsaan: "Let Us All Unite and Celebrate Together"[1] | |
![]() Hijau tua: negara ahli | |
Pusat politik | |
Urban aglomerasi | Kaherah |
Bahasa kerja | |
Jenis | Kesatuan benua |
Keanggotaan | 55 buah negara |
Pemimpin | |
• Pengerusi | Félix Tshisekedi |
• Pengerusi Jawatankuasa | Moussa Faki[2] |
• Presiden Parlimen | Roger Nkodo Dang |
Badan perundangan | Parlimen Se-Afrika |
Pendirian | |
25 Mei 1963 | |
3 Jun 1991 | |
9 September 1999 | |
• Penubuhan | 9 Julai 2002 |
Keluasan | |
• Jumlah | 29,922,059[3] km2 (11,552,972 bt2) |
Populasi | |
• Perkiraan 2020 | ▲ 1,321,000,000[note 2] |
KDNK (PPP) | 2020 |
• Jumlah | ▲ $7.573 trillion[4][note 3] |
▲ $5,733[4] | |
KDNK (nominal) | 2020 |
• Jumlah | ▲ $2.587 trillion[4][note 4] |
▲ $1,958[4] | |
HDI (2019) | 0.548 rendah |
DPT internet | .africac |
Laman web rasmi au | |
|
Kesatuan Afrika berperanan menjamin demokrasi, hak asasi manusia dan ekonomi yang mapan dengan menamatkan konflik-konflik kemanusiaan di dalam benua Afrika. Terdapat seberapa lembaga penting dalam kesatuan ini seperti Majlis Keamanan dan Keselamatan serta Parlimen Se-Afrika.[6]
KeahlianSunting
Ahli semasa[7]Sunting
Ahli digantungSunting
- Eritrea – memanggil kembali "dutanya ke Kesatuan Afrika" pada 20 November 2009.[8] Berkait dengan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1907.
- Guinea – digantung selepas rampasan kuasa 2008[9][10]
- Madagaskar – digantung selepas krisis politik Malagasy 2009.[11]
- Niger - digantung selepas rampasan kuasa 2010.[12]
Bekas ahliSunting
- Maghribi - meninggalkan pendahulu Kesatuan, Organisasi Kesatuan Afrika (OAU), pada 1984, apabila banyak ahlinya menyokong Republik Demokratik Arab Sahrawi (Sahara Barat).[13][14] Ia kembali menyertai Kesatuan pada 2017.[15]
Sistem organisasiSunting
Badan tertinggi AU ialah Perhimpunan Kesatuan Afrika Diarkibkan 2006-05-22 di Wayback Machine yang dianggotai oleh ketua-ketua negara atau kerajaan Afrika. Perhimpunan Kesatuan Afrika mengadakan persidangan sebanyak sekali setahun.
Badan pentadbiran eksekutif (sekretariat) AU ialah Suruhanjaya AU Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine. Suruhanjaya ini dibahagikan kepada jabatan-jabatan yang diarah oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya. Suruhanjaya AU diketuai oleh seorang Pengerusi, iaitu Alpha Oumar Konaré dari Mali.
Institusi perundangan pula ialah Parlimen Se-Afrika yang mempunyai kuasa perundingan dan penasihatan sahaja. Selepas 2009, badan ini akan diberikan kuasa perundangan yang penuh. Presiden Parlimen Se-Afrika ialah Gertrude Mongella dari Tanzania.
Persidangan KemuncakSunting
No. | Tempat | Tarikh | |
---|---|---|---|
1 | Durban | Afrika Selatan | 9-11 Julai 2002 |
2 | Maputo | Mozambique | 10-11 Julai 2003 |
* | Sirte | Libya | Februari 2004 |
3 | Addis Ababa | Habsyah | 6-8 Julai 2004 |
4 | Abuja | Nigeria | 24-31 Januari 2005 |
5 | Sirte | Libya | 28 Jun - 5 Julai 2005 |
6 | Khartoum | Sudan | 16-24 Januari 2006 |
7 | Banjul | The Gambia | 25 Jun - 2 Julai 2006 |
8 | Addis Ababa | Habsyah | 22-30 Januari 2007 |
9 | Accra | Ghana | 25/26 Jun - 3/4 Julai 2007 |
NotaSunting
RujukanSunting
- ^ "African Union anthem, etc". Africamasterweb.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2015. Dicapai pada 26 November 2012.
- ^ "African Union votes to readmit Morocco". 19 September 2018 – melalui www.bbc.com.
- ^ Corresponds to the terrestrial surface. Including the Exclusive Economic Zones of each member state, the total area is 43 434 569 km².
- ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2019". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 8 February 2020.
- ^ Thabo Mbeki (9 July 2002). "Launch of the African Union, 9 July 2002: Address by the chairperson of the AU, President Thabo Mbeki". ABSA Stadium, Durban, South Africa: africa-union.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2009. Dicapai pada 8 February 2009.
- ^ Thabo Mbeki (9 July 2002). "Launch of the African Union, 9 July 2002: Address by the chairperson of the AU, President Thabo Mbeki". ABSA Stadium, Durban, South Africa: africa-union.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2009. Dicapai pada 8 February 2009.
- ^ The Member States of the African Union Dicapai 26 Januari 2010.
- ^ Afro News Eritrea breaks with African Union, 20 November 2009
- ^ AU Stänger av Guinea Diarkibkan 2009-02-07 di Wayback Machine.
- ^ "African Union bars Guinea on coup" BBC. 29 Disember 2008. Dicapai 29/12/08
- ^ "Africa rejects Madagascar 'coup'" BBC. 20 Mac 2009. Dicapai 20/03/09
- ^ "African Union suspends Niger after military coup" FOCUS 19 Februari 2010. Dicapai 19/02/10
- ^ BBC News (8 Julai 2001) - "OAU considers Morocco readmission" (dicapai 9 Julai 2006).
- ^ Arabic News (9 Julai 2002) - "South African paper says Morocco should be one of the AU and NEPAD leaders" (dicapai 9 Julai 2006)
- ^ "Morocco rejoins African Union". Worldbulletin. 30 January 2017. Dicapai pada 31 January 2017.