Kesatuan Melayu Singapura

Kesatuan Melayu Singapura (bahasa Inggeris: Singapore Malay Union) ialah sebuah parti politik di Singapura.

Kesatuan Melayu
Nama jawiکساتوان ملايو
Nama Mandarin马来人联合会
Mǎlái rén liánhé huì
Nama Tamilமலாய் ஐக்கியம்
Malāy aikkiyam
SingkatanKMS
PengasasMohamed Eunos Abdullah
Ditubuhkan14 Mei 1926
Dibubarkan1961
Ibu pejabatSingapura
Penggabungan kebangsaanParti Perikatan Singapura (1955 - 1957)
Politik Singapura
Parti politik
Pilihan raya

Sejarah sunting

Parti ini ditubuhkan pada 14 Mei 1926 sebagai sebuah pertubuhan agama, budaya dan kebajikan bagi masyarakat Melayu Singapura.[1] oleh Mohamed Eunos Abdullah[2]. Pada 1954, ia menjadi satu daripada tiga parti politik yang bekerjasama membentuk Barisan Buroh (LF) bersama-sama Parti Buruh Demokratik dan Parti Sosialis Singapura.[3] Apabila keputusan dibuat untuk menggabungkan semua parti menjadi satu, KMS menarik diri dan menyertai Parti Perikatan Singapura bersama-sama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) – yang mana cabang Singapuranya ditubuhkan oleh pemimpin KMS) – dan Persatuan Cina Tanah Melayu.[1]

Dalam pilihan raya umum 1955, KMS telah menghantar calon tunggal,[1] Mohamed Sidik Abdul Hamid, di kawasan undi Pulau-pulau Selatan. Beliau telah menang dengan perolehan 50.6% undi.[4]

KMS turut menurunkan seorang calon dalam pilihan raya kecil Cairnhill 1957, tewas dengan hanya menerima 17% undi sahaja. Walau bagaimanapun, KMS sebelum ini telah bersetuju dengan anggota Perikatan untuk tidak menghantar calon, menyebabkan mereka dikeluarkan daripada Perikatan atas perbuatan tersebut.[1]

Selepas mencuba tetapi gagal membentuk perikatan baharu dengan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Parti Rakyat, KMS bertanding dalam pilihan raya umum 1959 sendirian.[1] Mereka menghantar tiga orang calon, tetapi hanya memperoleh 0.5% daripada jumlah undi, dan tewas di semua kerusi.

Selepas Ordinan Persatuan dikuatkuasakan pada 1960, KMS gagal untuk didaftarkan semula.[1]

Rejukan sunting

  1. ^ a b c d e f Kesatuan Melayu Singapore elections
  2. ^ Ahmad Mohd Don. (1982, Februari 9). Badan Melayu yang pertama dibentuk. Berita Harian, hlm. 5. Dicapai melalui NewspaperSG.
  3. ^ Barisan Buroh Singapore Elections
  4. ^ Pilihan raya Dewan Perundangan 1955: Southern Islands Singapore Elections

Templat:Singaporean political parties