Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa

Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Telecommunication Union, ITU) merupakan badan antarabangsa yang bertugas memiawai dan mengawal atur radio dan telekomunikasi antarabangsa. Ditubuhkan sebagai Kesatuan Telegraf Antarabangsa, peranan utama ITU termasuk pemiawaian, pengagihan spektrum radio serta mewujudkan serta mengawal sambungan penggilan telefon antarabangsa. ITU merupakan agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland.

International Telecommunication Union
Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa
Pembentukan17 Mei 1865
Ibu pejabatGeneva, Switzerland
AhliPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Bahasa rasmiBahasa Perancis, Inggeris, Sepanyol, Rusia, Arab, Cina
Setiausaha agungHamadoun Touré
Laman web rasmihttp://www.itu.int/

BahagianSunting

ITU dibahagikan kepada tiga sektor, iaitu:

Keseluruhan ITU ditadbir oleh Sekretariat Am, yang diketuai oleh Setiausaha Agung.

KeahlianSunting

Ahli-ahli ITU terdiri daripada negara ahli, ahli sektor dan ahli bersekutu. ITU dianggotai oleh 191 negara ahli, serta lebih daripada 800 ahli sektor awam dan persendirian bersekutu yang terdiri daripada syarikat dan pertubuhan telekomunikasi.

Antara negara ahlinya termasuk Kota Vatikan serta semua ahli PBB kecuali Palau dan Timor Leste. Taiwan dan Pihak Berkuasa Palestin juga tidak menganggotai ITU.

Pautan luarSunting