Keseimbangan mekanikal

Dalam ilmu mekanik klasik, suatu zarah berada dalam keseimbangan mekanikal jika daya bersih pada zarah itu sifar.[1]:39 Dengan lanjutnya, sistem fizikal terdiri daripada banyak bahagian berada dalam keseimbangan mekanikal jika daya bersih pada setiap bahagian individunya adalah sifar .[1]:45–46[2]

Suatu objek rehat pada suatu permukaan dan gambar rajah jasad bebas yang sepadan menunjukkan daya bertindak pada objek. daya normal N adalah sama, bertentangan, dan segaris dengan daya graviti mg agar daya bersih dan momen adalah sifar. Akibatnya, objek tersebut berasa dalam keadaan keseimbangan mekanikal statii.

Tambahan pula dengan mentakrifkan keseimbangan mekanikal dari segi daya, terdapat banyak takrifan pilihan bagi keseimbangan mekanikal yang merupakan semuanya sama dari segi matematik. Dari segi momentum, suatu sistem berada dalam keadaan seimbang jika momentum bahagian-bahagiannya adalah semua malar. Dari segi halaju, sistem berada dalam keseimbangan jika halaju malar. Dalam suatu keseimbangan mekanikal putaran, momentum sudut objek terabadi dan tork bersih adalah sifar.[2] Lebih umum dakam sistem abadi, keseimbangan diwujudkan pada suatu titik dalam ruang tatarajah di mana kecerunan tenaga keupayaan berhubung dengan koordinat teritlak adalah sifar.

Jika suatu zarah seimbang mempunyai sifar halaju, zarah itu berada dalam keadaan seimbang statik.[3][4] Memandangkan semua zarah seimbang mempunyai halaju yang malar, ia sentiasa tidak mustahil untuk cari rangka rujukan inersia di mana zarah-zarah pegun berhubung dengan rangka tersebut.

KestabilanSunting

Suaru sifat sistem penting pada keseimbangan mekanikal adalah kestabilannya.

Lihat jugaSunting

Nota dan rujukanSunting

  1. ^ a b John L Synge; Byron A Griffith (1949). Principles of Mechanics (ed. 2nd). McGraw-Hill. Unknown parameter |lastauthoramp= ignored (bantuan)
  2. ^ a b Beer FP, Johnston ER, Mazurek DF, Cornell PJ, and Eisenberg, ER (2009). Vector Mechanics for Engineers: Statics and Dynamics (ed. 9th). McGraw-Hill. m/s. 158.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Herbert Charles Corben; Philip Stehle (1994). Classical Mechanics (ed. Reprint of 1960 second). Courier Dover Publications. m/s. 113. ISBN 0-486-68063-0. Unknown parameter |lastauthoramp= ignored (bantuan)
  4. ^ Lakshmana C. Rao; J. Lakshminarasimhan; Raju Sethuraman; Srinivasan M. Sivakumar (2004). Engineering Mechanics. PHI Learning Pvt. Ltd. m/s. 6. ISBN 81-203-2189-8.

Bacaan lanjutSunting

  • Marion JB and Thornton ST. (1995) Classical Dynamics of Particles and Systems. Fourth Edition, Harcourt Brace & Company.