Kesihatan mental sepanjang pandemik COVID-19

Pandemik COVID-19 telah mempengaruhi kesihatan mental masyarakat di seluruh dunia.[1] Serupa seperti wabak-wabak yang menyerang sistem pernafasan, pandemik COVID-19 telah menyebabkan gejala-gejala berupa kegelisahan, kemurungan, dan gangguan stres pascatrauma pada pelbagai kumpulan populasi, termasuk tenaga kesihatan, tenaga awam, serta pesakit dan orang-orang yang harus menjalani kuarantin.[2] Jawatankuasa Tetap Antara Lembaga PBB mencadangkan sokongan kesihatan mental yang memiliki inti "tidak melakukan kekerasan, menyokong hak asasi manusia dan kesetaraan, menggunakan pendekatan penyertaan, mempergunakan sumber daya dan kemampuan yang ada, menerapkan campurtangan berlapis, dan bekerja dengan sistem penyokong yang bersepadu."[3] COVID-19 juga memberi kesan pada hubungan sosial antaramanusia, kepercayaan terhadap orang lain dan institusi, serta pendapatan dan pekerjaan mereka.[4]

Infografik menangani masalah kesihatan mental sepanjang pandemik COVID-19

Rujukan sunting

  1. ^ CDC (2020-02-11). "Coronavirus Disease 2019 (COVID-19)". Centers for Disease Control and Prevention (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-05-17.
  2. ^ Luo, Yang; Chua, Cher Rui; Xiong, Zhonghui; Ho, Roger C.; Ho, Cyrus S. H. (23 November 2020). "A Systematic Review of the Impact of Viral Respiratory Epidemics on Mental Health: An Implication on the Coronavirus Disease 2019 Pandemic". Frontiers in Psychiatry. 11: 565098. doi:10.3389/fpsyt.2020.565098.
  3. ^ "Inter-Agency Standing Committee Guidelines on Mental Health and Psychosocial support" (PDF). MH Innovation. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 31 March 2020. Dicapai pada 28 March 2020.
  4. ^ "OECD". read.oecd-ilibrary.org. Dicapai pada 2020-05-07.