Buka menu utama
Sukarelawan membersihkan jalan di Brooklyn selepas Taufan Sandy 2012.

Kesukarelawanan secara umumnya merujuk kepada sebarang kegiatan altruistik meilbatkan penyediaan perkhidmatan tanpa diharapkan keuntungannya - yakni, secara sukarela - oleh individu atau kumpulan (sukarelawan ataupun relawan) "untuk memberi manfaat kepada individu, kumpulan atau organisasi lain".[1] Sukarela juga terkenal dengan perkembangan kemahiran dan sering bertujuan untuk menggalakkan kebaikan atau untuk meningkatkan kualiti hidup manusia. Sukarela mungkin mendapat faedah positif untuk para sukarelawan serta untuk individu atau masyarakat yang diberi perkhidmatan sukarela.[2]

Kegiatan jenis ini juga bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang mungkin boleh membantu dalam kerjaya seseorang. Ramai sukarelawan dilatih secara khusus dalam bidang-bidang yang mereka ceburi, seperti perubatan, pendidikan, atau penyelamatan kecemasan. Lain-lain berkhidmat dengan asas yang diperlukan, seperti sebagai tindak balas terhadap bencana alam.

JenisSunting

  • Kesukarelawanan maya (virtual volunteering) - menggunakan kemudahan Internet di rumah, sekolah atau tempat kerja dengan menggunakan aalt yang dapat mengaksesnya seperti komputer atau telefon bijak. Pihak yang terlibat sebegini tidak diberikan sebarang bayaran.[3]
  • Kesukarelawanan mikro (microvolunteering) - hampir sama seperti kesukarelawanan jenis maya namun ia tidak memerlukan proses-proses kemasukan dan saringan penyertaan ataupun latihan.[4]
  • Kesukarelawanan persekitaran (environmental volunteering) - merujuk kepada kerja sukarela yang menyumbang kepada pengurusan atau pemuliharaan alam sekitar melalui pelbagai kerja termasuk penanaman semula pokok, perlindungan alam sekitar mahupun pendidikan ramai.[5]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Wilson, John (2000). "Volunteering". Annual Review of Sociology (26): 215. doi:10.1146/annurev.soc.26.1.215. Dicapai 12 April 2017. 
  2. ^ "Benefits of Volunteering". nationalservice.gov. 
  3. ^ "Online Volunteering". UN Volunteers. Diarkibkan daripada asal pada 2 May 2012. Dicapai 30 April 2012. 
  4. ^ "Micro-Volunteering via Mobile Phones - Using Spare Time to Micro-Volunteer". 
  5. ^ "Environmental Volunteer Work". Peace Corps. Dicapai 30 April 2012. 

Bacaan tambahanSunting

  • Georgeou, Nichole, Neoliberalism, Development, and Aid Volunteering, New York: Routledge, 2012. ISBN 9780415809153
  • Stebbins, Robert A. "Leisure and the Motive to Volunteer". Houndmills, UK: Palgrave Macmillan, 2015.

Pautan luarSunting