Kesultanan Siak
Kesultanan Siak Sri Indrapura atau Kesultanan Siak ialah sebuah kerajaan di wilayah Riau, Indonesia yang wujud pada tahun 1723 sehingga tahun 1946. Ia diasaskan oleh Raja Kecil daripada Kerajaan Pagar Ruyung dan Johor (Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah I), selepas beliau Berjaya merampas takhta Kesultanan Johor.
Siak Sri Inderapura ﻛﺴﻠﺘﺎﻧﻦ سياك سري ايندراڤورا | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1723–1945 | |||||||||||
| |||||||||||
Ibu negara | Buantan, Mempura, Senapelan Pekanbaru, Siak Sri Indrapura | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Melayu | ||||||||||
Agama | Islam | ||||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||||
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Yang di-Pertuan Besar bagi Siak Sri Inderapura Darul Ridzuan | |||||||||||
• 1725-1746-kini | Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah II (Raja kecik) Wangsa Kesultanan Melaka-Pahang- Johor-Siak | ||||||||||
• 1915-1949 | Sultan Syarif Kasim II | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
• Didirikan | 1723 | ||||||||||
• Menjadi bahagian Indonesia | 1945 | ||||||||||
|
Sultan Syarif Kasim II mengisytiharkan penyertaan kesultanan beliau dalam Republik Indonesia tahun 1946 selepas pengisytiharan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.
Lokasi Kesultanan Siak
suntingPada masa kini, lokasi Kesultanan Siak terletak di Kabupaten Siak, di wilayah Riau. Pada masa lalu, Kesultanan Siak merupakan antara kesultanan yang berpengaruh pada ke 17 dan 18, dari segi perdagangan dan pengaruh kuasanya di Sumatera.
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Etimologi
suntingKata Siak Sri Inderapura, secara harfiah bermaksud "pusat kota agama raja", dalam bahasa Sanskrit, "sri" bermaksud "berseri" dan "indra" atau "indera" bermaksud raja. Adapun pura boleh bermakna "bandar" atau "kerajaan". Siak pada pendapat orang-orang Melayu sangat rapat dengan agama Islam, orang Siak adalah orang yang pakar dalam agama Islam, jika seseorang hidup secara beragama boleh dikatakan sebagai orang Siak.[1][2]
Nama Siak, boleh merujuk kepada puak di rantau antara Pakistan dan India, Sihag atau Asiagh yang bermaksud pedang. Masyarakat ini dikaitkan dengan bangsa Asii,[3] masyarakat nomad yang dipanggil oleh masyarakat Rom, dan dikenali sebagai Sakai oleh Strabo seorang ahli geografi dari Yunani.[4] Sehubungan dengan ini pada giliran Sungai Siak hingga ke hari ini masih ada masyarakat terpencil yang disebut Orang Sakai..[5]
Agama
suntingPada masa awal Kesultanan Melayu Melaka, Riau menjadi tempat pusat agama islam. Setelah itu perkembangan agama Islam di Siak menjadikan kawasan ini sebagai salah satu pusat penyebaran dakwah Islam, ini tidak dapat dipisahkan dari penggunaan 'Siak' yang luas di wilayah Melayu. Jika dikaitkan dengan pepatah Minangkabau yang terkenal: Adat menurun, syara’ mendaki dapat berarti kemasukan Islam atau Islamisasi pedalaman Minangkabau dari Siak sehingga orang yang ahli dalam Islam, dari masa lalu sampai sekarang, masih dipanggil Orang Siak.[2] Sementara di Semenanjung Malaysia, penyebutan Siak masih digunakan sebagai nama jawatan yang berkaitan dengan urusan agama Islam.[6][7]
Walaupun mereka telah melaksanakan undang-undang Islam kepada rakyatnya, pengaruh Minangkabau masih mempengaruhi warna tradisi Siak. Dalam pengagihan warisan, masyarakat Siak mengikut undang-undang warisan yang sesuai dengan Islam. Tetapi dalam kes tertentu, mereka bersetuju dalam adat bahawa untuk warisan dalam bentuk rumah hanya diserahkan kepada perempuan sahaja.[8]
Sejarah
suntingDalam Syair Perang Siak, Raja Kecil didaulat menjadi penguasa Siak atas muafakat masyarakat di Bengkalis. Ia bertujuan untuk melepaskan Siak dari pengaruh Kesultanan Johor.[9] Sementara dalam Hikayat Siak, Raja Kecil disebut juga dengan sang pengelana waris Sultan Johor yang kalah dalam perebutan kuasa.[10] Berdasarkan surat-menyurat Sultan Indermasyah Yang Dipertuan Pagar Ruyung dengan Gabenor Jeneral Belanda di Melaka masa itu, menyebutkan bahawa Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah merupakan saudaranya dihantar untuk berdagang dengan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC).[11] Kemudian Sultan Abdul Jalil dalam suratnya tersendiri yang ditujukan kepada pihak Belanda, menyebut dirinya sebagai Raja Kecil dari Pagaruyung, akan menuntut balas atas kematian Sultan Johor.[12]
Pada tahun 1718, Sultan Abdul Jalil berhasil menguasai Kesultanan Johor[13] sekaligus mengukuhkan dirinya sebagai Sultan Johor dengan gelaran Yang Dipertuan Besar Johor. Tetapi pada tahun 1722, terdapat pemberontakan yang diketuai oleh Raja Sulaiman anak Bendahara Johor, yang juga menuntut hak ke takhta Johor. Dengan bantuan tentera upahan dari Bugis, Raja Sulaiman kemudiannya berjaya dalam kudeta takhta Johor, dan mengisytiharkan dirinya sebagai penguasa Johor di Semenanjung Malaysia. Sementara Sultan Abdul Jalil, berpindah ke Bintan dan pada tahun 1723 membina pusat kerajaan baru di sehiliran Sungai Siak dengan nama Siak Sri Inderapura.[9] Sementara pusat kerajaan Johor yang sebelum ini berada sekitar muara Sungai Johor ditinggalkan begitu saja, dan menjadi status quo dari masing-masing penguasa yang bertikai tersebut. Sedangkan tuntutan Raja Kecil sebagai pewaris yang sah kepada takhta Johor, diiktiraf oleh masyarakat Orang Laut. Orang Laut adalah sekumpulan orang yang tinggal di wilayah Kepulauan Riau yang terbentang dari timur Sumatra hingga ke Laut China Selatan, dan kesetiaan ini terus berlaku hingga runtuhnya Kesultanan Siak.[14]
Raja Kecil terpaksa melepas hegemoninya di Kepulauan Riau dan mula membina kekuatan baru di kawasan sepanjang pantai timur Sumatra. Antara tahun 1740-1745, Raja Kecil kembali bangkit dan menakluki beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.[15] Kerana mendapat ancaman dari Siak, dan di saat yang bersamaan orang-orang Bugis juga meminta balas atas jasa mereka, maka Raja Sulaiman meminta bantuan kepada Belanda di Melaka. Dalam perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1746, Johor berjanji untuk memberikan Bengkalis kepada Belanda. Perjanjian itu kemudiannya ditanggapi oleh VOC dengan membina gudang di kawasan tersebut.[16][17]
Sepeninggal Raja Kecil pada tahun 1746, tuntutan atas Johor pudar. Penerusnya Sultan Mahmud/ Muhammad memberi tumpuan kepada pengukuhan kedudukannya di pesisir timur Sumatera dan daerah vassal di Kedah dan kawasan pantai timur Semenanjung Malaya. Pada tahun 1761, Sultan Siak membuat persetujuan eksklusif dengan Belanda, dalam ehwal perdagangan dan hak kedaulatan wilayah, serta bantuan dalam bidang senjata.[18] Setelah beliau meninggal dunia, muncul dualisme kepemimpinan di kerajaan ini. Raja Muhammad Ali yang lebih disukai Belanda kemudian menjadi Sultan Siak. Sementara sepupunya Raja Ismail yang tidak disukai Belanda, muncul sebagai Raja Laut, menguasai perairan timur Sumatra sampai ke Laut China Selatan, dan membina kekuatan di gugusan Pulau Tujuh.[19]
Sekitar 1767, Raja Ismail telah menjadi penduaan Raja Kecil. Disokong oleh Orang Laut, beliau terus menunjukkan dominasinya di perairan wilayah timur Sumatra, dengan memulakan pengendalian ke atas perdagangan timah di Pulau Bangka, kemudian menakluki Mempawah di Kalimantan Barat. Sebelum itu Raja Ismail juga membantu Terengganu menakluki Kelantan, hubungan ini kemudian diperkuat oleh hubungan perkahwinan antara Raja Ismail dengan saudara perempuan Sultan Terengganu. Pengaruh Raja Ismail di kawasan Melayu sangat penting, bermula dari Terengganu, Jambi dan Palembang. Laporan Belanda menyebutkan, Palembang telah membayar 3,000 ringgit kepada Raja Ismail agar jalur pelayarannya selamat dari gangguan. Sedangkan Hikayat Siak menceritakan sambutan perayaan yang diterima oleh Raja Ismail ketika ia tiba di Palembang.[19]
Menjelang abad ke 18, Kesultanan Siak telah menjadi kekuatan dominan di pantai timur Sumatera. Pada tahun 1780, Kesultanan Siak menakluki kawasan Langkat, dan menjadikan kawasan itu di bawah pengawasannya,[20] termasuk wilayah Deli dan Serdang.[21] Di bawah ikatan perjanjian kerja sama dengan VOC, pada tahun 1784 Kesultanan Siak membantu VOC menyerang dan menundukkan Selangor.[22] Sebelumnya mereka telah bekerja sama memadamkan pemberontakan Raja Haji Fisabilillah di Pulau Penyengat.
Pengembangan penjajahan Belanda ke kawasan timur Pulau Sumatera tidak dapat dipintas oleh Kesultanan Siak, bermula dengan pembebasan Kesultanan Deli, Kesultanan Asahan, Kesultanan Langkat, dan kemudian muncul Indragiri sebagai kawasan bebas.[23] Begitu juga di Johor, di mana seorang sultan dari keturunan Tumenggung Johor kembali didudukkan, dan berada dalam perlindungan Inggris di Singapura.[24][25] Sementara Belanda memulihkan kedudukan Yang Dipertuan Muda di Pulau Penyengat, dan kemudian mendirikan Kesultanan Lingga di Pulau Lingga. Selain itu Belanda juga menyempitkan wilayah kedaulatan Siak, dengan mendirikan Residentie Riouw yang merupakan sebahagian daripada pemerintahan Hindia Belanda yang berkedudukan di Kota Tanjung Pinang.[26][27][28]
Penguasaan Inggeris atas Selat Melaka, mendorong Sultan Siak pada tahun 1840 untuk menerima tawaran perjanjian baru menggantikan perjanjian yang telah mereka buat sebelum ini pada tahun 1819. Perjanjian ini menjadikan wilayah Kesultanan Siak semakin kecil dan tersepit antara wilayah kerajaan kecil lainnya yang mendapat perlindungan dari Inggeris.[29] Demikian juga pihak Belanda menjadikan kawasan Siak sebagai sebahagian dari pemerintahan Hindia Belanda,[30]setelah memaksa Sultan Siak menandatangani perjanjian pada 1 Februari 1858.[18][31] Dari perjanjian ini, Siak Sri Inderapura kehilangan kedaulatannya. Maka dalam setiap pelantikan raja, Siak harus mendapat persetujuan dari Belanda. Selanjutnya dalam pengawasan wilayah, Belanda mendirikan pos tentera di Bengkalis serta melarang Sultan Siak membuat perjanjian dengan pihak asing tanpa persetujuan pemerintahan Hindia Belanda..[18]
Kemudian berdasarkan perjanjian pada 26 Julai 1873, pemerintah Hindia Belanda memaksa Sultan Siak, menyerahkan wilayah Bengkalis kepada Residen Riau.[32] Namun di tengah tekanan tersebut, Kesultanan Siak masih tetap bertahan sampai kemerdekaan Indonesia,[33] walaupun semasa pendudukan tentera Jepun, kebanyakan kuasa tentera Kesultanan Siak tidak bererti lagi.
Bergabung dengan Indonesia
suntingSultan Syarif Kasim II, merupakan Sultan Siak terakhir yang tidak memiliki putera. Seiring dengan kemerdekaan Indonesia, Sultan Syarif Kasim II mengisytiharkan kerajaannya untuk bergabung dengan Republik Indonesia.[33]
Senarai Sultan Siak
suntingBerikut ialah senarai Sultan-sultan Siak Sri Inderapura.
Nombor | Tahun | Nama Sultan | Nota dan Peristiwa Penting | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 1723-1746 | Yang Dipertuan Besar Siak Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah[34] |
Mengklaim takhta Johor Mendirikan kesultanan Siak di Buantan | |||||||||
2 | 1746-1760 | Sultan Muhammad Abdul Jalil Muzaffar Syah Sultan Muhammad |
Putera dari nombor 1 Memindahkan pusat kerajaan ke Mempura** | |||||||||
3 | 1760-1761 | Sultan Ismail Abdul Jalil Jalaluddin Syah Sultan Ismail[10] |
Putera dari nombor 2 Dipaksa VOC turun takhta, kemudian berkelana selama 18 tahun* | |||||||||
4 | 1761-1766 | Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah Sultan Alam/ Raja Alam |
Putera dari nombor 1, abang kepada nombor 2 Merebut kuasa dari Sultan Ismail dengan bantuan Belanda Memindahkan ibu kota ke Senapelan | |||||||||
5 | 1766-1779 | Sultan Muhammad Ali Abdul Jalil Muazzam Syah Sultan Muhammad Ali |
Putera dari nombor 4 Johor telah menjadi bahagian dari Siak Sri Inderapura Mengizinkan penubuhan Kerajaan Negeri Sembilan tahun 1773 | |||||||||
1779-1781 | Sultan Ismail Abdul Jalil Jalaluddin Syah Sultan Ismail |
Kembali kepada kuasa untuk kali kedua selepas menggeser Muhammad Ali | ||||||||||
6 | 1781-1791 | Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah Sultan Yahya[35] |
Putera dari nombor 3 Pada tarikh 1 - 8 - 1782 membuat perjanjian dengan VOC dalam berperang melawan Inggeris Dikudeta oleh nombor 7 kemudian melarikan diri ke Kampar kemudian Terengganu Meninggal dunia tahun 1791 dan dikebumikan di Tanjung Pati (Che Lijah , Dungun, Terengganu, Malaysia) | |||||||||
7 | 1791-1811 | Sultan Assaidis Asyarif Ali Abdul Jalil Syaifuddin Baalawi Sultan Sayyid Ali |
Putera dari Sayyid Osman al-Syaikh 'Ali Ba' Alawi, yang berkahwin dengan Tengku Embung, yang merupakan puteri kepada nombor 4 (Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah) dan saudari kepada nombor 5 Siak memeperluas daerah kekuasaanya hingga meliputi jajahan 12 | |||||||||
8 | 1811-1827 | Sultan Asyaidis Syarif Ibrahim Abdul Jalil Khaliluddin Sultan Sayyid Ibrahim |
Putera dari nombor 7 Membuat perjanjian kerjasama dengan Inggeris pada 31 Ogos 1818. Kemudian dengan Belanda pada tahun 1822 Pengaruh Perjanjian London 1824, beberapa wilayah Siak dipisahkan dan menjadi bahagian dari koloni Inggeris dan Belanda. Johor dipisahkan dari Siak, berada di bawah pengawasan Inggeris. Pulau Lingga menjadi wilayah Belanda. | |||||||||
9 | 1827-1864 | Sultan Assyaidis Syarif Ismail Abdul Jalil Jalaluddin Sultan Sayyid Ismail |
Cucu Sayyid Ahmad (adik kepada nombor 7) Mangkubumi Sayyid al-Syarif Jalaluddin 'Ali Ba' Alawi[36] Menerima perjanjian baru dengan Inggeris pada tahun 1840. Pada tahun 1864 dipaksa turun takhta oleh Belanda. | |||||||||
10 | 1864-1889 | Sultan Assyaidis Syarif Kasyim Abdul Jalil Syaifuddin Sultan Syarif Kasim I |
Saudara kepada nombor 9 Pelantikan beliau mesti diluluskan oleh Ratu Belanda, Belanda meletakkan controleur di Siak Diperebutkan oleh Inggeris dan Belanda dalam Perjanjian Sumatra | |||||||||
11 | 1889-1908 | Sultan Assyaidis Syarif Hasyim Abdul Jalil Syaifuddin[8] Sultan Syarif Hasyim |
Putera dari nombor 10 Menerbitkan Bab Al-Qawa'id kitab undang-undang rasmi negara Merasmikan Istana Asserayah Al-Hasyimiah | |||||||||
12 | 1915-1945 | Sultan Assyaidis Syarif Kasyim Abdul Jalil Syaifudin[37] Sultan Syarif Kasim II |
Putera dari nombor 11 Menyerahkan kuasa beliau kepada pemerintah Republik Indonesia | |||||||||
Catatan: * Berdasarkan nota Belanda, Sultan Ismail lebih dikenal sebagai lanun. ** Berdasarkan Syair Perang Siak |
Struktur Pemerintahan
suntingSebagai sebahagian daripada rantau Minangkabau, sistem kerajaan Kesultanan Siak mengikuti model Kerajaan Pagar Ruyung. Selepas kedudukan Sultan, terdapat "Dewan Menteri" yang sama dengan kedudukan "Basa Ampek Balai" di Pagar Ruyung. Dewan Menteri-menteri ini mempunyai kuasa untuk memilih dan melantik Sultan Siak, sama dengan 'Undang Yang Ampat' di Negeri Sembilan..[38] Dewan Menteri bersama dengan Sultan, menetapkan undang-undang serta peraturan bagi masyarakatnya.[8][39] Dewan menteri ini terdiri daripada:
- Datuk Tanah Datar
- Datuk Limapuluh
- Datuk Pesisir
- Datuk Kampar
Seiring dengan zaman, Siak Sri Inderapura juga telah mereformasi sistem birokrasi pemerintah. Ini tidak dapat dipisahkan dari pengaruh model birokrasi kerajaan yang berlaku di Eropah dan yang diterapkan ke wilayah kolonial Belanda dan British. Pemodenan sistem pentadbiran Siak dilihat dalam naskah Ingat Jabatan yang diterbitkan pada tahun 1897. Manuskrip ini terdiri dari 33 halaman panjang dan ditulis dalam Abjad Jawi atau tulisan Arab-Melayu. Ingat Jabatan adalah dokumen rasmi Siak Sri Inderapura yang dicetak di Singapura, yang berisi butiran tanggung jawab dari berbagai jawatan dalam pemerintahan mulai dari pejabat istana, wakil diraja di jajahan, pengadilan atau polis. Pada akhir setiap huraian kerja para birokrat, ia ditutup dengan amaran dan perintah untuk tidak mengkhianati sultan dan "nagari".[40]
Perkembangan selanjutnya, Siak Sri Inderapura juga menerbitkan satu buku undang-undang, yang dikenal sebagai Bab al-Qawa'id.[41]Kitab ini dicetak di Siak pada tahun 1901, yang menggariskan undang-undang yang dikenakan ke atas masyarakat Melayu dan masyarakat lain yang terlibat dalam kes-kes dengan masyarakat Melayu. Tetapi ia tidak mengikat orang-orang Melayu yang bekerja dengan Hindia Belanda, di mana jika ada masalah, ia akan diselesaikan secara bilateral antara Sultan Siak dan pemerintah Hindia Belanda.[8]
Dalam pelaksanaan masalah pengadilan umum di Kesultanan Siak diselesaikan melalui Balai Kerapatan Tinggi yang dipimpin oleh Sultan Siak, Dewan Menteri dan dibantu oleh Kadi Siak serta Controleur Siak sebagai anggauta. Seterusnya beberapa nama jabatan lain dalam pemerintahan Siak antara lain Pangiran Wira Negara, Biduanda Pahlawan, Biduanda Perkasa, Opas Polis. Kemudian terdapat juga warga dalam yang bertanggung jawab terhadap harta-harta disebut dengan Kerukuan Setia Raja, serta Bendahari Sriwa Raja yang bertanggung jawab terhadap pusaka kerajaan.[40]
Dalam pentadbiran kerajaannya, Kesultanan Siak membahagikan wilayahnya kepada hulu dan hiliran , masing-masing terdiri daripada beberapa wilayah dalam bentuk distrik[32]yang dipimpin oleh seseorang yang bergelar Datuk atau Tuanku atau Yang Dipertuan dan bertanggungjawab kepada Sultan Siak yang juga bergelar Yang Dipertuan Besar . Pengaruh Islam dan keturunan Arab mewarnai Kesultanan Siak,[42] salah seorang daripada mereka adalah keturunan "Al-Jufri" yang memegang gelaran "Bendahara Patapahan".[43]
Pada kawasan tertentu, dilantik Kepala Suku yang bergelar Penghulu, dibantu oleh Sangko Penghulu, Malim Penghulu serta Lelo Penghulu. Walaupun terdapat juga istilah "Batin", dengan kedudukan yang sama dengan Penghulu, tetapi mempunyai lebih banyak hak atas produk hutan yang tidak dimiliki oleh Penghulu. Batin ini juga dibantu oleh Tongkat, Monti dan Antan-antan. Istilah Orang Kaya juga digunakan untuk kedudukan tertentu dalam Kesultanan Siak, seperti yang digunakan di Kesultanan Johor dan Urang Kayo di Minangkabau terutama di kawasan pesisir.[8][39][44]
Pembahagian Pentadbiran
suntingMenurut Bab Al-Qawa'id, kitab undang-undang kesultanan Siak, wilayah pentadbiran kesultanan dibahagikan ke dalam 10 propinsi, setiap wilayah dipimpin oleh hakim polis yang mempunyai gelaran masing-masing. Untuk perkara agama, setiap wilayah telah dilantik seorang Imam jajahan sebagai hakim syari'ah. Adapun pembahagiannya adalah:
Propinsi Siak
sunting- Hakim polis propinsi Siak bergelar Tengku Besar.
Sepupu Tengku Besar yang termasyhur adalah Sayyid Sagaf Tengku Wadinsyah, sepupu kepada Sultan Syarif Kasim II Rosmawe yang ditunjuk sebagai wali sultan (regent).Tengku Wadinsyah Assegaf bertugas menjalankan pemerintahan semasa sultan masih muda dan menempuh pendidikan di Batavia dan belum dirasmikan sebagai sultan.[45]
- Hakim Syari'ah propinsi Siak adalah Qadhi negeri Siak.
- Sempadan-sempadan negeri: Daerah Tanjung Pematang Duku, yakni Tanjung Balai menyusuri Sungai Siak sebelah kanan sampai ke Sungai Lukur dan masuk ke dalam Sungai Mandau. Dari Sungai Mandau sampai ke Petalangan, lalu ke batin Lima Sakai, batin Delapan Sakai sehingga bertemu dengan sempadan negeri Kota Intan, iaitu sungai Lokar. Setelah dari sungai Lokar lalu mengikuti sebelah kiri Sungai Siak sampai ke petalangan Dayun, Gasib, dan Lubuk ke daratnya hingga bertemu dengan sempadan Pelalawan. Setelah itu akan sampai ke sungai Pendinau.[41]
Propinsi Tebing Tinggi
sunting- Hakim polis negeri Tebing Tinggi bergelar Tengku Temenggung Muda.
- Hakim syari'ah bergelar Imam negeri Tebing Tinggi.
- Sempadan-sempadan negeri: Pulau Rantau Tebing Tinggi, Pulau Rangsang atau Medan atau Randang, Pulau Tupang Dalam, Pulau Tupang Luar, dan Pulau Menggung, dan juga pulau-pulau kecil yang masuk dalam Kerajaan Siak.[41]
Propinsi Merbau
sunting- Hakim polis negeri Merbau bergelar Orang Kaya Setia India.
- Hakim syari'ah bergelar Imam negeri Merbau.
- Sempadan-sempadan negeri: Pulau Merbau, Pulau Padang, dan pulau-pulau kecil yang masuk dalam kerajaan.
Propinsi Bukit Batu
sunting- Hakim polis negeri Bukit Batu bergelar Datuk Laksmana.
- Hakim syari'ah bergelar Imam negeri Bukit Batu.
- Sempadan-sempadan negeri: Tanjung Pematang Duku, tepatnya Tanjung Balai menyusuri tanah besar ke sungai Senaboi sampai bertemu dengan sempadanan batin Delapan Sakai. Kemudian bertemu dengan sempadan batin Lima sakai, Pulau Rupat, Selat Murung, Pulau Ketam, Pulau Payung, Pulau Wampu, Pulau Rampung dan pulau-pulau kecil yang termasuk wilayah kerajaan.
Propinsi Bangko
sunting- Hakim polis negeri Tebing Tinggi bergelar Datuk Dewa Pahlawan.
- Hakim syari'ah bergelar Imam negeri Bangko.
Salah satu Imam Bangko yang dikenal bernama Imam Abdullah[46].
- Sempadan-sempadan negeri: daerah sungai Sinaboi menyusuri tanah besar masuk ke Sungai Rokan sebelah kiri sampai ke Sarang Lang. Setelah itu, menyusuri sebelah kanan sungai rokan, Sungai Dira Pekaitan, Sungai Kencang dan pulau-pulau kecil yang termasuk wilayah kerajaan.
Propinsi Tanah Putih
sunting- Hakim polis negeri Tanah Putih bergelar Datuk Setia Maharaja.
- Hakim syari'ah bergelar Imam negeri Tanah Putih.
Propinsi Kubu
sunting- Hakim polis negeri Kubu bergelar Datuk Jaya Perkasa atau Datuk Indra Setia.
- Hakim syari'ah bergelar Imam negeri Kubu.
Propinsi Pekanbaru
sunting- Hakim polis negeri Pekanbaru bergelar Datuk Syahbandar.
- Hakim syari'ah bergelar Imam di negeri Pekanbaru.
Propinsi Tapung Kanan
sunting- Hakim polis negeri Tapung Kanan bergelar Datuk Bendahara Muda Sekijang.
- Hakim syari'ah bergelar Imam di negeri Sekijang.
Propinsi Tapung Kiri
sunting- Hakim polis negeri Tapung Kiri bergelar Syarif Bendahara.
- Hakim syari'ah bergelar Imam di Petapahan.
Warisan sejarah
suntingSiak Sri Inderapura sampai sekarang tetap diabadikan sebagai nama ibu kota dari Kabupaten Siak, dan Balai Kerapatan Tinggi yang dibina tahun 1886 serta Istana Siak Sri Inderapura yang dibina pada tahun 1889,[47][48][49] masih tegak berdiri sebagai simbol kejayaan masa silam, termasuk Tari Zapin Melayu dan Tari Olang-olang yang pernah mendapat kehormatan menjadi pertunjukan utama untuk ditampilkan pada setiap perayaan di Kesultanan Siak Sri Inderapura.[39] Begitu juga nama Siak masih melekat merujuk kepada nama sebuah sungai di Provinsi Riau sekarang, yaitu Sungai Siak yang bermuara pada kawasan timur pulau Sumatra
Galeri Bendera
sunting-
Distrik Kalakap
-
Distrik Kassim
-
Distrik Kampar
-
Distrik Pasisir
-
Distrik Bogah
-
Distrik Limapuluh
-
Distrik Tandjong
-
Distrik Tanah Datar
Rujukan
sunting- ^ As, M. S., (1996), Ulama pembawa Islam di Indonesia dan sekitarnya, Lentera Basritama, ISBN 979-8880-16-1
- ^ a b Jasmi, K., (2005), Surau: kumpulan cerpen, Penerbit Republika, ISBN 979-3210-49-4.
- ^ Tod, James (1899). The annals and antiquities of Rajastʾhan: or the central and ..., Volume 2. Indian Publication Society. m/s. 1010. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Iaroslav Lebedynsky. (2006). Les Saces: Les «Scythes» d'Asie, VIIIe siècle av. J.-C. — IVe siècle apr. J.-C. Editions Errance, Paris. ISBN 2-87772-337-2
- ^ Suparlan P., (1995), Orang Sakai di Riau: masyarakat terasing dalam masyarakat Indonesia: kajian mengenai perubahan dan kelestarian kebudayaan Sakai dalam proses transformasi mereka ke dalam masyarakat Indonesia melalui Proyek Pemulihan Pembinaan Kesejahteraan Masyarakat Terasing, Departemen Sosial, Republik Indonesia, Yayasan Obor Indonesia, ISBN 979-461-215-4.
- ^ Lamry, M. S., Nor, H. M., (1993), Masyarakat dan Perubahan, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, ISBN 967-942-249-6.
- ^ http://www.jais.gov.my Diarkibkan 2009-08-31 di Wayback Machine Iklan Jawatan Kosong Diarkibkan 2011-01-03 di Wayback Machine
- ^ a b c d e Luthfi, A., (1991), Hukum dan perubahan struktur kekuasaan: pelaksanaan hukum Islam dalam Kesultanan Melayu Siak, 1901-1942, Susqa Press.
- ^ a b Cave, J., Nicholl, R., Thomas, P. L., Effendy, T., (1989), Syair Perang Siak: a court poem presenting the state policy of a Minangkabau Malay royal family in exile, Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society
- ^ a b Barnard, T. P., (2004), Contesting Malayness: Malay identity across boundaries, NUS Press, ISBN 9971-69-279-1.
- ^ Coolhaas, W.P. (1964). "Generale Missiven der V.O.C.". Journal of Southeast Asian History. 2 (7). doi:10.1017/S0217781100003318.
- ^ NA, VOC 1895, Malacca, 30 Januari 1718, fols.55-6.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaAndaya2
- ^ Andaya, L.Y., (1975), The Kingdom of Johor, 1641-1728, Kuala Lumpur: Oxford University Press.
- ^ Ryan, N.J., (1969), The making of modern Malaysia and Singapore: a history from earliest times to 1966, Oxford University Press.
- ^ Miller, F.P., Vandome, A.F., McBrewster, J., (2010), Johor Sultanate, VDM Verlag Dr. Mueller e.K., ISBN 6133801638.
- ^ Abshire, J., (2011), The History of Singapore, ABC-CLIO, ISBN 0-313-37742-1.
- ^ a b c Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaAnthony
- ^ a b Barnard, T.P., Texts, Raja Ismail and Violence: Siak and the Transformation of Malay Identity in theEighteenth Century, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 32, No. 3 (Oct., 2001), pp. 331-342.
- ^ Penelitian dan pengkajian naskah kuno daerah Jambi, Volume 2, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Direktorat Jenderal Kebudayaan, Direktorat Sejarah dan Nilai Tradisional, Proyek Penelitian dan Pengkajian Kebudayaan Nusantara, 1989
- ^ Cribb, R. B., Kahin, A., (2004), Historical dictionary of Indonesia, Scarecrow Press, ISBN 0-8108-4935-6.
- ^ Karl Hack, Tobias Rettig, (2006), Colonial armies in Southeast Asia, Routledge, ISBN 0-415-33413-6.
- ^ History of the Royal Dutch, Vol. 1, Brill Archive.
- ^ Cook, Bethune, (1819), Sir Thomas Stamford Raffles: Founder of Singapore, 1819 and some of his friends and contemporaries, London: A.H. Stockwell.
- ^ Trocki, C. A., (2007), Prince of Pirates: The Temenggongs and the Development of Johor and Singapore, 1784-1885, NUS Press, ISBN 9971-69-376-3.
- ^ Netscher, E., (1854), Beschrijving van een Gedeelte der Residentie Riouw, Tijdschrift voor Indische Taal- Land- en, Volkenkunde.
- ^ Overeenkomsten met de zelfbesturen in de Residentie Riouw en Onderhoorigheden 1857-1909
- ^ Bijdragen tot de taal-, land- en volkenkunde, 1997, Volume 153, Issues 3-4, Koninklijk Instituut voor Taal-, Land- en Volkenkunde, M. Nijhoff.
- ^ Locher-Scholten, E., (2004), Sumatran Sultanate and Colonial State: Jambi and the Rise of Dutch Imperialism, 1830-1907, SEAP Publications, ISBN 0-87727-736-2.
- ^ Dick, H.W., (2002), The Emergence of a National Economy: An Economic History of Indonesia, 1800-2000, University of Hawaii Press, ISBN 0-8248-2552-7.
- ^ Panhuys, H. F., (1978), International Law in the Netherlands, BRILL, ISBN 90-286-0108-2.
- ^ a b Wolters, O. W., (1999), History, Culture, and Region in Southeast Asian Perspectives, SEAP Publications, ISBN 0-87727-725-7.
- ^ a b Samin, S. M., (2002), Sultan Syarif Kasim II: pahlawan nasional dari Riau, Yayasan Pusaka Riau, ISBN 979-9339-65-0.
- ^ (Belanda) Bataviaasch Genootschap van Kunsten en Wetenschappen, Lembaga Kebudajaan Indonesia (1862). Tijdschrift voor Indische taal-, land-, en volkenkunde. 11. Lange & Co. m/s. 113.
- ^ Koster, G. L., (1997) Roaming through seductive gardens: readings in Malay narrative, Volume 167 of Verhandelingen Series, Koninklijk Instituut voor Taal-, Land- en Volkenkunde.
- ^ Or. 2242 IV, Surat Sultan Siak kepada Belanda tanggal 22 Ramadhan 1248 (22 Februari 1833)
- ^ Dutch East Indies, (1941), Regeerings-Almanak voor Nederlandsch-Indië, Volume 1.
- ^ Martin, L., (1889), The Negri Sembilan: their origin and constitution, Singapore, Foreign and Commonwealth Office Collection.
- ^ a b c Sejarah daerah Riau, Proyek Penelitian dan Pencatatan Kebudayaan Daerah, Pusat Penelitian Sejarah dan Budaya, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, 1977.
- ^ a b Barnard, T.P., Rules for Rulers: Obscure Texts, Authority, and Policing in Two Malay States, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 32, No. 2 (Jun., 2001), pp. 211-225.
- ^ a b c Junus, H. (2016), Bab al-Qawa'id: Kitab Pegangan Hukum Dalam Kerajaan Siak, Yayasan Pusaka Riau.
- ^ Dobbin, C. E., (1983), Islamic revivalism in a changing peasant economy: central Sumatra, 1784-1847, Curzon Press, ISBN 0-7007-0155-9.
- ^ L.W.C. van de Berg, Le Hadramouth et les colonies Arabes dans l'archipel Indien, Batavia:Imprimerie du gouvernement, 1886.
- ^ Kathirithamby-Wells, J., Royal Authority and the "Orang Kaya" in the Western Archipelago, circa 1500-1800, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 17, No. 2 (Sep., 1986), pp. 256-267.
- ^ Jamil, OK. NIzami (2014), Tahtaku untuk Negeriku Indonesia, Lembaga Warisan Budaya Melayu Riau.
- ^ Luthfi, Amir (1991), Hukum dan Perubahan Struktur Kekuasaan: Pelaksanaan Hukum Islam dalm Kesultanan Melayu Siak 1901 - 1942, Susqa Press.
- ^ Rahman, E., Marni, T., Zulkarnain, (2003), Alam melayu: Sejumlah gagasan menjemput keagungan, Unri Press, ISBN 979-3297-76-X
- ^ Tempo, Volume 9, Badan Usaha Jaya Press Jajasan Jaya Raya, 1979.
- ^ Berkmoes, V. R., (2010), Indonesia, Lonely Planet, ISBN 1-74104-830-3.
Lihat juga
suntingPautan luar
sunting- (Indonesia)Sejarah Singkat Kerajaan Siak Diarkibkan 2007-07-17 di Wayback Machine di Indonesia
- (Indonesia)Kronik mengenai pusat Kesultanan Siak Diarkibkan 2008-06-16 di Wayback Machine in Indonesian language
- (Indonesia)Sejarah Kerajaan Siak di MelayuOnline.com Diarkibkan 2016-10-18 di Wayback Machine in Indonesian language
- (Inggeris)Kesultanan Siak di University of Queensland in Indonesian language