Ketoprak

seni pentas dalam kebudayaan Jawa

Ketoprak ialah sejenis seni pentas yang berasal dari Jawa, Indonesia. Dalam sebuah persembahan ketoprak, sandiwara yang bersilih ganti dengan lagu-lagu Jawa, diiringi dengan gamelan, dipersembahkan.

Tema cerita dalam sebuah pertunjukan ketoprak berbeza-beza dan biasanya diambil daripada cerita legenda atau sejarah Jawa. Banyak juga yang diambil daripada cerita luar negeri tetapi tema ceritanya tidak pernah diambil daripada repertoir cerita epok (roman kesateriaan) seperti Ramayana dan Mahabharata kerana nanti dikelirukan dengan pertunjukan bukan ketoprak, umpamanya pertunjukan wayang orang.

Beberapa tahun terakhir ini, muncul sebuah genre yang baru, iaitu Ketoprak Humor,  yang ditayangkan oleh stesen televisyen RCTI. Dalam pementasan jenis ini, banyak dimasukkan unsur kelucuan.