Manchukuo (満州国, har. "Negara Manchuria") ialah sebuah negara boneka di Manchuria dan Mongolia Dalam yang diasaskan oleh bekas pegawai Dinasti Qing dengan bantuan Empayar Jepun pada tahun 1932. Negeri ini diasaskan dan ditadbir oleh Empayar Jepun, dengan Puyi, maharaja Qing terakhir, sebagai pemangku dan maharaja atas nama.[2] Kerajaan Manchukuo dimansuhkan pada tahun 1945 setelah tumpasnya Empayar Jepun pada penghujung Perang Dunia II. Sungguhpun sedemikian namanya, namun kaum Manchu merupakan minoriti di Manchukuo, manakala kelompok etnik terbesar di situ adalah bangsa Han. Terdapat juga orang Korea, Jepun, Mongol dan kaum minoriti yang lebih kecil. Rantau-rantau Mongol di Manchukuo barat diperintah di bawah sistem yang sedikit berlainan sebagai menghormati tradisi Mongol di situ.

Manchukuo (1932–1934)
滿洲國 atau 满洲国  Mǎnzhōuguó  (Cina)
満州国  Manshū-koku  (Jepun)

Empayar Besar Manchukuo (1934–1945)
(大)滿洲帝國 atau (大)满洲帝国
(Dà) Mǎnzhōu Dìguó  (China)
(大)満州帝国  (Dai) Manshū Teikoku  (Jepun)
1932–1945
Bendera Manchukuo
Mohor Empayar Manchukuo
Bendera Mohor Empayar
Lagu kebangsaanLagu Kebangsaan Manchukuo
Lokasi Manchukuo (merah) dalam bidang pengaruh Empayar Jepun.
Lokasi Manchukuo (merah) dalam bidang pengaruh Empayar Jepun.
StatusNegara boneka Empayar Jepun
Ibu negaraHsinking (Changchun)
(1932-03-01~1945-08-09)
Tonghua (Linjiang)
(1945-08-09~1945-08-18)
Bahasa yang umum digunakanJepun
Bahasa Mandarin
Mongolia
Manchu (tidak rasmi)[1]
KerajaanNegeri parti tunggal di bawah raja berperlembagaan nominal
Ketua Eksekutif 
• 1932–1934
Aisin-Gioro Puyi
Maharaja 
• 1934–1945
Kangde (Aisin-Gioro Puyi)
Perdana Menteri 
• 1932–1935
Zheng Xiaoxu
• 1935–1945
Zhang Jinghui
Badan perundanganMajlis Perundangan
Era SejarahInterbellum · Perang Dunia II
• Didirikan
1932
• Dibubarkan
1945
Mata wangYuan Manchukuo
Didahului oleh
Diganti oleh
Republik China (1912-1949)
Pendudukan Soviet di Manchuria
Sekarang sebahagian dari Republik Rakyat China
Manchukuo
Nama Cina
Cina Tradisional: 滿洲國
Cina Ringkas: 满洲国
Maksud harfiah: Negeri Manchuria
Nama Jepun
Kanji: 滿州國 / 滿洲國
Hiragana: まんしゅうこく
Empayar Manchuria
Nama Cina
Cina Tradisional: 大滿洲帝國
Cina Ringkas: 大满洲帝国
Nama Jepun
Kanji: 大滿州帝國 / 大滿洲帝國
Hiragana: だいまんしゅうていこく

Sejarah sunting

Setelah puak-puak Manchu menawan China mereka menggantikan Dinasti Ming dengan Dinasti Qing. Namun, maharaja-maharaja Manchu tidak menggabungkan tanah air mereka sepenuhnya dengan China. Permbahagian ini berterusan sehingga dinasti Qing mula mennjadi lemah pada 1800-an.

Sementara kuasa diraja di Beijing makin lemah, kebanyakan kawasan terpencil sama ada berpisah (seperti Kashgar) atau jatuh di bawah kuasa Imperialisme. Pada 1800-an, Empayar Rusia paling berminat untuk menampakkan pengaruh di kawasan utara Emapayar Qing. Pada tahun 1858, Rusia mencapai penguasaan atas nama terhadap serisalah tanah yang besar bernama Manchuria Luar kesan Perjanjian Tambahan Beijing yang menamatkan Perang Candu Kedua. Namun Rusia maish tidak puas hati, dan sementara Dinasti Qing makin lemah, Rusia menguatkan lagi usaha mengambil alih saki-baki tanah Manchuria. Manchuria Dalam jatuh ke bawah pengaruh kuat Rusia pada 1890-an dengan pembinaan gerabak Kereta Api Timur Cina melalui Harbin ke Vladivostok.

Namun, sejak Perang Rusia-Jepun (1904–5) pengaruh Jepun menggantikan Rusia di Manchuria Dalam. Pada tahun 1906, Jepun mendirikan gerabak Kereta Api Manchuria Selatan ke Port Arthur (Ryojun). Antara Perang Dunia I dan Perang Dunia II Manchuria menjadi medan pertempuran politik dan ketenteraan antara Rusia, Jepun, dan China. Jepun beralih ke Manchuria Luar akibat huru-hara yang menyusuli Revolusi Rusia 1917. Namun, kejayaan tentera Soviet bersama tekanan ekonomi Amerika Syarikat memaksa pihak Jepun berundur dari kawasan itu, dan Manchuria Luar kembali ke tangan Soviet pada tahun 1925.

Ketika zaman hulubalang di China, hulubalang yang bernama Zhang Zuolin berkuasa di Manchuria Dalam dengan sokongan Jepun. Akan tetapi, pihak Kantogun Jepun mendapati beliau terlalu bebas lalu membunuhnya pada tahun 1928. Selepas pencerobohan Manchuria oleh Jepun pada tahun 1931, bekas Maharaja China, Pu-Yi, diundang bersama para pengikut beliau untuk menjadi ketua negeri Manchuria; maka beliau menerimanya. Pada 18 Februari 1932 "Negeri Manchuria" (Manchukuo, Pinyin: Mǎnzhōuguó)[3] diisytiharkan wujud dan diiktiraf oleh Jepun. Kota Changchun, dinamkaan semula Hsinking (Xinjing, 新京), atau "Ibu Kota Baru", menjadi ibu negeri entiti baru ini. Orang Cina di Manchuria mendirikan tentera sukarelawan untuk menentang Jepun maka negeri baru ini terpaksa mengalami perang selama beberapa tahun untuk mendamaikan negara.

[[

 
Maharaja Manchukuo, Kangde (Puyi)

Mual-mulanya pihak Jepun menobatkan Puyi sebagai ketua eksekutif pada 1932, dan dua tahun kemudian beliau diisyitharkan sebagai Maharaja Manchukuo dengan nama zaman Kangde atau "Ketenangan Dan Kebaikan". Maka Manchukuo menjadi Empayar Manchuiran Besar, kadang-kala bergelar Manchutikuo (Pinyin: Mǎnzhōu Dìguó). Zheng Xiaoxu menjadi perdana menteri pertama Manchukuo sehingga tahun 1935, diikuti Zhang Jinghui. Puyi hanya setakat raja boneka dan kuasa sebenar terletak pada pegawai tentera Jepun. Sebuah istana diraja dibina khusunya untuk maharaja ini. Semua menteri-menteri Manchu berkhdimat sebagai orang utama untuk timbalan Jepun mereka yang membuat segala keputusan.

Dalam cara ini, Jepun secara rasminya memisahkan Manchukuo dari China pada 1930-an. Dengan pelaburan Jepun dan kekayaan sumber asli, kawasan ini menjadi sebuah kuasa perindsutrian. Pada tahun 2007, satu rencana oleh Reiji Yoshida dalam akhbar Japan Times mendakwa bahawa sebahagian pelaburan Jepun dibiayai oleh penjualan dadah. Menurut rencana itu, satu dokumen yang ditemui Yoshida menunjukkan bahawa Kōa-in (Lembaga Pembangunan Asia Timur Raya) terlibat secara langsung dalam menyediakan dana kepada penjual dadah di China demi manfaat kerajaan-kerajaan boneka Manchukuo, Nanjing dan Mongolia.[4] Dokumen ini mentahkikkan bukti yang dianalisa oleh tribunal Tokyo yang menyatakan bahawa

Tujuan sebenar Jepun dalam menarik pengedaran dadah adalah jauh lebih durjana berbanding pun pelanggaran kesusilaan orang Cina. Jepun yang telah menandatangani dan meratifikasi konyensyen candu itu diwajibkan tidak menarik pengedaran dadah, tetapi negara ini mendapat peluang mudah untuk menjalankan pengedaran dadah sedunia dalam kemerdekaan Manchukuo yang diakui tetapi palsu dan melemparkan kebersalahannya pada negeri boneka itu (...) Pada tahun 1937, adalah ditunjukkan di Liga Bangsa bahawa 90% dari segala dadah putih haram di dunia berasal dari Jepun...

[5].

Hanya 23 daripada 80 buah negara yang wujud ketika itu mengiktiraf negeri baru itu. Liga Bangsa (melalui Laporan Lytton) mengisytiharkan bahawa Manchuria sebetulnya kekal sebahagian China, lalu memaksa Jepun meninggalkan keahliannya pada tahun 1934. Kes Manchukuo ini mendorong Amerika Syarikat untuk menjelaskan Doktrin Stimson, yang menyatakan bahawa pengiktirafan antarabangsa ditahan daripada perubahan dalam sistem antarabangsa yang disebabkan kuasa tentera. Di kalangan kuasa-kuasa besar, Empayar Jepun, Kesatuan Soviet, Perancis Vichy, Itali Fasis, Seapnyol Franco dan Jerman Nazi mengiktiraf Manchukuo secara diplomatik. Tambahan pula, Manchukuo meraih pengiktirafan daripada kerajaan China subahat Jepun di bawah Wang Jingwei, dan juga El Salvador dan Republik Dominica. Meskipun kerajaan China tidak mengiktiraf Manchukuo, kedua-dua negara mendirikan hubungan perdagangan, perhubungan dan pengangkutan rasmi.

 
Pengiktirafan Manchukuo

Tarikh-tarikh pengiktirafan Manchukuo adalah seperti berikut:

Sebelum Perang Dunia II, pihak Jepun menjajah Manchukuo lalu menggunakannya sebagai tapak pencerobohan China. Pada musim panas tahun 1939 berlaku pertikaian sempadan antara Manchukuo dan Republik Rakyat Mongolia yang mengakibatkan tercetusnya Pertempuran Khalkhin Gol. dalam pertempuran ini, angkatan gabungan Soviet-Mongolia menewaskan Tentera Kwantung Jepun (Kantogun) yang disokong angkatan Manchukuo yang terhad.

Pada 8 Ogos 1945, Kesatuan Soviet mengisytiharkan perang terhadap Jepun seiring dengan perjanjian di Persidangan Yalta, lalu mencerobohi Manchukuo dari Manchuria Luar dalam tindakan yang bergelar Operasi Ribut Ogos. Ketika serangan Soviet, Tentera Manchukuo yang bermula sebagai angkatan 200,000 orang yang bersenjata lengkap dan terlatih di bawah bimbingan Jepun, kurang menyerlah dan seluruh unit-unit menyerah kalah pada pihak Soviet tanpa melepaskan sedas tembakan pun; ada juga kes-kes rusuhan dan pemberontakan bersenjata menentang kuasa Jepun. Maharaja Kang De pernah berharap agar dapat melarikan diri ke Jepun untuk menyerah kepada pihak Amerika, tetapi pihak Soviet pula yang menangkap beliau lalu menyerah balik beliau ke kerajaan komunis di China, di mana pihak berkuasa memenjarakan beliau sebagai penjenayah perang bersama semua pegawai Manchukuo lain yang tertawan.

Dari tahun 1945 hingga 1948, Manchuria (Manchuria Dalam) dijadikan tapak Tentera Pembebasan Rakyat dalam Perang Saudara China menentang Kuomintang (KMT). Dengan galakan Soviet, pihak Komunis China menggunakan Manchuria sebagai pentas utama sehingga tamatnya perang saudara pada tahun 1949. Kebanyakan anggota tentera Manchukuo dan Kantogun Jepun berkhidmat dengan tentera komunis dalam Perang Saudara China menentang kuasa Nasionalis.

Ketua Negeri sunting

Maharaja Manchukuo
Bekas keberajaan
Imperial
 
Mohor Empayar
 
Kāngdé
Raja pertama Kāngdé
Raja terakhir Kāngdé
Keberajaan bermula 1 Mac 1934
Keberajaan tamat 15 Ogos 1945
Penuntut terkini Jin Youzhi
Manchukuo 1932–1945
Nama-nama peribadi Tempoh menjawat Nama Zaman (年号) dan tahun jawatan
Semua nama-nama yang diberikan dalam tebal
Aisin-Gioro Puyi 愛新覺羅溥儀 Àixīnjuéluó Pǔyì Mac 1932 – Ogos 1945 Datong (大同 Dàtóng) 1932–1934
Kangde (康德 Kāngdé) 1934–1945

Rujukan sunting

  1. ^ Mitani, Hiromi (1996). "A STUDY OF MANCHUKUO'S LANGUAGE POLICY : THE REPRESENTATION OF NATION AND NATIONAL LANGUAGE IN THE NEW SCHOOL SYSTEM". Essays and studies. 46 (2).
  2. ^ Encyclopædia Britannica article on Manchukuo
  3. ^ "Between World Wars". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-31. Dicapai pada 2008-02-18.
  4. ^ Japan profited as opium dealer wartime China, https://archive.is/20120604094307/search.japantimes.co.jp/cgi-bin/nn20070830f1.html
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2008-02-18.

Lihat juga sunting