Ketua Marsyal Udara

.

Insignia Ketua Marsyal Udara Tentera Udara Diraja
Plat bintang Ketua Marsyal Udara RAF
Ketua Marsyal Udara Sir Richard Johns, Pakaian Istiadat No. 1 RAF

Ketua Marsyal Udara (Air Chief Marshal atau ACM) ialah pegawai udara berpangkat empat bintang yang berasal daripada Tentera Udara Diraja, dimana ia merupakan pangkat tentera udara paling kanan di masa aman.[1][2] Pangkat tersebut juga telah digunakan oleh banyak tentera udara negara-negara yang mempunyai pengaruh sejarah British dan ia kadangkala digunakan sebagai terjemahan bahasa Inggeris yang setaraf dengan pangkat di negara-negara yang mempunyai struktur pangkat spesifik tentera udara bukan Inggeris.

Ketua Marsyal Udara ialah pegawai udara empat bintang dan mempunyai kod pangkat OF-9 NATO.[3] Ketua Marsyal Udara setaraf dengan Laksamana dalam Tentera Laut Diraja atau Jeneral dalam Tentera Darat British atau Marin Diraja. Dalam angkatan bersenjata lain, seperti Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Kanada, pangkat empat bintang yang sepadan ialah Jeneral.

Pangkat Ketua Marsyal Udara adalah lebih tinggi daripada pangkat Marsyal Udara tetapi lebih rendah daripada Marsyal Tentera Udara. Ketua Marsyal Udara kadangkala dianggap secara umum sebagai Marsyal Udara.[4]

Ketua-ketua marsyal udara yang terkenal sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Ranks and Badges of the Royal Air Force". Royal Air Force. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 December 2007. Dicapai pada 1 December 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Air of Authority - A History of RAF Organisation - Glossary".
  3. ^ https://www.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/34838/20101130_narrative_and_payscales.pdf
  4. ^ "Forms Of Address: Air Chief Marshal, Air Marshal and Air Vice-Marshal". Debrett's. Dicapai pada 4 December 2015.
  5. ^ Biography of L. S. Breadner
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Mubarak tidak disediakan

Templat:UK officer ranks