Ketua Menteri

Ketua Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih atau dilantik mengetuai subbahagian sesuatu negara, terutamanya negeri. Sebagai contoh termasuklah negeri dan kadang kala wilayah kesatuan India, wilayah Australia[1], provinsi di Sri Lanka atau Pakistan, provinsi persekutuan di Nepal, kawasan autonomi di Filipina[2], atau jajahan luar negeri British yang memerulukan pemerintahan sendiri. Ia juga digunakan untuk gelaran yang diberikan kepada ketua kerajaan negeri-negeri di Malaysia[3] yang tiada mempunyai pemerintahan beraja.

Gelaran ini juga digunakan di Isle of Man (sejak 1986), Guernsey (sejak 2004) dan Jersey (sejak 2005).

Pada 2018 Sierra Leone, sebuah republik berpresiden, mewujudkan jawatan Ketua Menteri yang dilantik, yang sama seperti Perdana Menteri dalam sistem separa berpresiden[4] Sebelum dari itu, hanya Milton Margai yang memegang jawatan yang sama pada 1954 hingga 1958.[5]

Maksud dan perananSunting

Gelaran Ketua Menteri mempunyai peranan dan pembentukan yang sama dengan perdana menteri, menteri pertama dan presiden menteri tetapi kebiasaannya di tahap yang lebih rendah. Peranannya sama sebagaimana pemerintahan yang menggunakan sistem Westminster di mana ketua negeri berperlembagaan dinasihati oleh para menteri yang mengetuai portfolio eksekutif negeri (kementerian). Ketua Menteri difahami sebagai pertama dalam kalangan semua. Seseorang ketua menteri akan menjadi ketua penasihat bagi pencalonan ketua negeri, pelantikan kabinet dan mengetuai parti politik yang memerintah dalam badan perundangan.[6]

RujukanSunting

  1. ^ "About government". nt.gov.au. Retrieved on 16 March 2018.
  2. ^ Only in Bangsamoro
  3. ^ "Malay Stats". Dicapai pada 14 April 2009.
  4. ^ Controversy over appointment of chief minister of Sierra Leone. Sierra Leone Telegraph, 2 May 2018.
  5. ^ Centre of Sierra Leone Studies – The politics of Sierra Leone. The University of Makeni. Abgerufen am 15. Mai 2018.
  6. ^ Boland, Angela (8 August 2017). Cabinet Handbook (PDF). Northern Territory Government. m/s. 5. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 20 March 2018. Dicapai pada 20 August 2018.