Ketua Menteri Sabah
Ketua Menteri Sabah ialah ketua kerajaan Wilayah Sabah, Malaysia. Ketua Menteri Sabah disandang oleh Hajiji Noor dari Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) iaitu salah satu komponen utama dan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Ketua Menteri Sabah | |
---|---|
![]() | |
Kerajaan Wilayah Sabah | |
Gelaran | Yang Amat Berhormat |
Ahli kepada | Kabinet Wilayah Sabah |
Lapor kepada | Dewan Undangan Wilayah Sabah |
Kediaman | Seri Gaya, Kota Kinabalu, Sabah |
Pusat | Tingkat 17 & 18, Wisma Innoprise, Jalan Sulaman, 88502 Kota Kinabalu, Sabah |
Pelantik | Juhar Mahiruddin Yang di-Pertua Wilayah Sabah |
Tempoh jawatan | Selagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Wilayah Sabah Pilihan raya Wilayah diadakan lima tahun sekali atau lebih awal |
Surat cara pembentukan | Wilayah Sabah |
Pemegang sulung | Mohammad Fuad Stephens |
Pembentukan | 16 September 1963 |
Timbalan | |
Laman sesawang | ww2 |
Senarai Ketua Menteri SabahSunting
(Parti Politik):
GRS
PBS (Rasmi bergabung di dalam GRS sejak 2022)
Tempoh Menjawat | Gambar | Ketua Menteri | Parti (parti - gabungan politik) |
Kerusi Bertanding | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
16 September 1963 | 31 December 1964 | Tun Fuad Stephens
(1920–1976) |
Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) - Perikatan | Dun Kiulu
(1976) |
Beliau merupakan Ketua Menteri Pertama Sabah sejak Malaysia Ditubuhkan. | ||
1 Januari 1965 | 12 Mei 1967 | Tan Sri Datuk Peter Lo Sui Yin
(1923-2020) |
Persatuan Cina Sabah(SCA) - Perikatan | Tidak Diketahui | |||
12 Mei 1967 | 1 November 1975 | Tun Datu Mustapha Datu Harun
(1918-1995) |
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) - Perikatan | Bengkoka-Banggi,(1967–1976)
(1976–1981)
(1985–1986), (1987–1994) |
|||
1 November 1975 | 18 April 1976 | Tun Mohd Said Keruak
(1925-1995) |
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) - BN | Usukan,
(1967-1982) |
|||
18 April 1976 | 6 Jun 1976 | Tun Fuad Stephens
(1920-1976) |
BERJAYA - BN | Kiulu, | |||
6 Jun 1976 | 22 April 1985 | Tan Sri Datuk Seri Panglima Harris Mohd Salleh
(1930-Kini) |
BERJAYA - BN | Sipitang-Ulu Padas
(1967-1971)
(1976-1985) |
|||
22 April 1985 | 16 March 1994 | Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan
(1940-Kini) |
Parti Bersatu Sabah (PBS) | Tambunan,
(1976-2018) |
|||
17 March 1994 | 26 Disember 1994 | Tun Sakaran Dandai
(1930-2021) |
UMNO - BN | Semporna,
(1967-1985)
(1985-1990),(1994) |
|||
27 Disember 1994 | 27 Mei 1996 | Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Tun Mohd. Said
(1958-Kini) |
UMNO - BN | Usukan,
(1994-2004),(2020) |
|||
27 Mei 1996 | 27 Mei 1998 | Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee
(1958-Kini) |
Parti Maju Sabah (SAPP) - BN (Kini SAPP - USA) | 'Likas",
(1985-2004) |
|||
28 Mei 1998 | 14 March 1999 | Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Dompok
(1949-Kini) |
Parti Demokratik Sabah (PDS) - BN (kini UPKO - PH) | Moyog,
(1986-1994) |
|||
15 March 1999 | 26 March 2001 | Tan Sri Datuk Seri Panglima Osu Haji Sukam
(1949-Kini) |
UMNO - BN | Sulaman,
(1986)
(1994-2004) |
|||
27 March 2001 | 26 March 2003 | Tan Sri Datuk Seri Panglima Chong Kah Kiat
(1948-Kini) |
Parti Liberal Demokratik (LDP) - BN | Kudat,
(1981-1985),(1999-2004)
(2004-2018) |
|||
4 Mac 2003 | 10 April 2018 | Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman
(1951-Kini) |
UMNO - BN | Sungai Sibuga,
(1994-2020) |
|||
12 Mei 2018 | 25 September 2020 | Dato' Seri Mohd Shafie Apdal[1](1956-Kini) | Parti Warisan Sabah (WARISAN) | Senallang,
(2018) |
|||
29 September 2020 | Kini | Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
(1956-Kini) |
Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) - GRS | Sulaman,
(1990) |
Sumber: Senarai Ketua Menteri Sabah Kerajaan Wilayah Sabah.
Pilihanraya Umum Ke-14Sunting
Di Sabah, pada Pilihanraya Umum Ke-14, Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan YB Shafie Apdal, Barisan Nasional (BN) dipimpin oleh YAB Musa Aman. Kedua-dua parti tersebut telah memperoleh keputusan seri dengan memenangi 29 kerusi DUN dengan satu lagi parti pembangkang tempatan (Komponen Bebas - tidak menggunakan mana-mana tiket gabungan) yang diwakili Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) telah memenangi baki 2 kerusi.
Presiden STAR (Komponen Bebas) pimpinan YB Jeffrey Kitingan pada mulanya dikatakan bersetuju menyokong parti Warisan dan akan memberikan Warisan dan Pakatan Harapan (PH) majoriti mudah bagi membentuk kerajaan, tetapi Parti STAR masih dikira sebagai "Government Maker" kerana parti STAR adalah parti yang bertanding atas tiket logo sendiri dan tidak berpihak bagi pihak "kiri" ataupun pihak "kanan". Oleh sebab Datuk Seri Shafie Apdal tidak menyokong perjanjian Datuk Jeffrey Kitingan, manakala Musa Aman pula bersetuju dengan Perjanjian YB Jeffrey, maka beliau memutuskan untuk bergabung dengan BN. Walaubagaimanapun, dalam perlembagaan Sabah, terdapat peruntukan yang membenarkan Ketua Menteri untuk menamakan enam orang sebagai ahli dewan, yang bererti partinya secara automatik mendapat tambahan enam kerusi di dewan.[2]
Barisan Nasional Sabah pula telah memenangi 29 Kerusi DUN Sabah, manakala Gabungan WARISAN, PKR dan DAP juga memenangi jumlah kerusi yang sama (WARISAN 21, DAP 6 dam PKR 2) namun Barisan Nasional terus bekerjasama dengan dua lagi ADUN STAR yang telah berpaling tadah dengan PH Sabah bagi membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah iaitu 31 Kerusi daripada 60 Kerusi DUN yang dipertandingkan.
Krisis pelantikan Ketua Menteri SabahSunting
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman yang mewakili Parti Barisan Nasional yang merupakan ahli DUN Sungai Sibuga kemudiannya telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada jam 11.05 malam 10 Mei 2018 di hadapan Yang di-Pertua Wilayah, Tun Juhar Mahiruddin dan mengekalkan jawatan yang dipegangnya sejak tahun 2003.[3]
Bagaimanapun, Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal kemudian telah menerima sokongan 35 daripada 60 ADUN termasuk 6 ADUN daripada Gabungan Barisan Nasional iaitu Adun-Adun UPKO yang disahkan telah melompat parti untuk membentuk kerajaan Wilayah dengan majoriti mudah. Dato Shafie telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang Ke-15 pada 12 Mei 2018 pukul 9.15 Malam di depan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.[4]
Krisis Politik di Sabah berterusan sehingga hujung bulan Ogos 2020 berikutan Tan Sri Musa Aman yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sebelum ini menafikan beliau meletakkan jawatan.
Krisis pelantikan Ketua Menteri Sabah ini telah berakhir dengan pembubaran Dun Sabah dan akhirnya mandat telah dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan secara adil pelantikan ketua menteri sabah yang sebenar. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menentukan tarikh yang sesuai untuk diadakan PRW Sabah iaitu pada 27 September 2020, bersamaan tarikh krisis pelantikan ketua menteri sabah berakhir sepenuhnya.
Krisis pelantikan Ketua Menteri Sabah ini akhirnya berakhir dengan sangat adil dan sangat teratur dengan undian rakyat yang berpihak kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Gabungan tersebut telah bersetuju melantik Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah Baru yang ke-16 dan telah mendapat sambutan yang baik oleh rakyat-rakyat di Sabah. Selepas Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah yang ke-16, Krisis Pelantikan Ketua Menteri di Sabah pun berakhir dengan adil dan Saksama mengikut undang-undang Sabah.
Krisis pelantikan Ketua Menteri Sabah yang berlaku dari bulan Mei 2018 telah berakhir pada 27 September 2020 melalui pelantikan baru yang ditentukan oleh mandat rakyat.
Sabah kini telah bebas dari krisis pelantikan ketua politik dan krisis politik yang teruk.
PRW Sabah 2020 (Pilihan Raya Sabah 2020) - Pengakhiran krisis politik di Sabah
Pilihan Raya Sabah yang berlangsung tepat pada 27 September 2020 telah menyaksikan "Warna-Warni" kepelbagaian parti-parti di Sabah yang bertanding. Parti-parti yang telah bertanding di dalam Pilihanraya tersebut adalah Parti PPBM, BN, STAR, SAPP, PCS, PBS, PKR, DAP, WARISAN, PKS, USNO (BARU), UPKO, GAGASAN, PBRS, PPRS, Parti Anak Negeri, dan juga Liberal Democratic Party (LDP).
Pada PRN tersebut, terdapat 3 Gabungan yang telah ditubuhkan secara sah untuk berkongsi kerusi dan menjalin kerjasama dalam kempen serta dalam kerajaan yang bakal ditubuhkan. 3 Gabungan yang telah ditubuhkan semasa PRN Sabah 2020 adalah Gabungan Rakyat Sabah - GRS (Parti STAR, SAPP, BN, PPBM, PBS), Gabungan Kerjasama Anak Negeri & Parti Cinta Sabah, dan yang terakhir adalah Gabungan Warisan Plus - W+ (Parti Warisan Sabah, DAP, PKR, UPKO).
Selepas selesai sahaja pilihanraya tersebut, pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan bahawa Parti/Gabungan yang paling banyak disokong dan diundi oleh rakyat Sabah adalah Gabungan Rakyat Sabah - GRS (Parti STAR, SAPP, BN, PPBM, PBS). Dengan itu, Secara sah Gabungan tersebut menjadi kerajaan Sabah yang baharu untuk memerintah Negeri Sabah.
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah dilantik menjadi Ketua Menteri-16 yang sah pada hujung bulan september 2020 dan berakhirlah krisis politik sabah.
RujukanSunting
- ^ Shafie Apdal angkat sumpah Ketua Menteri.
- ^ "6 extra assemblymen at stake in race for Sabah CM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-30. Dicapai pada 2018-05-13.
- ^ Hanya Musa Aman Ketua Menteri Sabah yang sah - Joseph Pairin Kitingan.
- ^ Shafie Apdal sworn in as Sabah CM, Musa seen leaving official residence.