Ketua Operasi Tentera Laut
Ketua Operasi Tentera Laut atau Chief of Naval Operations (CNO) ialah sejenis jawatan berkanun (10 U.S.C. § 5033) yang disandang oleh laksamana empat bintang dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, dan merupakan pegawai beruniform paling kanan yang ditugaskan dalam Jabatan Tentera Laut. Beliau adalah penasihat ketenteraan dan timbalan kepada Setiausaha Tentera Laut. Di dalam kapasiti yang berasingan, CNO juga merupakan anggota Ketua Turus Bersama (10 U.S.C. § 151) dan penasihat ketenteraan kepada Majlis Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Tanah Air, Setiausaha Pertahanan, dan Presiden. Ketua Operasi Tentera Laut terkini ialah Laksamana Michael M. Gilday dan jawatan ini setaraf dengan Panglima Tentera Laut Malaysia dan First Sea Lord UK.
Ketua Operasi Tentera Laut
CNO | |
---|---|
![]() Bendera Ketua Operasi Tentera Laut | |
Jabatan Tentera Laut | |
Ahli kepada | Ketua Turus Bersama |
Lapor kepada | Setiausaha Pertahanan Setiausaha Tentera Laut |
Pelantik | Presiden atas nasihat dan persetujuan Senat |
Tempoh jawatan | 4 tahun Boleh diperbaharui |
Surat cara pembentukan | 10 U.S.C. § 5033 |
Pembentukan | 11 Mei 1915 |
Pemegang pertama | LKS William S. Benson |
Timbalan | Timbalan Ketua Operasi Tentera Laut |
Laman sesawang | Official Website |
Ketua Operasi Tentera Laut ialah sejenis jawatan pentadbiran yang berpengkalan di Pentagon, dan walaupun CNO tidak mempunyai kuasa perintah beroperasi keatas pasukan-pasukan Tentera Laut yang sebenar (iaitu dibawah bidang kuasa Panglima-Panglima Medan yang melapor terus kepada Setiausaha Pertahanan), CNO boleh melaksanakan pengawasan unit tentera dan organisasi sebagai wakil dari Setiausaha Tentera Laut.