Ketua Turus Tentera Udara Amerika Syarikat

Ketua Turus Tentera Udara atau Chief of Staff of the Air Force (akronim: CSAF, atau AF/CC) ialah sejenis jawatan berkanun (10 U.S.C. § 8033) yang disandang oleh jeneral empat bintang dalam Tentera Udara Amerika Syarikat, dan merupakan pegawai beruniform paling kanan yang ditugaskan dalam Jabatan Tentera Udara, dan juga penasihat utama ketenteraan serta timbalan kepada Setiausaha Tentera Udara. Di dalam kapasiti yang berasingan, beliau adalah anggota Ketua Turus Bersama, dan juga penasihat ketenteraan kepada Majlis Keselamatan Negara, Setiausaha Pertahanan, dan Presiden. Ketua Turus merupakan pegawai tertinggi yang aktif dalam Tentera Udara AS melainkan Pengerusi dan/atau Timbalan Pengerusi Ketua Turus Bersama juga merupakan pegawai Tentera Udara.

Ketua Turus Tentera Udara Amerika Syarikat
CSAF atau CC/AF
Cop Mohor Ketua Turus
Bendera Ketua Turus
Penyandang
Jeneral Charles Quinton Brown Jr.
sejak 6 Ogos 2020
Jabatan Tentera Udara
Staf Udara
Ahli kepadaKetua Turus Bersama
Lapor kepadaSetiausaha Pertahanan
Setiausaha Tentera Udara
PelantikPresiden
atas nasihat dan persetujuan Senat
Tempoh jawatan4 tahun
Boleh diperbaharui
Surat cara pembentukan10 U.S.C. § 8033
PeloporPanglima Pasukan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat
Pembentukan18 September 1947
Pemegang pertamaCarl Spaatz
TimbalanTimbalan Ketua Turus Tentera Udara
Laman sesawangOfficial Website

Ketua Turus Tentera Udara ialah sejenis jawatan pentadbiran yang berpengkalan di Pentagon, dan walaupun Ketua Turus tidak mempunyai kuasa perintah beroperasi keatas angkatan Tentera Udara yang sebenarnya (iaitu dibawah bidang kuasa Panglima-Panglima Medan yang melapor terus kepada Setiausaha Pertahanan), Ketua Turus boleh melaksanakan pengawasan unit tentera dan organisasi sebagai wakil dari Setiausaha Tentera Udara.

Ketua Turus Tentera Udara terkini ialah Jeneral Charles Quinton Brown Jr. dan jawatan ini setaraf dengan Panglima Tentera Udara Malaysia dan Ketua Turus Udara Britain.

Lihat juga Sunting