Kevin Kampl

Kevin Kampl (lahir 9 Oktober 1990) merupakan pemain bola sepak Slovenia yang kini bermain untuk kelab Borussia Dortmund dan pasukan kebangsaan Slovenia di posisi pemain tengah.

Kevin Kampl
1. SC Sollenau vs. FC Red Bull Salzburg 2014-07-12 (078).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Kevin Kampl
Tarikh lahir (1990-10-09) 9 Oktober 1990 (umur 31)
Tempat lahir Solingen, Jerman
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi permainan Midfielder
Maklumat kelab
Kelab terkini
Borussia Dortmund
Nombor 23
Kerjaya remaja
1994–1997 VfB Solingen
1997–2009 Bayer Leverkusen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2011 Bayer Leverkusen II 36 (5)
2010–2011 Bayer Leverkusen 0 (0)
2010SpVgg Greuther Fürth (pinjaman) 1 (0)
2010SpVgg Greuther Fürth II (pinjaman) 7 (0)
2011–2012 VfL Osnabrück 35 (2)
2012 VfR Aalen 3 (2)
2012–2015 Red Bull Salzburg 74 (18)
2015– Borussia Dortmund 10 (0)
Pasukan kebangsaan
2009–2012 Slovenia B21 17 (2)
2012– Slovenia 15 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 April 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Mac 2015

Kehidupan awalSunting

Kampl telah dilahirkan di Solingen, Jerman. Ibu bapa beliau berpindah ke Jerman dari Maribor, sebuah bandar berdekatan sempadan Austria yang terletak di timur laut Slovenia. Kampl sebernanya layak untuk mewakili pasukan Jerman namun beliau memilih untuk mewakili Slovenia.

Kerjaya kelabSunting

Kerjaya awalSunting

Kampl memulakan kerjayanya bersama Bayer Leverkusen. Selepas bertahun-tajhun bersama pasukan remaja Bayer Leverkusen II, beliau menandatangani kelab SpVgg Greuther Fürth.

Pada 30 Ogos 2010, beliau menandatangani kontrak pinjaman selama satu musim bersama SpVgg Greuther Fürth. Kampl membuat debut untuk kelab barunya pada 29 Oktober 2010 semasa menentang Erzgebirge Aue di perlawanan 2. Bundesliga. Selepas kontraknya tamat, beliau kemblai ke Bayer Leverkusen pada perpindahan musim sejuk 2010-11. Kampl membuat debut untuk Leverkusen pada perlawanan Liga Europa menentang Metalist Kharkiv. Pada musim panas 2011, beliau berpindah ke kelab 3. Liga, VfL Osnabrück. Selepas bermain dengan baik untuk Osnabrück, beliau sertai kelab yang baru naik ke 2. Bundesliga, VfR Aalen denga bayaarn 250 ribu euro. Di Aalen, beliau hanya bermain empat perlawanan, menjaringkan dua gol dan membuiat tiga hantaran. Beliau kemudian berpindah ke FC Red Bull Salzburg dengan bayaran 3 juta euro. Di Salzburg, beliau menjadi pemain terbaik Bundesliga Austria pada musim 2013-14.

Borussia DortmundSunting

Pada 22 Disember 2014, beliau dilaporkan menyertai Borussia Dortmund dengan kontrak lima tahun dan bayaran 12 juta euro pada 1 Januari 2015. Beliau asalnya berpindah ke RB Leipzig. Pada 28 April 2015, pada perlawanan separuh akhir DFB-Pokal menentang Bayern Munich, Kampl memasuki padang untuk menggantikan Jakub Błaszczykowski yang dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua. Dortmund berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas menang 2-0 pada penentuan penalti.

Kerjaya antarabangsaSunting

Kampl merupakan ahli pasukan Slovenia. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Slovenia pada 6 September 2013 menentang Albania, menang 1-0. Beliau menjaringkan gol keduanya pada perlawanan kelayakan Euro 2016 menentang San Marino, pasukannya menang 6-0.

Gol antarabangsaSunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 6 September 2013 Ljubljana, Slovenia   Albania 1–0 1–0 Kelayakan Piala Dunia 2014
2 27 Mac 2015 Ljubljana, Slovenia   San Marino 2–0 6–0 Kelayakna Euro 2016

PenghargaanSunting

Red Bull Salzburg

Pautan luarSunting