Kevin Lasagna (sebutan bahasa Itali: [ˈkɛːvin laˈzaɲɲa]; lahir 10 Ogos 1992) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Serie A, Udinese dan pasukan kebangsaan Itali.

Kevin Lasagna
Lasagna bersama Udinese pada 2017
Maklumat peribadi
Nama penuh Kevin Lasagna
Tarikh lahir (1992-08-10) 10 Ogos 1992 (umur 31)
Tempat lahir San Benedetto Po, Itali
Ketinggian 1.81 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Udinese
Nombor 15
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2012 Governolese 60 (22)
2012–2013 Cerea 35 (7)
2013–2014 Este 33 (21)
2014–2017 Carpi 87 (19)
2017– Udinese 84 (22)
2017Carpi (pinjam) 21 (5)
Pasukan kebangsaan
2018– Itali 4 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:49, 19 Januari 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 5 September 2019 (GMT)

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Lasagna memulakan kerjayanya bersama kelab yang terletak berhampiran kampung halamannya, Governolese. Pada tahun 2012, Lasagna menyertai kelab Serie D, Cerea dan beliau telah menjaringkan tujuh gol dalam 35 perlawnan sepanjang musim 2012–13. Lasagna seterusnya menyertai kelab Este bagi musim 2013–14. Pada musim itu, beliau telah menghasilkan 21 jaringan gol dalam 33 perlawanan sekali gus menjadikan beliau merupakan salah seorang pemain tumpuan yang beraksi di liga bawahan.[1]

Carpi sunting

Pada Julai 2014, Lasagna telah menyertai kelab Serie B, Carpi.[2] Lasagna melakukan penampilan sulungnya di Serie B pada 13 September dengan menjadi pemain gantian pada aksi menentang Crotone. Pada 15 November 2014, Lasagna menjaringkan gol sulungnya untuk Carpi ketika pasukannya meraih kemenangan 5-2 ke atas Cittadella sekali gus membantu Carpi untuk melonjak ke tangga teratas Serie B.[3]

Pada Januari 2017, Lasagna telah diumumkan akan menyertai kelab Udinese ketika musim 2017–18. Udinese dilaporkan akan membayar nilai perpindahan Lasagna sebanyak 4.5 juta euro berserta kemungkinan bonus.[4][5]

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada 9 Oktober 2018, Lasagna telah dipanggil untuk menyertai skuad senior oleh pengurus Roberto Mancini untuk menggantikan Simone Zaza bagi menghadapi perlawanan Liga Negara-Negara UEFA menentang Poland pada 14 Oktober.[6] Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama Itali pada perlawanan itu dengan beraksi sebagai pemain gantian pada lewat permainan. Beliau telah membantu jaringan kemenangan Itali pada masa kecederaan yang dijaringkan oleh Cristiano Biraghi melalui tandukan daripada hantaran sepakan penjuru sekali gus menjamin kedudukan Itali dalam peringkat kumpulan.[7][8] Beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Itali buat kali pertama pada 20 November dalam perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat yang berlangsung di Genk dan berakhir dengan kemenangan Itali 1-0.[9]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 19 Januari 2020.[10]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Carpi 2014–15 30 5 0 0 30 5
2015–16 36 5 3 0 39 5
2016–17 47 14 0 0 47 14
Jumlah 113 24 3 0 116 24
  Udinese 2017–18 29 12 3 2 32 14
2018–19 36 6 1 0 37 6
2019–20 19 4 3 2 22 6
Jumlah 84 22 7 4 91 26
Jumlah kerjaya 197 46 10 4 207 50

Antarabangsa sunting

Sehingga 5 September 2019.[11]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2018 3 0
2019 1 0
Jumlah 4 0

Catatan sunting

  1. ^ Profile tuttocalciatori
  2. ^ "Carpi: il piatto forte è...Lasagna! - Football Scout 24". footballscout24.it. Dicapai pada 20 November 2014.
  3. ^ "CARPI-CITTADELLA 5-2, tabellino". carpifc1909.it. Carpi FC 1909. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-04. Dicapai pada 20 November 2014.
  4. ^ "Official: Udinese sign Lasagna". Football Italia. 14 January 2017. Dicapai pada 1 December 2017.
  5. ^ Udinese henter Kevin Lasagna‚ altom-italienskfodbold.dk, 11 January 2017
  6. ^ "Kevin Lasagna called into the Italy squad for the UEFA Nations League". The Independent. The Independent. 9 October 2018. Dicapai pada 11 October 2018.
  7. ^ "Last-gasp Biraghi beats Poland". Football Italia. 14 October 2018.
  8. ^ Dawkes, Phil (14 October 2018). "Nations League: Late winner for Italy against Poland". BBC Sport. Dicapai pada 15 October 2018.
  9. ^ "Politano breaks the ice for Italy". Football Italia. 20 November 2018.
  10. ^ Biodata Kevin Lasagna di Soccerway. Capaian 23 April 2018.
  11. ^ "Lasagna, Kevin" (dalam bahasa Italian). FIGC. Dicapai pada 10 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting