Kevin Scannell (Ireland: Caoimhín Ó Scanaill; lahir 11 Mei 1970) ialah seorang pengajar matematik dan sains komputer di Universiti Saint Louis, Missouri.

Kevin Scannell
Caoimhín Ó Scanaill
Kelahiran (1970-05-11) 11 Mei 1970 (umur 53)
Boston, Massachusetts
Laman web rasmikevinscannell.com Sunting ini di Wikidata

Kerjaya sunting

Scannell lahir di Boston, Massachusetts. Beliau menerima jazah BS dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT) pada tahun 1991 dan doktor dari Universiti California, Los Angeles pada tahun 1996.[1]

Scannell mula belajar bahasa Ireland pada dekad 1990-an. Kerjaya akademiknya berfokus pada pengembangan sumber daya dalam rangkaian untuk bahasa-bahasa kecil, minoriti, dan yang tidak memiliki sumber daya, terutama Bahasa Ireland dan bahasa-bahasa pada rumpun bahasa Celt.[2] Ia mengembangkan tesaurus, pemeriksa tata bahasa, pemeriksa ejaan, kamus, dan mesin penerjemah dalam bahasa Ireland, Scotland, dan Manx.

Scannell menubuhkan Indigenous Tweets pada tahun 2011 untuk mempromosikan penggunaan bahasa asli dan minoriti di media sosial. Ia merupakan salah satu penerjemah yang menerjemahkan platform Gmail, Twitter, dan WhatsApp ke bahasa Ireland.[3][4]

Scannell menerjemahkan bahan kod 20 jam ke bahasa Ireland untuk Hour of Code pada 2016.[5][6] Pada tahun 2019, beliau mencipta mesin pembuat nama bahasa Ireland yang disebut Gaeligh mé.[7]

Pada tahun 2019, Scannell menerima biasiswa Fulbright untuk mengembangkan teknologi bahasa Ireland menggunakan pembelajaran mendalam dan jaringan saraf. Beliau bekerja sama dengan penyelidik di Acadamh na hOllscolaíochta Gaeilge di Carna, County Galway.[3][4][8][9]

Scannell ialah seorang penyumbanh Wikipedia Bahasa Ireland dan aktif menambahkan data bertopik Ireland ke Wikidata.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ "Kevin Scannell". Saint Louis University. Dicapai pada 8 Julai 2020.
  2. ^ "Cadhan Aonair, LLC". cadhan.com. Dicapai pada 8 Julai 2020.
  3. ^ a b "Kevin Scannell". Fulbright. Dicapai pada 8 Julai 2020.
  4. ^ a b Pollak, Sorcha (12 June 2019). "US academic to develop Irish language Siri during 6-month Gaeltacht stay". The Irish Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Julai 2020.
  5. ^ Kelleher, Patrick (5 December 2016). "An cód: Now children can learn computer coding in Irish for the first time". Independent (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Julai 2020.
  6. ^ Ó Broin, Ultan (15 January 2017). "An Cód: Craicing the Code in Irish". MultiLingual. Dicapai pada 8 Julai 2020.
  7. ^ Ó Coimín, Maitiú (12 September 2019). "Don't know your name in Irish? There's an app for that!". IrishCentral.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Julai 2020.
  8. ^ "Kevin Scannell". www.cies.org. Dicapai pada 8 Julai 2020.
  9. ^ Kelly, Brian (13 June 2019). "Irish language Siri being made for people of Connemara". Galway Daily. Dicapai pada 8 Julai 2020.
  10. ^ "Strategies for scaling up the Irish language Wikipedia". Dicapai pada 9 Julai 2020.

Pautan luar sunting