Kampung Jerek Baru

(Dilencongkan dari Kg.Jerek Baru)

Mukim Jerek telah ditubuhkan pada tahun 1973 an.Pekan Jerek terletak di bahagian utara gua musang.Asal usul nama kampung (Jerek) adalah kerana di kawasan itu sentiasa hujan gerimis dan dikatakan hampir setiap hari hujan pada ketika dahulu, Perkataan Jerek diambil daripada loghat Kelantan HUJAN (BEGHEK-BEGHEK) dan ditukar menjadi (Jerek). Jerek terdiri daripada beberapa buah kampung antaranya Pekan Jerek Baru,kg.Jerek luar,kg.batu machang Jerek,kg.Jerek kaling,kg.Jerek tengah dan kg.Jerek dalam. Penduduk di kawasan ini mempunyai seramai 5000 orang yang mana terdiri daripada bangsa melayu sahaja.Pekan Jerek ini terletak 45 KM daripada bandar gua musang. Kebanyakan penduduk di Jerek bekerja sebagai penoreh getah yang mana sebagai sumber utama pendapatan mereka.dahulu kala kawasan ini sebagai kampung dan sekarang telahpun menjadi pekan (Jerek).setiap kali mengadakan majlis di Dun Nenggiri, Kampung Jerek kerap menjadi tuan rumah untuk membuat program contohnya seperti Sambutan kemerdekaan setiap tahun,Program Dikir barat,ceramah peringkat DUN dan Sukan rakyat.walaupun Pekan Jerek kecil,tetapi cukup lengkap dengan kemudahan yang ada. Antaranya Stesen Keretapi Jerek baru, Klinik Kesihatan Jerek, Masjid Jamek Al Muttaqin Jerek, Pasti Al-Ehsan,Tabika kemas,Padang Bola,Dewan Orang Ramai,Taman Permainan, Futsal,Kedai² Runcit dan Pasar Malam.Sekolah Rendah pula adalah Sekolah kebangsaan (sk) Jerek, Sekolah Menengah kebangsaan (Smk) Tg bendahara Jerek dan Terdapat juga sebuah Sekolah Agama Tahfiz Anak Yatim dan Miskin.selepas tahun 2018 pembinaan (Lansdkap kampung Jerek) pembaharuan Taman Jerek dan penanaman pokok di sepanjang Jalan,Kampung Jerek kini sedang giat membangun dari segi pembangunan dan penambahan penduduk semakin meningkat di sini sehingga kini