Kampung Parit Seri Paya

(Dilencongkan dari Kg Parit Seri Paya)

Kampung Parit Seri Paya merupakan sebuah kampung yang terletak 8.8km dari Pekan Air Hitam (kira-kira 10 minit perjalanan), 5.3km dari Pekan Parit Raja (kira-kira 8 minit perjalanan) Kampung ini juga terletak di dalam daerah Batu Pahat dalam negeri Johor. Jarak dari Bandar Batu Pahat ke Kampung ini 25 km dan masa perjalanan 20 hingga 30 minit. Kampung ini juga Terbahagi kepada empat bahagian :

Sekolah Kebangsaan Seri Paya

- Kg Parit Seri Paya Laut (Baruh)

- Kg Parit Seri Paya Tengah

- Kg Parit Seri Paya Darat

- Lapis Seri Paya


Pada asalnya kampung ini di buka oleh Tn Hj Nawi dengan membahagikan kawasan kepada dua ekar setengah setiap bahagian dan nama asal Kampung ini ialah Kg Parit Nawi. Kawasan Laut adalah tanah pamah biasa dan separuh kawasan Tengah dan Darat adalah Tanah Gambut. Aktiviti utama penduduk di sini adalah Bertani seperti Kelapa Sawit (Nyawit), Menoreh Getah (semakin berkurangan) dan Menanam Nenas di sebelah darat. Disamping itu juga ramai anak-muda kampung yang telah keluar mencari rezeki di merata negara seperti Saiful Salim, TUDM, Ipoh, Hisyammudin Kasmat, Muar dan ramai lagi sehinggakan tak dapat disenaraikan satu persatu.

Kemudahan asas :

- Warung Ayie dan Bron Karaoke di hadapan kampung

- Sekolah Kebangsaan Seri Paya

- Sekolah Agama Seri Paya

- Tadika Kemas di tiang lampu nombor 29 gitu la

- Air (Syarikat Air Johor) dan keseluruhan rumah telah mendapat bekalan air.

- Elektrik (TNB) dan keseluruhan rumah telah mendapat bekalan elektrik.

- Dua Bengkel motor , Man Motor dan Agus Motor.

- Satu Bengkel Kereta di penghujung bahagian Laut (Baroh) Dzul Auto

- Kemudahan jalan berturap hingga ke bahagian penghujung kampung.

- 2 surau (satu di Laut (Baroh) dan satu di Bahagian Darat

- Satu Mesjid di bahagian Tengah

- Terdapat dua kedai runcit iaitu kawasan Laut Kedai Wak Salam dan dibahagian Tengah Kedai tepi jalan, lupa pulak namanya apa.