Kh-29 (nama pengenalan NATO : AS-14B Kedge) adalah peluru berpandu udara-ke-permukaan jarak dekat yang dikeluarkan oleh syarikat Matus Bisnovat "Molniya" dan Vympel Design Bureau pada tahun 1980-an untuk memenuhi keperluan Tentera Udara Kesatuan Soviet.

Kh-29
Peluru berpandu Kh-29 (2 dari kanan)
Penerangan
Jenis Peluru berpandu udara-ke-permukaan Jarak Dekat
Pengeluar Matus Bisnovat dan Vympel Design Bureau
Mula digunakan 1980-an
Pengguna  Rusia  Republik Rakyat China
Variasi Kh-29L, Kh-29T
Ciri-ciri umum
Panjang 3.875 m
Diameter 0.38 m
Rentang sayap 1.10 m
Berat peluru berpandu 657 kg (Kh-29L) atau 680 kg (Kh-29T)
Berat kepala peledak 317 kg (116 kg jenis letupan kuat)
Enjin Roket pepejal
Kelajuan 2,900 km/s
Jarak 8,000 - 10,000 m
Panduan Laser semi-aktif (Kh-29L), TV (Kh-29T), Imej haba (Kh-29D)
Platfom pelancaran Su-27, Su-30

Peluru berpandu ini boleh dibawa pelbagai jenis pesawat penyerang buatan Rusia, seperti daripada siri Su-27 dan Su-30.

Kelainan sunting

Peluru berpandu Kh-29 dikeluarkan dengan menggunakan 3 jenis penjejak iaitu Kh-29T (panduan TV), Kh-29L (panduan laser) dan Kh-29D (panduan haba). Hampir separuh daripada berat peluru berpandu ini disumbangkan oleh berat kepala peladak, membuatkan peluru berpandu ini sangat berkesan dalam memusnahkan sasaran diperkukuhkan.

Reka bentuk sunting

Pembangunan peluru berpandu udara-ke-permukaan, Kh-29 telah bermula di Molniya KB pada pertengahan tahun 1970-an. Kerja pembangunannya kemudian diserahkan kepada firma Vympel, yang mana terkenal dalam pengkhususan peluru berpandu udara-ke-udara. Ia adalah setanding dari segi saiz dan kemampuan jika dibandingkan dengan peluru berpandu udara-ke-permukaan, AGM-65 Maverick buatan Amerika Syarikat. Pada asasnya, tujuan utama Kh-29 adalah untuk melenyapkan sasaran yang dikawal ketat atau untuk meranapkan jambatan maka sebab itu ia mempunyai kepala peladak yang besar. Peluru berpandu Kh-29T dilengkapi dengan penjejak TV jenis Tubus-2 yang dibangunkan oleh NPO Impuls, dengan panduan tuju optik automatik yang mana sasaran terlebih dulu akan ditanda oleh juruterbang di dalam kokpit pesawat.

Keupayaan sunting

Peluru berpandu Kh-29T dilengkapi dengan penjejak TV Tubus-2, yang dibangunkan oleh NPO “Impuls” daripada Moscow, beroprasi dalam julat jarak gelombang boleh-lihat iaitu (0.4 ke 0.95μm). Kh-29T dikategorikan sebagai peluru berpandu jenis "tembak-dan-lupa". Peluru berpandu dibawa dengan pilon pelancar AKU-58, yang mana semasa pelancaran peluru berpandu ini akan dijatuhkan dahulu sebelum enjinnya dihidupkan. Jarak pelancaran maksimum daripada sasaran adalah 8-10 km manakala jarak minimum adalah 3 km. Peluru berpandu ini mempunyai ketepatan 5-8 m CEP.

Peluru berpandu ini boleh ditembak pada ketinggian di antara 200-10,000 m, kelajuan di antara 600-1,250 km/sejam. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa pelancaran pada ketinggian melebihi 5,000m semata-mata berdasarkan teori semata-mata dan tidak pernah digunakan semasa taktikal.

Pengendali sunting

Pada Julai 2002, satu laporan menyebut bahawa Tentera Udara China telah memesan kira-kira 2,000 unit peluru berpandu Kh-29T buatan Rusia sebagai sebahagian daripada perjanjian pembelian pesawat Su-30MKK. Semua peluru berpandu ini telah diserahkan kepada Tentera Udara China pada tahun yang sama. Kejadian ini mungkin mengesahkan bahawa peluru berpandu ini datang daripada simpanan stok Tentera Udara Rusia. Gambar foto publisiti pada tahun 2004 dan latihan bersama Tentera Udara China dan Tentera Udara Rusia semasa latihan "Misi Keamanan 2005" telah mengesahkan bahawa peluru berpandu ini telah memasuki perkhidmatan dengan Tentera Udara China.

Berdasarkan jumlah perolehan yang sebegitu besar, Tentera Udara China mungkin mempertimbangkan untuk menggunakan peluru berpandu ini untuk pesawat pejuang-pengebom JH-7A atau pesawat penyerang yang lebih kecil iaitu Q-5.

Peluru berpandu setanding sunting

Rujukan sunting