Khadijah Sidek
Khadijah Sidek atau 'Che Khadijah Mohd Sidik' pernah menjadi ketua Wanita UMNO sebelum 1956. Ketika itu ia dikenali sebagai Pergerakan Kaum Ibu UMNO.
Khadijah Sidek | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Dungun | |
Dalam jawatan 1959–1964 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Suleiman Ali |
Butiran peribadi | |
Lahir | Che Khadijah Mohd Sidik 1918 Pariaman, Sumatera Barat |
Meninggal dunia | 1982 |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (1953-1956, 1972-1982) Parti Islam Se-Malaysia (1956-1972) |
Khadijah Sidek menggantikan Raja Perempuan Perlis Tengku Budriah sebagai ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO . Tengku Budriah memegang jawatan itu selama 3 bulan sahaja (September 1953 - 1954). Sebelum Tengku Budriah ialah Tan Sri Zainun Sulaiman atau Ibu Zain. Ibu Zain mengundurkan diri kerana masalah asthma yang dihidapinya . Khadijah Sidek diberhentikan / dipecat dan diganti oleh Tun Fatimah Hashim sebagai pemangku jawatan atas persetujuan Majlis Kerja Tertinggi UMNO setelah beliau bertanding di Dungun atas tiket PAS.
Dipecat
suntingKhadijah Sidek merupakan seorang wanita yang berani dan vokal menyuarakan masalah wanita. Beliau berani dipecat oleh parti UMNO . Beliau selalu bertentang pendapat dengan Syed Jaafar Albar dan Mohamad Yassin bin Abdul Rahman (bekas Setiausaha Agung UMNO dan saudara lelaki Tun Dr Ismail Abdul Rahman). Khadijah menuntut agar wanita turut dipilih menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1955 . Khadijah Sidek sebagai ketua Kaum Ibu UMNO Johor mengugut 'tidak akan bergerak' jika tiada wakil wanita. [1]
Setiausaha Agung UMNO ketika itu terkejut dengan tuntutan dan ugutan itu. Setiausaha Agung UMNO mendesak agar wanita UMNO mengugurkan tuntutan yang dikira melampau itu.
Ahli parlimen PAS
suntingKhadijah Sidek menjadi Ketua Kaum Ibu PAS era 1950-an. Beliau menjadi Pesuruhjaya PAS Johor dan pernah menjadi Ahli Parlimen PAS yang pertama dari kalangan wanita setelah menang di Parlimen Dungun, Terengganu. Pembangkang di parlimen ketika itu ialah Dato' Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin al-Helmi, Khadijah Sidek, Zulkifli Mohammad dan Othman Abdullah.
Keluarga
suntingAnak Allahyarhamah Chadria Tasimala hayati Hamzah Allahyarham Mohd Hatta Hamzah . Allahyarham Mohd Noor Kamal Hamzah
Cucu
suntingMohammad Panji Budak Gombak, Puteri Kesatria, Mohammad Pandu Insani, Muhammad Sabda Suluh Lestari, Melati Binti Mohd Hatta, Khadijah Binti Mohd Noor Kamal, Kartika Binto Mohd Noor Kamal, Kartini Binti Mohd Noor Kamal, Mohd Zayadi Bin Mohd Noor Kamal, Karmelia Binti Mohd Noor Kamal, Nur Aqilah Binti Mohd Noor Kamal.
Rujukan
sunting- ^ Buku 'Memoir Khatijah Sidek Puteri Kesateria Bangsa'